RUKUN TETANGGA SAYA

Saturday 5 November 2011

RAYA DI PERANTAUAN


gmbr pagi tadi sbelum gerak dtg prktkal
Bermula la kehidupan diya di perantauan iaitu di Port Dickson..hari Selasa start duty kat hospital..tak tahu kena kerja shift apa..tunggu Clinical Intructor inform..maybe esok atau isnin baru dapat jadual..sekarang tengah rehat-rehat kat umah sewa..umah sewa 5tingkat tanpa lif..masa sampai pukul 12 tengahari tadi, diya, dengan member yang serumah dengan diya kak liza, mai and izati terpaksa angkut bag2 dari tngkat bawah sampai tingkat 5 gunakan tangga..Tuhan je la tahu bertapa penatnye dan sakit nye tangan kaki ni..nasib baik la umah boleh tahan..ada tv, peti ais, peralatan masak dan air cond..tu yang syok sebenarnye..cuma toilet agak kecewa sikit la..kurang sedap bila pandang apa tah lagi nak menggunakannye..tapi nak buat macam mana kan, nak tak nak ken la jugak guna sebab nak guna tandas mana lagi kan..hurmmm..cakap pasal hospital dengan kedai plak, boleh tahan jauh..nasib baik la ada member2 kat sini boleh tolong..yang diya risaukan sekarang bab keselamatan la..sebab diya tengok blok umah yang diya duduk ni macam tak ada penghuni..kosong je..emmm..mungkin ramai yang balik kampung kot sebab nak raya..raya???? argghhhhh..!!!.sedihnye la..first time beraya jauh dari mak..nasib baik raya haji..kalau raya puasa boleh tahan meroyan jugak la di buatnye..haha..tapi tak pe la..sekali sekala beraya kat tempat orang..at least nanti kalu kerja tak la ralat sangat...apa2 pun Selamat Hari Raya Aidiladha pada seluruh umat Islam di muka bumi ni..yang penting kita doakan semua jemaah2 haji yang sedang menunaikan haji mendapat haji yang mabrur..aminn~ ~ ~ ~

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Thursday 3 November 2011

AKU JUMPA DIA MALAM TADI


Entry kali ni diya nak senyum puas2 sambil ceritakan apa yang dah jadi malam tadi..nak tahu apa jadi??? hehehe...actually diya memang  tak sangka malam tadi diya pergi jumpa DIA..siapa??? haaa..nama orang tu diya terpaksa rahsiakan sebab nak jaga sensitiviti sesetengah pihak..wahhh.....mulanya diya saja je call dia sebab nak tanya khabar..sebab dah lama tak contact dengan dia..last contact masa  raya hari tu..dia wish selamat hari raya kat dia dan minta maaf, then dia hilang macam tu je..bila dah jumpa malam tadi, segala2 nya dia luahkan kat diya..rupanya dia hilangkan diri dari diya sebab dapat tahu diya couple dengan orang yang pernah rosakkan hubungan kami dulu.dia memang sakit hati sangat2 la bila dapat tahu pasal semua tu..tapi sekarang diya dah tak ada pape dengan mamat tu..thats why dia sudi datang jumpa diya sebelum diya pergi praktikal..memang tak dapat di nafikan la, diya happy sangat2 dapat duduk semeja dengan dia..borak2 dan gelak sama2..yang penting sempat lagi imbas kenangan masa bercinta zaman sekolah dulu2..dan sempat plak kitorang bergambar..siapa tangkap??? siapa lagi kalu bukan kawan diya seorang ni,,Eina..hehe..eh nak tahu tak dia cakap dengan mak diya tau..dah dia cabar sangat diya tepon mak kan, so apa lagi, diya call la mak..then dia cakap..haaa dia pun tak sangka boleh cakap dengan mak diya masa tu..sebab sebelum2 ni dia memang tak pernah nak cakap dengan mak diya kat tepon..so tu first time la tu...hurmmm...borak punye borak sambil dengar lagu2 jiwang, lagsung tak sedar jam dah pukul 3pagi..terkejut beruk kitorang...dia pun cakap nak anta diya ngan Eina balik sebab dah lewat sangat..so dia hantar sampai depan umah then dia drive balik..seriously diya happy sangat2 jumpa dia..sebab sebelum ni kalau jumpa dia, mesti ending nye kitorang bergaduh..tapi kali ni berbeza sangat2..terlalu berbeza la..kitorang selesa sangat2 jumpa malam tadi..eh entah2 kitorang ni FALLEN IN LOVE AGAIN kot....hahahhaahah...isshhh..impossible la..sebab kitorang sama2 dah fobia dengan hbungan cinta ni..masing2 dah decide nak single buat sementara waktu...apa2 pun kenangan jumpa dia malam tadi diya akan ingat sampai bila2..

p/s : thanks sangat2 sebab sudi datang jauh2 jumpa aku..x sangka malam tadi ko layan aku baik sangat2..berbeza ngan yg sbelum2 ni..dan thanks sangat2 sebab sudi share problem ko ngan aku..dan yg paling penting aku tharu sangat2 dengan msj yg ko anta kat aku kol 5.30pagi tdi..aku akn simpan msj tu smpai bila :) gambr2 yg kite tgkap malam tadi pun aku akn simpan lelok..sejujur-jujurnye dan sumpah aku happy sangat2 lepak ngan ko malam tadi...harap saat2 mcm tu akan berulang lagi..hahahahah..


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Monday 31 October 2011

4 GOLONGAN LELAKI YANG DI TARIK WANITA KE NERAKA


Masa diya bersiar-siar kat wall fb member-member diya, tiba-tiba diya terbaca satu post yang betul-betul menarik minat diya untuk baca..so diya decide untuk copy then paste kat blog diya untuk di kongsi bersama dengan member-member blogger..

1 • Ayahnya 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia 
membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


2 • Suaminya 
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


3 • Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


4 • Anak Lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. 

------------------------------------------------------------------------------------------

♦ Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ♦ maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar ♦

Firman ALLAH S.W.T ~

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,
dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"

p/s : sama-sama la kita renungkan..termasuk juga dengan diri diya walaupun ayah diya dah meninggal, diya tetap mempunyai ayah, ada abang-abang, bakal ada suami dan anak satu hari nanti..so semua orang akan lalui benda yang sama..renung sejenak dan lakukan benda yang sepatutnya..

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)