RUKUN TETANGGA SAYA

Saturday 31 December 2011

GOODBYE 2011


WELCOME 2012...!!! Alhamdulillah akhirnya diya berjaya tinggalkan tahun 2011 yang penuh dengan peristiwa yang tak dapat diya lupakan..setelah berbulan diya nantikan tahun berganti, akhirnya sekarang diya dah masuk ke tahun baru dan diya dah berjaya melepasi tahun yang banyak mencoretkan 1001 kenangan pahit untuk diya..hurmmmmm.....selalunya setiap kali masuk tahun baru mesti ramai yang ada cipta azam baru kan?? sama jugakla macam diya...nak tahu apa azam diya????? :-

1) harap dapat habiskan belajar dan dapatkan pointer yang lebih baik dari sem2 yang sebelum ni 
    dan dapatkan kerja as a staff nurse yang diya idam2 kan selama ni :)
2) harap dapat jadi yang lebih baik dari tahun2 yang sebelum ni.
3) harap dapat lupakan apa yang dah jadi dari 4 Mac 2010 sampai 25 Mei 2011.

harap sangat2 tahun 2012 yang baru je menjelma ni, diya tak sia2 kan dengan melakukan perkara2 yang bodoh yang pernah diya lakukan masa tahun 2011..2011 betul2 tinggalkan kenangan yang perit untuk diya telan..semoga tahun2 yang bakal mendatang tidak akan berulang lagi seperti tahun tersebut..amin ~ ~ ~


p/s : perkara terakhir yang diya tak sempat nak sampaikan pada si dia sebelum masuk tahun 2012 ialah , 
       "org syg dia"..kalau dia baca semua ni, diya nak dia tahu diya dah pun relakan dia untuk orang lain..
       tahun 2012 bukan lagi tahun untuk cipta kenangan kita, tapi tahun untuk cipta kenangan dengan insan
       baru yang lain.....semoga awk bahagia "SPONGEBOB" di samping dia sebagai pengganti sy..jangan lupa janji kita.......

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Thursday 29 December 2011

DOAKU UNTUKMU SAYANG





kau mahu apa pasti kan ku beri
kau minta apa akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
untuk satukan kami di syurga nanti
tahukan kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia
aku tak akan berhenti menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati 
ku kan berdoa paa Ilahi
untuk satukan kami di syurga nanti.......






TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Sunday 25 December 2011

DIYA NADIYA DAH BERTUNANG


Haiii semua blogger...!! macam mana cuaca kat tempat blogger2 sekarang??? cerah? mendung? hujan? atau taufan?? hehe..hurmm..tempat diya sekarang mendung..cuaca yang menggambarkan mo0d diya sekarang..kalau perasan, mo0d diya ni tiap2 hari spoiled kan?? biasala tu, perempuan..hehe..tapi hari ni diya dapat satu berita yang agak mngejutkan..tapi dia still lagi boleh senyum sebab agak kelakar la berita tu..berita yang ala2 gosip gitu..macam ni..pagi tadi lepas je mak balik dari rumah kawan mak dari blok lain, tiba2 mak datang kat diya dalam bilik..mak ada cerita sesuatu berkaitan dengan perbualan mak dengan kawan mak..nak tahu apa perbualan mak dengan kawan mak tu :-

Mak Cik X :   eh mah (nama panggilan mak diya), dengar cerita anak hang yang bongsu tu dah bertunang,betul 
                        ke???
Mak           :    dengar cerita kat mana?? bertunang dengan sapa??
Mak Cik X :   dengar cerita masa kenduri kahwin rumah Cik Z, ada yang bercerita kononnya anak hang      
                        yang bongsu tu dah bertunang dengan orang jengka sini jugak.
Mak           :    eh mana ada,,dia tak bertunang pun lagi belajar pun tak habis lagi..

haaa..itulah antara perbualan mak yang dah mak cerita kat diya..diya terkekek2 gelak..hai....mak cik..mak cik...diya tak bertunang lagi la..pakwe pun tak ada, nak bertunang apa nye.lagipun siapala yang nak dengan Diya Nadiya yang DORAEMON ni..hahhahahaah...kalau ye pun nak bertunang biarla diya habis belajar dulu.hahaah..terasa macam artis pulak sampai orang bercerita yang kononnya diya ni dah bertunang, bercerita kat rumah orang kenduri plak tu..dah la rumah orang kenduri tu jauh dari umah diya..macam mana la gosip macam tu boleh timbul..yang tak di sangka2, bertunang dengan orang jengka sendiri pulak tu..ishhhh..sapa la yang makcik2 tu maksudkan ek..takpe2, diya tak marah pun. cuma kelakar..something yang new bagi diya..eh tak new kot, sebab ni dah kali kedua..sebab sebelum ni ada orang jengka hantar mesej kat fb tanya diya dah bertunang kenapa tak jemput..hahahahhahahahaahaha~ ~ ~actually  kalau diya nak bertunang pun at least biarla diya dapat lupakan kisah silam diya dulu dan biarla diya habis belajar dulu..haaa yang paling penting biarla ada calon dulu..kalau tak ada calon macam mana nak bertunang, betul tak??tak kan nak bertunang dengan bayang2 pulak kan..?? lagipun sekarang tak nak fikir ke arah tu lagi sebab diya pun tak habis belajar lagi..tinggal lagi 6 bulan je nak grade..so from now, EXTRA focus to my study...!!! AJA....AJA FIGHTHING...!!!!!  :)

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

TNGOK GAMBAR EX??? BUT WHY??


Ah haa..satu tajuk yang menarik minat diya untuk create satu entry baru...macam mana tajuk entry ni boleh terdetik untuk diya tulis bila diya tertengok gambar ex diya kat laptop tadi..hahaahahhaah....yela tu tertengok..padahal sengaja tengok..ngaku je la diya oii~ ~ ~yuppp..memang diya tengok..tapi tak bawak apa2 makna pun sebab semua tu dah berakhir..memang diya akui yang diya still lagi simpan gambar ex diya yang dah lama diya putus tu..mungkin bagi perempuan lain dah tak patut kot simpan gambar2 tu semua..tapi bagi diya, semua tu kenangan..tak bermakna kalau kita simpan gambar2 dengan video gambar yang dah kita buat, bermakna kita sayang lagi orang tu kan??? maybe kita simpan sebab nak jadikan kenangan..lagipun terlalu rugi untuk buang semua tu sebab nak cipta kenangan yang indah dengan orang kita sayang bukan senang..dan perlukan masa yang agak lama..takkan la kita sesenang hati je nak lenyapkan kenangan tu bila semuanya dah berakhir...impossible rights??? orang kata kenangan ni ada dua..satu kenangan manis, dan satu lagi kenangan pahit..kenangan manis dah pun diya rasa 10bulan yang lepas..kenangan pahit pulak diya tengah lalui dari bulan Mei dulu sehingga la sekarang..NON STOP...thats all la...actually everything will be fine kalau diya belajar untuk STOP THINK ABOUT STUPID MEMORY....!!!Aaaarrrghhhhhhhhhh!!

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Saturday 24 December 2011

SIFAT-SIFAT TERCELA (MAZMUMAH)


malam ni terdetik kat hati diya nak share something info yang diya dapat dari buku yang mak diya dapat masa birthday baru2 ni..tajuk buku tu Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kmus dan Mohd. Azrul Azlen Ab.Hamid..buku ni betul2 menarik minat diya untuk baca.sebab dalam buku ni ada mengajar kita macam2 tentang kehidupan seharian kita..ok, sekarang diya nak share apa yang diya baca baru je sekejap tadi tentang sifat2 tercela (mazmumah), antaranya :-

1) Gemar Makan dan Minum

  - terdapat hadis yg diriwayatkan daripada Nabi SAW :
 Maksudnya : yg terlebih afdal(utama) pada Allah itu iailah orang yg banyak berlapar dan banyak        bertafakur (berfikir sambil meniliti). dan yang terlbih benci kepada Allah itu ialah  orang yg banyak makan, banyak tidur dan bnyak minum.

" mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar makan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan beristirehat..."

2) Banyak Berkata-kata (yang sia-sia)

- telah menjadi lumrah manusia suka bercakap sia-sia yg boleh ditakrifkan sebagai bencana lisan ialah mengumpat, menghina, berdusta, dan bertengkar.
- terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :-

" sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja..."

3) Marah

- sifat marah berpunca daripada kurang sikap kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. orang yang bersikap sdemikian selalunya didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.
-sering kali orang yg pemarah ini mewarisi sifat-sifat seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain..

4) Hasad Dengki dan Iri Hati

- lahir aripada rasa tidak puas hati dengan nikmat atau kesenangan yg orang lain perolehi..
-untuk mengelakkan perasaan hasad dengki dan iri hati, perlu selalu rendah diri (tawaduk), mengucapkan puji dan syukur kepada Allah atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi..

5) Kasih Pada Harta

- tiak salah memiliki harta dan kemewahan hidup..tetapi janganla smpai lalai dalam menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam dan menjadi sifat bakhil..
- sekiranya memiliki kemewahan dan banyak harta bersedekah, berzakat, dan berbelanjalah ke jalan Allah...

6) Takbur

- takbur atau menyombongkan diri antaranya sebab nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikkan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7) Riyak

-ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang untuk menampakkan pelbagai amalan baik yg dilakukan semata-mata menginginkan pujian,pangkat atai kedudukan..

8) Ujub

- berkait rapat dengan riyak dan takbur.ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri..berkait rapat dari sgi kelebihan dari segi kecantikkan, kepandaian, kekayaan, dan alain-lain..

" sifat ujub boleh diatasi dengan sentiasa memikirkan bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini....."

9) Kasih Akan Dunia

- hati yg sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati..

p/s : apa yg dah diya kongsikan ni sama2 la kita renungkan..segala yg tersenarai ni mungkin pernah terjadi pada korang semua termasuk jugak dengan diri diya..sama2 la kita belajar untuk muhasabah diri sendiri dan belajar untuk memperbaikinya..InsyaAllah selagi kita diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ni, selagi tu la kita berpeluang untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik..Allah tak kan ubah nasib seseorang itu kalau seseorang itu tak usaha untuk mengubahnya....mudah-mudahan kita diberkati..amin....




TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

SIAPA JODOH AKU????


Entry kali ni diya create dekat kampung..sebab sekarang diya tengah semester break 2 weeks..so diya decide nak release tension kat kampung halaman diya kat Jengka Pahang..pejam celik, pejam celik, macam tak percaya je kan yang diya ni dah nak grade..sebelum smester break diya dah register untuk last semester..and habis je sem. break ni diya terus naik sem 6 sampai bulan 6 tahun depan..iaitu sem akhir untuk kos diya ni, Diploma In Nursing..then kalau murah rezeki, ada la offer letter dari mana2 hospital..mudah-mudahan, amin....
dan seperkara lagi yang diya nak sebutkan kat sini, pejam celik pejam celik, umur diya dah pun nak meningkat 21tahun..tinggal berapa hari je lagi nak masuk tahun 2012..azam tahun baru?????? hurmmmmm...yang tu diya tak fikir lagi..hehe..JODOH????? hahhahahhaa....seram betul dengann perkataan tu..bukan cuba menolak atau cuba nafikan, tapi cukup fobia dengan apa yang dah jadi..TERLALU FOBIA....bukan sekali, bukan dua kali, tapi TIGA KALI...pernah sampai ke tahap nak hantar cincin dah, tapi tak jadi..salah bukan datang dari pihak diya..pasal kisah silam diya tu, diya tak nak ungkit..sebab diya dah slowly lupakn semua tu..dah hampir berjaya dah pun..Alhamdulillah ~ ~ ~
sebenarnya diya bukan cuba tolak jodoh..ada yang cakap diya terlalu memilih, dan ada yang cakap diya ni jual mahal..terus terang diya cakap, diya ni bukanla secantik bidadari kayangan yang boleh sesuka hati nak memilih dan jual mahal dalam membuat pemilihan jodoh..tapi diya dah TAK NAK FIKIR UNTUK SEMENTARA WAKTU NI...tahu tak setiap kali mak diya call atau pun tiap kali diya balik kampung, mesti mak tanya dah jumpa pengganti belum?? diya akan cuba sedaya upaya elak dari jawab soalan tu..diya tahu mak bukan nak paksa diya sebab diya pun muda lagi..tapi sebagai seorang ibu, mesti dia nak tengok anak dia bahagia macam remaja lain..bercinta dan berkasih sayang..tapi bagi diya semua tu NONSENSE untuk masa yang terdekat ni..biarla diya tengok orang2 yang diya sayang kecapi kebahagiaan diorang dulu, lastly baru la diya..lagipun sekarang diya happy dengan kehidupan diya,..kehidupan tanpa cinta dari mana2 lelaki..agak sedikit tenteram walaupun agak sunyi..hahahah..tapi is better la sebab tak perlu kusutkan kepala fikirkan nak mesej and call si dia..hehe..
hurmmm...setakat ni je la ye..diya nak buat entry baru..pasal positif input plak dari research diya..hahhaahahhaah


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Tuesday 20 December 2011

BIRTHDAY MAK YANG MENGECEWAKAN




setelah sekian lama tak update blog tiba2 hari ni terdetik nak update..pagi2 buta camni plak ilham nak mengarang datang..hhahaha..actually tadi dah tido, tapi tiba2 terjaga..tak tahu kenapa..dah terjaga bukan senang dah nak tido..termenung sejam ua jam, terus on laptop..belek2 facebook, agak2 dah puas baru la buka blog..baru tersedar yang diya ni dah lama tak update blog..sejak dua menjak ni malas sikit nak cara dunia blog ni sebab faktor line broadband slow pun ada..hahahaaha..entry kali ni rasa nye tak ada apa2 information yang menarik kot..just nak cerita aktiviti diya sepanjang berjaga malam ni je..hehe..haaaaaaa..nak bagitahu ni..hari ni 12 Disember birthday mak diya tau..birthday mak yang ke 59tahun..sapa2 yang nak wish kat mak diya just klik kat sini  LOVE MOM.. cakap pasal birthay mak ni,actually diya nak belikan hadiah kat mak diya..dah plan masa kat tempat praktikal lagi..s0 diya pun decide la nak jimat duit masa kat praktikal sebab nak belikan mak hadiah..tapi malangnya duit yang diya jimat untuk beli hadiah mak tu diya dah guna untuk bayar macam2 bil masa kat praktikal..hurmmm...agak sikit kecewa la..tak tahu nak cari duit kat mana nak belikan hadiah untuk mak...diya ni study lagi..selama ni cari duit extra pun buat part time..tapi sekarang nak buat part time tak boleh sebab sekarang sibuk dengan exam final untuk semester 5..kalau diya pergi jugak buat part time, sah2 dah diya tak dapat nak fokus dengan exam..dah la result exam kali ni nak guna untuk exam kementerian plak tu..diya mana boleh ambil sambil lewa je semua tu..cakap pasal hadiah plak, memang la mak tak pernah mintak semua tu, tapi at least diya nak buat something yang boleh buat mak senyum..anak mana yang tak nak tengok mak dia trsenyum kan..sama la jugak macam diya...hurmmm..macam mana nak buat ni..semalam bos tempat kerja ada called suruh masuk kerja..tapi diya tolak sebab exam..kalau nak kerja hujung minggu ni tak boleh pulak sebab dah janji dengan mak nak balik kampung sebab diya cuti jumaat ni sampai hari isnin...plan balik cuti jumaat ni la diya nak bawak balik hadiah tu kat mak, tapi...................addoiiiiiiiii.....sorry bebanyak la mak sebab tak dapat nak sediakan hadiah untuk birthday mak kali ni...insyaAllah dah kerja nanti adik belikan hadiah untuk mak setiap tahun dan insyaAllah adik tunaikan hasrat mak yang selalu mak idamkan tu untuk jejakkan kaki ke tanah suci Mekah....mudah-mudahan..amin.......

p/s : by the way HAPPY BIRTHDAY MAK..LOVE YOU SO MUCH..YOU ARE THE BEST MOM IN MY HEART FOREVER AND EVER..NO ONE CAN TAKE YOUR PART IN MY HEART....!!!!! MUAHHHHH...




TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Tuesday 13 December 2011

TIPS UNTUK MEMILIH CALON ISTERI



1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.(Bidalan ltali).

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia

9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

14. Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Saturday 3 December 2011

I'M BACK.!!!!


fuhhhh~ ~ ~ ~ ~setelah sekian lama tak update blog akhirnya hari ni update jugak..bukan malas update tapi line slow la kat area Kluang tu..sebab tu nak update pun malas..hurmm...sekarang ni kat tempat praktikal yang ketiga..last praktikal..kat Hospital Jasin, Melaka..macam yang sebelum2 ni, kena kerja selama 2 minggu kat hospital sini..sebelum ni kena kerja kat Hospital Port Dickson, ngan Klinik Desa Parit Ibrahim Kluang, and sekarang kat sini pulak la..pejam celik, pejam celik macam tak percaya je kan dah nak masuk semester 6 (last sem)..ape yang aku tahu 26.12.11 dah kena daftar untuk last sem,,sekejap je kan..bulan 6 tahun depan dah exam kementerian then grade..wahhh..macam tak percaya je aku ni bakal dapat diploma in nursing dan bakal jadi staff nurse..hehe..mudah-mudahan senang la dapat kerja lepas grade nanti kan..amin......pape pun entry kali ni tak banyak sangat nak cerita sebab sedikit penat..maklumla baru sampai..penat angkat beg ngan kemas2 umah belum hilang lagi..so nak olah ayat panjang2 pun tak berapa ada feel..next time la kalau nak bermadah pujangga pun..hheheh..k ADIOS :)

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Tuesday 8 November 2011

SEKALI LAGI HARAPAN DIA HARAPAN PALSU
















Dah lama diya tak masukkan entry baru kan?? hurmm..malam ni terdetik nak masukkan entry baru lepas2 layan feeling lagu2 jiwang kat laptop diya ni..tambah2 tadi diya ada ternampak something kat wall facebook someone ni...sedikit kecewa pun ada..memang la dah tak ada pape..tapi tipu sangat la kalau diya cakap diya dah tak sayang dia kan..tambah2 dia last love diya..setahun lebih nak dekat 2tahun tu dengan dia..tapi nak buat macam mana, dia pilih nak hidup dengan cara macam tu..diya lepaskan je la..honestly la diya memang still taruh harapan dan tunggu something yang different dari dia sebab dia janji nak berubah tapi bila fikir balik its nothing because its WASTE MY TIME..!! 6bulan diya 
perhatikan dia,tnya pasal dia kat member2 dia, family dia, saudara mara dia dan diya tak pernah putus asa tunggu dia, tapi dia still sama..tak ada something yang new..rupa2 nye apa yang diya buat tu  SIA-SIA!!..tapi kenapa dia tak habis2 bagi harapan kat diya???cakap still sayang la ape la...argghhhhh....!!!! dah, malas dah nak kusutkan kepala ni...!! untuk apa diya masih harapkan someone yang sia-siakan last love diya dan untuk apa pulak diya bagi peluang untuk someone yang mempermainkan first love diya,betul tak?? mungkin selama ni diya terlalu berlembut dengan diri sendiri and terlalu manjakan sangat hati dengan perasaan diya ni sebab tu la diya jadi macam ni..sekarang ni macam mana??? dah first love is played and last love is waste..so better diya tak payah terima love dari sapa2 la..sebab kalau diya terima love someone ni, diya nak bagi love apa kat dia??? nanti jadi macam tak bermakna pulak kan...lagi pun cukup2 la apa yang diya tanggung selama ni..nak buat apa cipta yang baru lagi..yang di tanggung ni pun tak tertanggung inikan pulak yang bakal ditanggung..ish Nauzubillah la..diya dah tak mampu...sebab diya tak sekuat dulu..sekarang ni denga  izin Tuhan, diya dah nekad tak nak fikir dah pasal semua t..cukup2 la ape yang diya tanggung selama ni..tak ada sapa yang nak ambil peduli...better diya hidup ngan family and kawan2 tu dah cukup untuk diya..
p/s : pada insan yang bergelar last love aku tu, aku harap ko happy ngan cara yg ko pilih..dan time kasih sangat2 la sebab dah berjaya jatuhkan aku dengan cinta dan harapan palsu ko tu ye...dua kali aku dah terkena,dengan izin Allah tak mungkin aku terkena untuk kali ketiga..pape pun aku dh maafkan ko..sikit dendam pun x ada kat ati aku ni..tapi satu je aku nak pesan, ckup2 la bg hrpan palsu kat aku..sebab dengan izin Allah lagi sekali, aku TAK MUNGKIN AKAN TERIMA  KO BALIK MACAM DULU..TAK MUNGKIN SAMA SEKALI.!!.aku dh ckup terlalu penat tunggu ko berubah..hasilnye adalah sia2..!!

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Saturday 5 November 2011

RAYA DI PERANTAUAN


gmbr pagi tadi sbelum gerak dtg prktkal
Bermula la kehidupan diya di perantauan iaitu di Port Dickson..hari Selasa start duty kat hospital..tak tahu kena kerja shift apa..tunggu Clinical Intructor inform..maybe esok atau isnin baru dapat jadual..sekarang tengah rehat-rehat kat umah sewa..umah sewa 5tingkat tanpa lif..masa sampai pukul 12 tengahari tadi, diya, dengan member yang serumah dengan diya kak liza, mai and izati terpaksa angkut bag2 dari tngkat bawah sampai tingkat 5 gunakan tangga..Tuhan je la tahu bertapa penatnye dan sakit nye tangan kaki ni..nasib baik la umah boleh tahan..ada tv, peti ais, peralatan masak dan air cond..tu yang syok sebenarnye..cuma toilet agak kecewa sikit la..kurang sedap bila pandang apa tah lagi nak menggunakannye..tapi nak buat macam mana kan, nak tak nak ken la jugak guna sebab nak guna tandas mana lagi kan..hurmmm..cakap pasal hospital dengan kedai plak, boleh tahan jauh..nasib baik la ada member2 kat sini boleh tolong..yang diya risaukan sekarang bab keselamatan la..sebab diya tengok blok umah yang diya duduk ni macam tak ada penghuni..kosong je..emmm..mungkin ramai yang balik kampung kot sebab nak raya..raya???? argghhhhh..!!!.sedihnye la..first time beraya jauh dari mak..nasib baik raya haji..kalau raya puasa boleh tahan meroyan jugak la di buatnye..haha..tapi tak pe la..sekali sekala beraya kat tempat orang..at least nanti kalu kerja tak la ralat sangat...apa2 pun Selamat Hari Raya Aidiladha pada seluruh umat Islam di muka bumi ni..yang penting kita doakan semua jemaah2 haji yang sedang menunaikan haji mendapat haji yang mabrur..aminn~ ~ ~ ~

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Thursday 3 November 2011

AKU JUMPA DIA MALAM TADI


Entry kali ni diya nak senyum puas2 sambil ceritakan apa yang dah jadi malam tadi..nak tahu apa jadi??? hehehe...actually diya memang  tak sangka malam tadi diya pergi jumpa DIA..siapa??? haaa..nama orang tu diya terpaksa rahsiakan sebab nak jaga sensitiviti sesetengah pihak..wahhh.....mulanya diya saja je call dia sebab nak tanya khabar..sebab dah lama tak contact dengan dia..last contact masa  raya hari tu..dia wish selamat hari raya kat dia dan minta maaf, then dia hilang macam tu je..bila dah jumpa malam tadi, segala2 nya dia luahkan kat diya..rupanya dia hilangkan diri dari diya sebab dapat tahu diya couple dengan orang yang pernah rosakkan hubungan kami dulu.dia memang sakit hati sangat2 la bila dapat tahu pasal semua tu..tapi sekarang diya dah tak ada pape dengan mamat tu..thats why dia sudi datang jumpa diya sebelum diya pergi praktikal..memang tak dapat di nafikan la, diya happy sangat2 dapat duduk semeja dengan dia..borak2 dan gelak sama2..yang penting sempat lagi imbas kenangan masa bercinta zaman sekolah dulu2..dan sempat plak kitorang bergambar..siapa tangkap??? siapa lagi kalu bukan kawan diya seorang ni,,Eina..hehe..eh nak tahu tak dia cakap dengan mak diya tau..dah dia cabar sangat diya tepon mak kan, so apa lagi, diya call la mak..then dia cakap..haaa dia pun tak sangka boleh cakap dengan mak diya masa tu..sebab sebelum2 ni dia memang tak pernah nak cakap dengan mak diya kat tepon..so tu first time la tu...hurmmm...borak punye borak sambil dengar lagu2 jiwang, lagsung tak sedar jam dah pukul 3pagi..terkejut beruk kitorang...dia pun cakap nak anta diya ngan Eina balik sebab dah lewat sangat..so dia hantar sampai depan umah then dia drive balik..seriously diya happy sangat2 jumpa dia..sebab sebelum ni kalau jumpa dia, mesti ending nye kitorang bergaduh..tapi kali ni berbeza sangat2..terlalu berbeza la..kitorang selesa sangat2 jumpa malam tadi..eh entah2 kitorang ni FALLEN IN LOVE AGAIN kot....hahahhaahah...isshhh..impossible la..sebab kitorang sama2 dah fobia dengan hbungan cinta ni..masing2 dah decide nak single buat sementara waktu...apa2 pun kenangan jumpa dia malam tadi diya akan ingat sampai bila2..

p/s : thanks sangat2 sebab sudi datang jauh2 jumpa aku..x sangka malam tadi ko layan aku baik sangat2..berbeza ngan yg sbelum2 ni..dan thanks sangat2 sebab sudi share problem ko ngan aku..dan yg paling penting aku tharu sangat2 dengan msj yg ko anta kat aku kol 5.30pagi tdi..aku akn simpan msj tu smpai bila :) gambr2 yg kite tgkap malam tadi pun aku akn simpan lelok..sejujur-jujurnye dan sumpah aku happy sangat2 lepak ngan ko malam tadi...harap saat2 mcm tu akan berulang lagi..hahahahah..


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Monday 31 October 2011

4 GOLONGAN LELAKI YANG DI TARIK WANITA KE NERAKA


Masa diya bersiar-siar kat wall fb member-member diya, tiba-tiba diya terbaca satu post yang betul-betul menarik minat diya untuk baca..so diya decide untuk copy then paste kat blog diya untuk di kongsi bersama dengan member-member blogger..

1 • Ayahnya 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia 
membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


2 • Suaminya 
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


3 • Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


4 • Anak Lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. 

------------------------------------------------------------------------------------------

♦ Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ♦ maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar ♦

Firman ALLAH S.W.T ~

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,
dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"

p/s : sama-sama la kita renungkan..termasuk juga dengan diri diya walaupun ayah diya dah meninggal, diya tetap mempunyai ayah, ada abang-abang, bakal ada suami dan anak satu hari nanti..so semua orang akan lalui benda yang sama..renung sejenak dan lakukan benda yang sepatutnya..

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Friday 28 October 2011

CELEBRATE BESDAY KAWAN SAYA


Entry kali ni diya tak nak bebel panjang2..just nak masukkan gambar2 keluar malam tadi celebrate besday my friend Eina..















TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)