RUKUN TETANGGA SAYA

Monday, 15 October 2012

PADA USIA MENCECAH DEWASA



Pada saat usia mencecah alam dewasa, pastinya persoalan jodoh merupakan salah satu perkara yang amat mengusutkan fikiran aku terutama sekali aku la kot..hahaha. Soalan-soalan yang dilontarkan dari insan-insan sekeliling walaupun secara gurauan, sindiran ataupun sebaliknya terasa sangat menyentap perasaan. Bila berseorangan, aku rasa kurang keyakinan, rasa serba kekurangan, malu dan tertekan...tertekan????? tak la tertekan mana kot :P
Kalau  berkumpul dengan kawan-kawan, majoriti antara diorang ada yang sudah menimang cahaya mata, dah bertunang, bakal bertunang, bakal dirisik, da nada jugak yang sibuk buat persiapan perkahwinan sedangkan aku hanya mampu memandang dan bermonolog dalam hati, "Bilakah waktunya untuk aku merasai semua itu..." Hati rasa lebih tersentuh bila mak bertanyakan aku “hang bila lagi?? Kawan-kawn lain semua dah beranak pinak…”. Aku faham itu petandanya mak bagi green light kat aku kot..hahhahahaah….
Tapi itu semua kehendak Allah, bukan kehendak aku. Tiada siapa pun dalam dunia ini yang mahu hidup berseorangan. Namun aku harus akur dengan takdir Allah yang masih belum mengizinkan aku untuk bertemu jodoh. Aku harus berikhtiar, bersabar dan jangan sesekali berputus asa. Kerana jodoh itu rahsia Allah. Bila, siapa, di mana dan bagaimana, itu semua hanya Allah yang Maha Mengetahui dan yang penting semua itu dah tertulis di Luh Mahfuz.
Dalam keadaan yang macam ni, aku tak perlu la turutkan sangat dengan tekanan perasaan dan sindiran dari orang-orang sekeliling. Tapi bila fikirkan balik, aku perlu juga muhasabah diri sendiri. Selama ni aku dah cukup usaha dan ikhtiar ke dalam mencari jodoh? aku pernah minta pada Allah supaya diringankan jodoh pada setiap kali sujud kepadaNya? Berapa kali aku bangun dan bersolat hajat pada malam hari memohon dipermudahkan jodoh? Pernahkah aku solat sunat Dhuha, memohon limpahan rezeki berupa jodoh yang baik dan keluarga yang sakinah? Berapa kali aku solat taubat, memohon keampunan agar doa aku untuk mendapat jodoh tidak terhalang disebabkan dosa-dosa silam aku? Dan cukupkah ikhtiar aku dengan solat istikharah agar tidak terburu-buru membuat keputusan dan pilihan hanya kerana terdesak?
Subhanallah, aku baru tersedar semua tu..
Selain itu, cuba aku muhasabah diri aku. Adakah ikhtiar aku selama ini menepati syariat yang digariskan oleh Allah? Adakah aku sudah menahan diri daripada bergaul bebas dengan mereka yang bukan mahram? Adakah aku sudah menjaga diri daripada berhias berlebih-lebihan hanya untuk menarik perhatian kaum lelaki? Seandainya sudah menepati syariat tapi masih gagal, redha dan yakinlah bahawa Allah telah merancang yang terbaik buat aku. Teruskan usaha dan bersabarlah...
Namun di sebalik ikhtiar dan kesabaran, aku juga haruslah mengkaji apakah hikmahnya ujian Allah terhadap aku yang lambat jodoh. Mungkin aku hanya memandang kelebihan orang yang cepat jodoh, dapat menjadi ibu dan bapa lebih awal dan dapat melaksanakan sunnah lebih awal. Tapi sedarkah aku yang lambat jodoh masih juga punya kelebihan? Saat inilah masanya untuk aku berbakti kepada ibu bapa aku. Bila aku sudah berumahtangga, keadaan mungkin berbeza kerana terpaksa membahagi masa untuk keluarga sendiri dan juga untuk ibu bapa. Saat ini jugalah masanya untuk aku menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Dalami ilmu agama, ilmu untuk menguruskan rumahtangga dan ilmu untuk mendidik anak-anak agar aku lebih bersedia apabila tiba saatnya nanti.
Akhir sekali, aku rasa aku mungkin tak perlu terlalu bersedih hati. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jaga iman dan hati agar tidak tertipu dengan hasutan nafsu. Jaga maruah seorang wanita, jangan sampai nasibnya menjadi seperti epal yang masak ranum di puncak pohon, tapi akhirnya gugur ke bumi lalu membusuk dan tidak berguna hanya kerana tiada yang sudi memetiknya... SEKIAN…..
*Ilham dari bacaan…….

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)