RUKUN TETANGGA SAYA

Friday, 13 April 2012

LAWATAN KE RUMAH PESAKIT MENTAL (PSY)


Hari ni turn aku dengan 3 orang lagi member kerja untuk home visit..aku dengan sorang lagi member nama zira kena follow sorang MA (Medical Assisstant) , dengan staff nurse pergi buat lawatan rumah ke rumah pesakit yang mengalami masalah mental (PSY)..lawatan dekat 6 buah rumah kawasan barat daya Penang..lawatan pertama buat kat rumah flat tingkat 5...first time aku agak sikit kekok la..environment kawasan rumah tu agak sikit kotor dan sempit..tapi tu bukan masalah bgi ktorang untuk beri perawatn pada diorang..sampai je rumah bagi salam sorang lelaki berusia 40-an buka pintu dan jemput kami masuk..langkah pertama aku dalam rumah tersebut buatkan aku tersentuh..stokin yang aku pakai basah menandakan lantai rumah lelaki tu berair..rupanya bila ditanya,lelaki tu cakap bumbung bocor msa hujan dua tiga hari lepas..keadaan rumah lelaki tu betul2 buatkan aku rasa sayup..tapi aku hanya mampu jalankan tugas aku sebagai seorang pelajar yang praktikal msa tu..aku hanya diamkn diri dan mendengar soalan pertama yg MA tnya pada lelaki tu "ubat makan tak??" lelaki tu cakap dia makan..then aku prepare barang2 untuk bagi suntikan ubat..lelaki tu seolah2 tahu apa yang aku nak buat..dia terus msuk bilik dan melondehkan seluarnya separuh..aku ditemani MA dan kawan aku zira, bagi suntikan di buttock(punggung) lelaki tersebut..lepas tu aku prepare barang untuk ambil sample darah plak...Alhamdulillah lelaki tu bagi kerjasama sepenuhnya..siap semua kerja kami kemas-kemas untuk pergi ke rumah pesakit yg seterusnya..sebelum tu aku terdengar MA tanya, "pak cik, ade dengar suara bisik lagi tak?? (suara tu keadaan di mana pesakit mental mngalami halusinasi iaitu mendengar suatu suara berbisik di telinga nya) " nampak lelaki tu gelengkan kepala..mungkin tu tandanya tak..kemudian lelak tu ucapkan terima kasih kat aku dan yang lain-lain "terima kasih misi sebab bagi ubat kat pak cik.." aku hanya mampu tersenyum sebagai tanda aku menerima ucapan lelaki tu..macam tu la cara2 seterusnya sampaila ke rumah pesakit yang terakhir iaitu pesakit ke 6..cara yang sama jugak kami buat..bagi suntikan dan supply ubat yang baru dan tanya samada ada dengar bisikan atau tidak...selesai semua, MA tanya aku dan zira, "hangpa nak pi rumah pesakit gila yang agresif tak? sepatutnya due date dia hari ni la..sebelum ni kalu nak bagi suntikan kena call polis sebb dia agresif sikit..penah sekali student nak bagi injection, msuk bilik, dia kunci pintu..nasib baik dia x buat apa2.hgpa nak pi x??." aku pandang member aku zira, dia hanya diamkan diri.. tiba2 aku teringin nak sahut cabaran tu..aku pun cakap la "eh boleh jugak..nak cari pengalaman..jom la pergi..nak try..nak tengok mcam mana.." MA tu sedikit terkejut la dengar aku cakap macam tu...dia pun pandang aku then dia cakap betol ke nak pergi?? aku cakap la, betul la..jom..diorang pun gerak la pergi rumah pesakit yng dimksudkan tu..sampai je ibu pada pesakit tu cakap anak dia dah keluar tak tahu pergi mana...hahhaahahah..aku tak tahu tu nasib aku atau aku tak ada rezeki nak tengok pesakit tu agresif...MA tu gelakkan aku..dia cakap "hari isnin kita try datang..mana tau rezeki hg dpt tengok dia mngamuk..hahaa.." aku pun senyum je la..haiiishhh..tak dapat nak cari pengalaman...isnin ni kerja kat wad je...hurmmm...tak pe la, mana tahu kat wad nanti ada yang nak mengamuk..boleh la aku tngok..hehe...actually aku rasa kesian sangat bila tengok kedaan pesakit mental..diorang tak nak jadi macam tu,.tapi nak buat macam mana, mungkin diorang ada sejarah hitam yang diorang tak dapat nak terima dan kawal, dan menggangu emosi dan tingkah laku diorang thats why diroang jadi macam tu..tapi ada jugak antra diorang yang aku kagum sebab diorang usaha untuk sara hidup..ada yang kerja sebagai cleaner, kat kedai makan dan tolong saudara mara berniaga...tu menunjukkan masyarakat masih terima diorang mcam orang normal yang lain...aku harap sangat2 golongan yang macam ni tidak dipinggirkan  di mata masyarakat tak kira dalam kedaan macam mana pun diorang.....

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)