RUKUN TETANGGA SAYA

Saturday 24 December 2011

SIFAT-SIFAT TERCELA (MAZMUMAH)


malam ni terdetik kat hati diya nak share something info yang diya dapat dari buku yang mak diya dapat masa birthday baru2 ni..tajuk buku tu Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kmus dan Mohd. Azrul Azlen Ab.Hamid..buku ni betul2 menarik minat diya untuk baca.sebab dalam buku ni ada mengajar kita macam2 tentang kehidupan seharian kita..ok, sekarang diya nak share apa yang diya baca baru je sekejap tadi tentang sifat2 tercela (mazmumah), antaranya :-

1) Gemar Makan dan Minum

  - terdapat hadis yg diriwayatkan daripada Nabi SAW :
 Maksudnya : yg terlebih afdal(utama) pada Allah itu iailah orang yg banyak berlapar dan banyak        bertafakur (berfikir sambil meniliti). dan yang terlbih benci kepada Allah itu ialah  orang yg banyak makan, banyak tidur dan bnyak minum.

" mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar makan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan beristirehat..."

2) Banyak Berkata-kata (yang sia-sia)

- telah menjadi lumrah manusia suka bercakap sia-sia yg boleh ditakrifkan sebagai bencana lisan ialah mengumpat, menghina, berdusta, dan bertengkar.
- terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :-

" sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja..."

3) Marah

- sifat marah berpunca daripada kurang sikap kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. orang yang bersikap sdemikian selalunya didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.
-sering kali orang yg pemarah ini mewarisi sifat-sifat seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain..

4) Hasad Dengki dan Iri Hati

- lahir aripada rasa tidak puas hati dengan nikmat atau kesenangan yg orang lain perolehi..
-untuk mengelakkan perasaan hasad dengki dan iri hati, perlu selalu rendah diri (tawaduk), mengucapkan puji dan syukur kepada Allah atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi..

5) Kasih Pada Harta

- tiak salah memiliki harta dan kemewahan hidup..tetapi janganla smpai lalai dalam menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam dan menjadi sifat bakhil..
- sekiranya memiliki kemewahan dan banyak harta bersedekah, berzakat, dan berbelanjalah ke jalan Allah...

6) Takbur

- takbur atau menyombongkan diri antaranya sebab nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikkan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7) Riyak

-ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang untuk menampakkan pelbagai amalan baik yg dilakukan semata-mata menginginkan pujian,pangkat atai kedudukan..

8) Ujub

- berkait rapat dengan riyak dan takbur.ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri..berkait rapat dari sgi kelebihan dari segi kecantikkan, kepandaian, kekayaan, dan alain-lain..

" sifat ujub boleh diatasi dengan sentiasa memikirkan bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini....."

9) Kasih Akan Dunia

- hati yg sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati..

p/s : apa yg dah diya kongsikan ni sama2 la kita renungkan..segala yg tersenarai ni mungkin pernah terjadi pada korang semua termasuk jugak dengan diri diya..sama2 la kita belajar untuk muhasabah diri sendiri dan belajar untuk memperbaikinya..InsyaAllah selagi kita diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ni, selagi tu la kita berpeluang untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik..Allah tak kan ubah nasib seseorang itu kalau seseorang itu tak usaha untuk mengubahnya....mudah-mudahan kita diberkati..amin....




TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

No comments: