Balik dari kerja pukul 4 petang tadi sementara nak tunggu
masuk kerja pukul 8malam untuk split, cik diya pun online la untuk elak dari
tidur. Hati tiba-tiba jadi sayup sehingga menitiskan airmata tanpa henti bila
melihat himpunan gambar serangan dari
zionis pada bumi Gaza. Subhanallah…selama aku hidup sebagai umat Islam apa yang
aku lakukan untuk bantu saudara seagamaku?? Sedangkan agama Islam menggalakkan
kita untuk saling bantu membantu, tapi aku??Subhanallah..apa yang patut aku jawab sekiranya Malaikat Munkar dan Nangkir menyoal apa yang aku lakukan untuk membantu saudara seagamaku?? Ya Allah aku hanya mampu terus berdoa dan berdoa kepadaMu..
Gambar-gambar yang terpapar di merata-rata ruangan sudah cukup menggambarkan bertapa sakitnya penduduk bumi Gaza menanggung derita dan kesakitan yang belum tentu kita mampu untuk tanggung. Berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikul segala kesakitan yang di alami.
Gambar-gambar yang terpapar di merata-rata ruangan sudah cukup menggambarkan bertapa sakitnya penduduk bumi Gaza menanggung derita dan kesakitan yang belum tentu kita mampu untuk tanggung. Berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikul segala kesakitan yang di alami.
Cuba tengok gambar mayat kanak-kanak kat dalam gambar ni. Kanak-kanak yang baru nak kenal erti hidup. kanak-kanak yang masih belum dicorakkan secara sempurna. tapi penghujung hayat mereka adalah kematian yang mereka langsung tak duga sebegini rupa. apalah salah kanak-kanak ni. mereka tak pandai nak berlari selamatkan diri bila terdengar bunyi-bunyi tembakan. mereka tak pandai nak sembunyikan diri bila datang kereta-kereta kebal datang untuk menyerang.apa yang mereka mampu lakukan hanya lah menangis ketakutan dan tangisan mereka berakhir dengan kematian yang menyayat hati
lihat pula gambar mayat si ibu dan seorang bayi ni. cuba bayangkan kesakitan si bayi tu?? seusia bayi seperti itu, adakah dia mampu untuk memanggil sesiapa untuk membantunya?? sudah tentu sama sekali tidak. sedangkan si ibu boleh terdiam kaku, inikan pula bayi yang masih belum celik sepenuhnya....
Subhanallh mayat kanak-kanak dalam gambar ni meninggal dalam keadaan senyum. kanak-kanak ni begitu redha dengan cara kematiannya. tangisan demi tangisan didengari saban hari di bumi Gaza. rayuan demi rayuan di minta agar peperangan dihentikan. tapi rayuan dan tangisan tersebut langsung tidak didengari malah dijadikan satu senjata untuk mereka meneruskan pembunuhan tanpa belas kasihan.
apa yang si kecil ini mampu lakukan???? hanya berbekalkan sebiji batu sebesar genggaman yang belum tentu mampu memusnahkan kenderaan musuh.si kecil seusia ini masih terfikir untuk menegakkan agamanya dan menyelamatkan tanah air nya walaupun dia sendiri tahu penghujung nyawanya berakhir dengan hanya sedas tembakan..ya ALLAH apakah kesudahan nasib si kecil ini????
No comments:
Post a Comment