RUKUN TETANGGA SAYA

Wednesday 5 December 2012

KEKEJAMAN ZIONIS MENYEBABKAN AKU MENITISKAN AIRMATA

Balik dari kerja pukul 4 petang tadi sementara nak tunggu masuk kerja pukul 8malam untuk split, cik diya pun online la untuk elak dari tidur. Hati tiba-tiba jadi sayup sehingga menitiskan airmata tanpa henti bila melihat  himpunan gambar serangan dari zionis pada bumi Gaza. Subhanallah…selama aku hidup sebagai umat Islam apa yang aku lakukan untuk bantu saudara seagamaku?? Sedangkan agama Islam menggalakkan kita untuk saling bantu membantu, tapi aku??Subhanallah..apa yang patut aku jawab sekiranya Malaikat Munkar dan Nangkir menyoal apa yang aku lakukan untuk membantu saudara seagamaku?? Ya Allah aku hanya mampu terus berdoa dan berdoa kepadaMu..

Gambar-gambar yang terpapar di merata-rata ruangan sudah cukup menggambarkan bertapa sakitnya penduduk bumi Gaza menanggung derita dan kesakitan yang belum tentu kita mampu untuk tanggung. Berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikul segala kesakitan yang di alami.
Cuba tengok gambar mayat kanak-kanak kat dalam gambar ni. Kanak-kanak yang baru nak kenal erti hidup. kanak-kanak yang masih belum dicorakkan secara sempurna. tapi penghujung hayat mereka adalah kematian yang mereka langsung tak duga sebegini rupa. apalah salah kanak-kanak ni. mereka tak pandai nak berlari selamatkan diri bila terdengar bunyi-bunyi tembakan. mereka tak pandai nak sembunyikan diri bila datang kereta-kereta kebal datang untuk menyerang.apa yang mereka mampu lakukan hanya lah menangis ketakutan dan tangisan mereka berakhir dengan kematian yang menyayat hati

lihat pula gambar mayat si ibu dan seorang bayi ni. cuba bayangkan kesakitan si bayi tu?? seusia bayi seperti itu, adakah dia mampu untuk memanggil sesiapa untuk membantunya?? sudah tentu sama sekali tidak. sedangkan si ibu boleh terdiam kaku, inikan pula bayi yang masih belum celik sepenuhnya....

Subhanallh mayat kanak-kanak dalam gambar ni meninggal dalam keadaan senyum. kanak-kanak ni begitu redha dengan cara kematiannya. tangisan demi tangisan didengari saban hari di bumi Gaza. rayuan demi rayuan di minta agar peperangan dihentikan. tapi rayuan dan tangisan tersebut langsung tidak didengari malah dijadikan satu senjata untuk mereka meneruskan pembunuhan tanpa belas kasihan.

apa yang si kecil ini mampu lakukan???? hanya berbekalkan sebiji batu sebesar genggaman yang belum tentu mampu memusnahkan kenderaan musuh.si kecil seusia ini masih terfikir untuk menegakkan agamanya dan menyelamatkan tanah air nya walaupun dia sendiri tahu penghujung nyawanya berakhir dengan hanya sedas tembakan..ya ALLAH apakah kesudahan nasib si kecil ini???? 

Ya Allah pelihara, dan lindungilah bumi Palestin dari serangan Zionis Israel laknatullah. walau apa pun cara kematian mereka, sesungguhnya mereka mati kerana mempertahankan agamaMU.mati mereka kerana jihad ke jalanMU.mati mereka adalah mati syahid. Kau tempatkan lah mereka di tempat-tempat orang yang beriman dan tempatkan lah mereka di taman-taman indah di syurga Mu Ya Allah. sesungguhnya aku sebagai hambaMu, dan sebagai saudara seagama dengan mereka, hanya mampu menadah tangan untuk berdoa supaya mereka cekal dan tabah dalam mengharungi ujian dan dugaan dariMu.Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui rahsia di sebalik apa yang telah Engkau rencanakan. amin ya robbal alamin......



TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Monday 3 December 2012

SAMADA CIK DIYA TOLAK ATAU TERIMA TAWARAN KERJA TU????


Hari ni cik diya attend interview kat Universiti Malaya Medical Center as a position staff nurse at Clinical Investigation Research. On the way nak pergi sana macam-macam halangan yang cik diya kena tempuh. bertolak dari rumah abang kat kajang utama pukul 7pagi.sampai kat kawasan UM dalam pukul 8.30pagi. appointment interview pukul 10pagi. sampai je kawasan UM,Tuhan je la yang tahu..seluas-luas kawasan UM tu kitorang sesat.tanya orang dah ramai dah. tapi merata laluan yang diorang tunjuk. dengan perut tengah kosong masa tu. just imagine cik diya sesat dalam kawasan UM tu hampir sejam setengah.. cik diya tanya hampir 7orang.semuanya tunjuk jalan yang berbeza-beza.at the end cik diya ada jumpa sorang akak ni. Alhamdulillah akak tu tunjuk jalan yang betul. sampai je kat main tower, dah jadi satu masalah nak kena cari tempat yang nak kena interview tu pulak.nasib baik la ada abang polis hensome ni yang sudi bagi tunjuk arah..hehe..thanks ye abg polis :) naik je tempat interview cik diya dah terlewat 15minit. baru je rest 5minit nama cik diya dah kena panggil.masuk je dalam bilik interview cik diya tak putus baca jampi serapah hahahahaha..tapi seriously interview tu memang tak tertekan.sebab doktor yang interview cik diya tu baik sangat-sangat. dah la cantik, berbudi bahasa.thats good la.masa interview, doktor tu ada cerita serba sedikit tentang jawatan yang nak ditawarkan tu.dia cakap jawatan cik diya ni more kepada research. cik diya kena kaji tentang ubat dan apa yang ubat tu lakukan pada sistem badan manusia dan apa kesan sampingan ubat tu.lebih kurang macam tu la apa yang diterangkan tadi. so cik diya akan selalu naik turun wad untuk berjumpa dengan patient then balik office cik diya akan buat report tentang perkembangan patient-patient tersebut.dan cik diya juga akan join team research ke oversea untuk present atau meeting tentang ubat-ubat yang dah kami kaji.cakap berkaitan gaji pulak, pihak diorang nak tawarkan rm1700. dan kalau prestasi cik diya meningkat dari masa ke semasa dan cik diya banyak buat kajian berkaitan ubat dari company-company lain, gaji cik diya boleh dinaikkan hampir rm2000.interesting right??? so doktor tu decide nak tawarkan cik diya jawatan tu dan dia cakap bila boleh nak mula kerja. cik diya cakap la mungkin next year sebab cik diya sekarang nak settlekan lesen kereta. so dia cakap kalau boleh nak cik diya start kerja 2.1.2013..dalam tempoh sebulan ni diorang nak cik diya improve kan english sebab jawatan yang bakal cik diya pegang ni banyak berurusan dengan doktor-doktor dari international...OHHHH MY ENGLISH...!!! sekarang yang jadi masalahnya, macam mana cik diya nak improve kan english tu?? memang ada plan nak ambil kursus, tapi bila nak attend??? sekarang tengah kerja, kalau offday cik diya sibuk dengan lesen...ya Allah xtau tahu la macam mana sekarang..samada nak tolak atau terima tawaran tu..macam mana nanti kalu pihak PPUM hantar surat atau call bagitahu tarikh tetap untuk lapor diri??????sekarang bahasa inggeris memang diutamakan..errgggghhhhhhhhh....!!!

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

CIK DIYA OPEN TABEL


memang sedap sangat2 makanan kat sni..tgk la..sampai licin hehe

sempat lagi posing ngan anak sedara lepas siap makan
hidangan dah sampai....yummy..yummmyyy.. at Arina Seafood Hulu Langat

my love mom..at the end sampai jugak hajat cik diya nak belanja
mak makan besar :)

errggghhh..Alhamdulillah..kenyang sudah....hee


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

GAMBAR-GAMBAR BERKHATAN


yesss...at the end ade pun pic cik diya assist doktor khatan..hehehehe...thanks for the cameraman sebab melayan karenah cik diya untuk dapatkan gambar-gambar ni semua..
proses untuk circumsection bermula........

peace yo0o0..hahahahaahah sempat lagi

100% focus..masa ni doktor tengah laser untuk stop bleeding..tugas cik diya pegang forcep untuk maintan position then dap darah dekat tempat yang nak di laser.

masa ni turn cik diya plak untuk jadi runner..telinga kena alert sebab anytime doktor akan request xylocaine...



TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)