RUKUN TETANGGA SAYA

Friday 28 December 2012

KEPALA TERSANGKUT SEMASA UJIAN KERETA JPJ


lepas dari raya haji tahun ni sampai la sekarang cik dia bertungkus-lumus untuk dapatkan lesen kereta dengan motor. kalau tak, sepatutnya lepasje habis SPM dulu lagi cik diya dah boleh ambil. tapi tak syok la sebab guna duit mak. at least nak ambil lesen biarla guna duit hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah sekarang cik diya ambil lesen kereta motor guna duit hasil titik peluh cik diya sendiri :) mesti you all terkejut kan sebab cik diya ambil masa terlalu lama belajar kereta.. mana tak nye, cik diya kan sekarang kerja pagi petang tak tentu masa. so kalau nak ambil lesen pun kena tunggu hari-hari yang sesuai la. thats why la tempoh ambil lesen cik diya lama dan berbulan-bulan.


pagi petang cik diya belajar kereta.kadang2 sampai tak sempat rehat,makan ngan mandi.
tengok dalam gambar ni, uniform kerja pun tak sempat salin. tudung je sempat tukar.
habis kerja terus pergi school driving. habis bljar driving kena masuk kerja balik.
just imagine keletihan yg cik diya alami.fuuhhhhhhhhhh ~ ~ ~ ~

belajar punya belajar, tibalah masa cik diya untuk diuji dengan JPJ iaitu hari ni la. 28.12.2012.
nampak tak no kat atas tu. haa tu la giliran cik diya, "69"..agak-agak no ni bawak
tuah tak kat cik diya???
jeng..jeng..jeng......Alhamdulillah cik diya lulus untuk ujian bukit, parking
dan 3 penjuru.fuuhh nasib baik JPJ tu baik. baik tak baik mana la
sebab JPJ tu orang Pahang jugak.hehehe..thanks abg JPJ
 sbb wish luck untuk cik diya dan berborak
gunakan loghat Pahang tadi hehe :)

tadaAaAaAaAa......cik diya lulus ujian jalan raya walaupun mula-mula masuk
kereta tadi kepala cik diya tersangkut  dekat pintu sampai senget-senget  tudung.
hahahaah..yang tak boleh bla sampai bergegar kereta viva tu di buatnya.
gemuruh punya pasal sampai tersangkut kepala dekat  pintu kereta.
hahaha mana tak nye, dapat akak JPJ serius. sape tak cuak.
 tapi biarla nak sangkut kepala ke,senget tudung ke,
 apa ke, janji dah lulus..ALHAMDULILLAH :)



* sekarang tunggu untuk test JPJ motor pulak 11.01.2013. sepatutnya test motor cik diya hari ni jugak. memandangkan pihak school driving membuat sedikit kesilapan, nama cik diya dan 10 orang lagi student tak lepas  test JPJ hari ni. so pihak school driving masukkan nama kitorang dalam senarai test JPJ untuk 11.01.2013. kira ok jugak la kan, tak ada la stress sangat..haa sebelum nak habiskan entry, cik diya nak cakap thanks dekat member2 yang wish luck untuk test JPJ cik diya hari ni dan thanks jugak dekat cikgu-cikgu kelas memandu yang sudi layan kerenah cik diya yang senget tadi..hahahahahahaha..x0x0 SALAM :)
















TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Sunday 23 December 2012

CHICKEN CHOP VS SELIPAR JEPUN


Tengah kusyuk layan Money Drop dekat Astro dengan kak yani, tiba-tiba perut cik diya mendendangkan lagu nazam lebaran..hahhaha..maklum la balik dari kerja terus pergi school driving. so memang tak makan pape lagi la.lapar tu Tuhan je la yang tahu.


cik diya : akak, orang lapar la. jom pergi beli makanan nak? lapar sangat-sangat ni.tapi akak bagi orang lelap sekejap. 15minit je.letih sangat-sangat ni.

kak yani : emm akak pun lapar la ya. jom la kita keluar cari makan naik motor kak bella jap.tapi ya tidur dulu. nanti dah bangaun baru kita pergi.

cik diya : (agak-agak dah hilang sikit letih dengan mengantuk)ok jom. nak makan apa  kak?

kak yani : ya, akak rasa nak makan chicken chop la. teringin sangat-sangat. jom kita makan nak ya?

cik diya : (juling sekejap mata.sampai tercekik air liur sendiri maklumla hujung-hujung bulan ni. gaji pun tak masuk lagi,tapi teringin.sebab dah lama tak makan).. sama la kak. orang pun teringin jugak.ok2 jom siap..

vrooommmm..vroommmm..erkkkkkk....sampai je depan Restoran Home Steak..motor dah siap parking.

kak yani : ya, parking motor jauh sikit. malu la orang tengok naik motor tapi belagak nak makan chicken chop... ya, tak kan kita nak pergi makan chicken chop kot. kedai tu macam mahal je. kita dah la tak gaji lagi ni. duit pun entah cukup ke entah tak ni.hahahaha

cik diya : ha'ah kak. betul jugak. kalau macam tu kita makan kuey teaw celup la kat kedai sebelah.

sampai je depan kedai lagi satu tu, dah siap duduk ni, tinggal nak order je.

kak yani : alaa ya..akak teringin la pulak nak makan chicken chop.jom kita pergi makan chicken chop la.

cik diya : orang pun teringin jugak kak walaupun duit ada berapa sen je ni.rasanya tak mahal kot kedai tu. nampak je macam mahal.ok tak pe kak, apa kata kita try survey dulu. kita lalu dulu ok.

kak yani : ok jom-jom

cuba buat iklan lalu ke hulu ke hilir berkali-kali depan restoran Home Steak tu sambil pandang keadaan sekeliling..

kak yani : eh ya, akak rasa macam mahal la. duit dah la akak bawak sikit je ni.

cik diya : tak pe kak. kita masuk je.buat tak tahu. tak kan la dua pinggan chicken chop sampai rm50 lebih kot.

cik diya cuba memulakan untuk masuk kedai tu, tiba-tiba kak yani bersuara lagi.....kali ni ayat kak yani macam nak mintak pelempang, pijak dan macam-macam lagi la..haahhahaah.

kak yani : ya, tak kan kita nak masuk kedai tu pakai selipar jepun (sambil pandang kaki antara satu sama lain  sambil gerak-gerakkan jari-jari kaki)

cik diya : hahahhahaahhahahha..ya Allah kak, orang baru perasan kita dua pakai selipar jepun!!!!. kalau tahu nak datang kedai ni kita pakai high heels 3 4 inci je, lepas tu pakai baju gaun labuh-labuh..hahhahhhahah..ahh..tak pe kak. kita buat selamber je. janji dapat makan, perut kenyang..dah lama sangat dah kita bincang ni kak.perut orang lapar sangat dah ni.

cik diya dahulukan langkah.masuk je kedai tu terus parking dekat meja yang berhampiran pintu. on the sport order chicken chop dua. masa tengah makan, tengok orang meja sebelah selamber je pakai selipar jepun ngan seluar track. moden lagi la cik diya dengan kak yani pakai jeans..hahahahaha..keluar je dari kedai tu senyum lebar la cik diya dengan kak yani sebab dapat makan chicken chop. padahal kedai tu tak la semahal mana pun. standard dengan kedai lain jugak la. sedap pun sedap.

* moral of story, jangan judge something tu dari luaran je. tengok kedai berkaca bagai, ingatkan mahal, padahal standard ala-ala mamak je. belum cuba belum tahu kan.by the way tak sangka telatah cik diya dengan kak yani tu diperhatikan oleh seorang mamat ni sampai dia letakkan sekeping kertas yang bertulis "013******* untuk baju hitam"..kebetulan masa tu cik diya pakai baju hitam dan kak yani pakai baju putih. cik diya rasa nak gelak guling-guling je masa baca kertas tu..haahhahahahahahahaha



TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)