RUKUN TETANGGA SAYA

Tuesday 13 November 2012

PENGERTIAN SEBENAR AWAL MUHARRAM


Sedar tak sedar hari ni seluruh umat Islam akan menyambut Awal Muharram untuk tahun 2012 iaitu bulan pertama dalam sistem kalendar Islam.Pada hari ni umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir tahun selepas waktu Asar dan doa awal tahun selepas waktu Maghrib. Hari ni cik diya nak ajak you all termasuk jugak dengan cik diya ni untuk menghayati erti sebenar hari yang di sebut-sebut kan ni...dari maklumat pembacaan cik diya, pada asasnya Muharram bermaksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu ALLAH SWT melarang melakukan peperangan @ pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah:91)

PERISTIWA PENTING  BULAN MUHARRAM
1) 1 Muharram : Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam   (kalendar hijriah)
2) 10 Muharram : dinamakan juga hari Asyura. pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yg mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

PADA 10 MUHARRAM JUGA TELAH BERLAKU :
  1. Nabi Adam bertaubat kepada ALLAH
  2. Nabi Idric diangkat oleh ALLAH ke langit
  3. Nabi Nuh diselamatkan ALLAH keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6bulan
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan ALLAH dari pembakaran Raja Namrud
  5. ALLAH menurunkan kitab Taurat kepaa Nabi Musa
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  7. Penglihatan Nabi Yaakoc yang kabur dipulihkan ALLAH
  8. Nabi Ayub dipulihkan ALLAH dari penyakit kulit yang dideritai
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40hari 40malam
  10. Laut merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni ALLAH
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan ALLAH kerajaan yang besar
  13. Hari pertama ALLAH menciptakan alam
  14. Hari pertama ALLAH menurunkan rahmat
  15. Hari pertama ALLAH menurunkan hujan
  16. ALLAH menjadikan Arasy
  17. ALLAH menjadikan Luh Mahfuz
  18. ALLAH menjadikan alam
  19. ALLAH menjadikan Malaikat Jibril
  20. Nabi Isa diangkat ke langit
Subhanallah..rupa-rupanya banyak peristiwa yang berlaku pada Muharram ni.ada yang cik diya tahu dan ada jugak yang cik diya tak tahu. sesetengah orang beranggapan erti maal hijrah ni macam perubahan dari yang jahat ke arah yang baik. tapi pernah tak cuba nak menghayati peristiwa-peristiwa yang berlaku di sebalik hari atau tarikh tersebut????? huuurmmm... cik diya pun sebenarnya cetek jugak berkaitan agama ni. tapi apa yang cik diya share ni semuanya dari pembacaan cik diya. kalau ada salah sila-sila la tegur ye..kita sama-sama belajar,,ok la..cik diya nak out dulu..kejap lagi nak masuk kerja..you all jangan lupa ye baca doa akhir tahun selepas waktu Asar dan doa awal tahun selepas waktu Maghrib nanti k.insyaALLAH cik diya pun akan curi sedikit masa kerja nanti untuk baca doa tu. nasib baik cik diya ada buku doa, boleh la cik diya refer kat buku doa tu je.. yang lain-lain kalau tak ada buku panduan untuk mengetahui doa tu, cuba-cuba la usaha google atau bertanya kepada yang arif sebelum masuk waktu Asar atau Maghrib nanti.sama-sama kita usahakan ok. mana la tahu ini Muharram terakhir untuk kita..fikir-fikirkan la...salam :) 

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Monday 12 November 2012

TUMIT KAKI MANUSIA BERTAJI AYAM

jeng..jeng..jeng..eh..eh rasa-rasa masa
snap gambar ni nampak muka.masa bila pulak
tangan Dr, tu terangkat ..hehe..
ini la Doktor Norhayati
Hari ni cik diya dapat satu lagi pengalaman 
baru..eh ye ke pengalaman..rasanya ilmu kot...eh entah..tak tahu la..tapi apa-apa pun cik diya nak kongsi jugak kat sini..hehe.. ok hari ni cik diya kerja dalam bilik doktor (assist doktor a.k.a internal)..doktor yang cik diya assist ni memang sporting giler la. haa sebelum cik diya puji lebih-lebih, meh sini cik diya tunjuk gambar doktor tu..haaaaa..apa lagi..jom-jom usha kat sebelah ni..eh sebelah pulak, kat atas ni ha...sebelah tu doraemon..haha


          
cuba tengok perbezaan kedua-dua
result x-ray kat atas ni
ok masa assist doktor ni, cik diya dapat tengok satu result x-ray yang cik diya tak pernah tengok. mungkin blogger lain pernah tengok kot. tapi honestly cik diya tak pernah tengok yang real. sepanjang 3 thun jadi student pun cik diya tak pernah tengok.kalau tengok pun mungkin dalam google. tapi kali ni cik diya dapat dengar sendiri komplain dari patient ni berkaitan dengan masalah yang dia hadapi.patient tu cakap dia selalu rasa sakit kat bahagian tumit setiap kali nak jalan dan rasa tak selesa..ok nak tahu macam mana result x-ray tu??? ok jap..cik diya nak upload..haa tgok kat sebelah....nampak x????????


tengok dalam bulatan merah tu dan bezakan
dengan yang normal.
apa,tak nampak???? haiishh korang ni..ok2..cik diya try upload gambar ikut posisi lain plak...jap ek.........taaddaaa.......haaa kalau gambar yang ni nampak tak??? ---------------->
alaaa fokus la kat bulatan putus-putus warna merah tu.kalau tak jelas lagi better korang pakai kanta pembesar la kat mata tu tak pun pergi check mata, mana la tau rabun ke..hehehe.maaf~ ~ ~ kalau ikut bahasa kita mungkin ada yang paggil tumit bertaji ayam atau tulang lebih. tapi kalau ikut bahasa medical term ia dipanggil sebagai CALCANEUS SPUR. apa yang cik diya tahu, patient yang mengalami kedaan macam ni tak digalakkan memakai heels. kalau dah terlalu teruk dan menyebabkan inflame yang terlampau, kemungkinan patient tu kena menjalani operation untuk potong bahagian tulang yang lebih tu. masalah akan bertambah rumit kalau patient tersebut berbadan besar kerana tumit kaki bermain peranan yang agak penting untuk menampung berat badan manusia.(Adoyaiiii..allergik betul la kalau sebut pasal berat badan ni..hahaha)
ok la..rasanya itu je la kot yang cik diya nak share. kalau nak tahu malumat yang lebih lanjut berkaitan dengan masalah ni, better you all try explore kat mana-mana web yang berkaitan sebab kalau nak cik diya cerita kat sini nanti habis merapu merata tempat.. :)

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)