RUKUN TETANGGA SAYA

Thursday, 12 January 2012

UJIAN ALLAH TIDAK MENGENAL HAMBA-NYA



HAI......blogger semua..!!...hurmmm..sedihla :( sejak akhir2 ni diya selalu di uji dengan bermacam2 dugaan..diya bukan nak mengeluh, tapi diya cuma pelik bin ajaib dengan apa yang dah jadi..kawan diya cakap jangan salahkan takdir..berdosa..ye memang diya tahu tu..diya tak terniat sama sekali nak salahkan takdir yang Tuhan tentukan untuk diya..mungkin kebahagiaan dan kesenangan hidup diya Tuhan tarik untuk seketika waktu ni kot..mungkin Tuhan bagi kebahagiaan dan kesenangan tu akan datang..hurmm..kalau betul la macam tu, diya redha...sebab pepatah ada mengatakan "brsusah2 dahulu, bersenang2 kemudian...".sekarang diya tak tahu dekat sapa diya nak mengadu..sebelum2 ni diya selalu mengadu kat mak diya..sekarang diya tak nak cerita dekat mak sebab diya tak nak mak risau..lagipun mak ada penyakit darah tinggi..nanti kalau diya cerita, mak terlalu fikirkan pulak..naik pulak tekanan darah mak..nak share dengan member2 pun, diorang pun ada masalah diorang sendiri..tak kan la diya nak bebankan dengan masalah diya kot..kesian pulak diorang..lagipun masalah diya ni perlukan someone yang betul2 memahami diri diya..sekarang ni , Tuhan je la tempat diya mengadu..pagi petang siang malam diya berdoa supaya Tuhan tetapkan iman diya dalam menjalani segala ujian dari Dia dan berikan kesabaran untuk diya menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan diya ni...tanpa Dia, mustahil diya dapat bertahan sampai sekarang...dan blog ni pulak tempat diya lepaskan perasaan..walaupun blog ni tak dapat nak bagi pendapat atau pun kata2 semangat, at least diya rasa lega sikit lepas tulis semua ni... apa???, nak tahu apa yang dah jadi??? diya memang nak share kat sini pun tapi tak boleh..sebab terlalu banyak yang nak di kongsikan...nanti boleh jadi kisah novel pulak...nanti2 la..kalau diya ada masa diya sharekan katt blog ni sikit2 k..sekarang ni diya tak berapa nak ada masa sebab busy dengan study...haaa cakap pasal study pulak, blogger2 nak tahu tak, dia nak habis study dah tau!!!..bulan 6 nanti diya bakal menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)..InsyaAllah kalau diya lulus exam tu nanti, dia akan dapat lesen jururawat..then diya boleh bergelar Staff Nurse..!! :) itupun kalau diya berjaya tingkatkan % markah praktikal diya la..kalau % markah tu tak meningkat, diya tak dapat duduki LJM..diya harap blogger2 dan member2 yang lain doakan diya berjaya k..doakan jugak untuk member2 diya yang bakal ambil exam LJM yang sama2 dengan diya nanti ye...  salam sayang dari Diya Nadiya untuk semua blogger dan member2 yang sudi follow blog diya selama ni..(persoalannya, ada ke??? hehe..)

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)