RUKUN TETANGGA SAYA

Tuesday, 27 March 2012

MAK CIK, MAAFKAN NADIA...


Mata menahan mengantuk sebab samalaman tak tidur, tersengguk-sengguk dah kat kerusi.perut pulak berkeroncong sebab dah dua hari tak makan..nak larikan perhatian, aku pun dengarla  lagu kat phone sambil baca buku prosedur nursing aku ni, nak lelapkan mata takut mak W nak pergi toilet atau batuk..sebab mak dia kalau lepas batuk mesti nak minum air, tak pun akan muntah..so kuatkan jugak mata ni..buka luas-luas..tiba-tiba ada suara bercakap dengan aku :-

mak W : nadia berhubung dengan W lagi ka?? sebenarnya mak suka nadia dengan W. mak harap sangat-sangat nadia dapat terima W balik..bagi la dia peluang..

aku       : (aku terkejut bila dengar mak dia biasakan diri mak..tapi aku tetap panggil mak cik sebab aku dengan W bukan mcam dulu dah..) dah lama tak bhubung mak cik..ni start berhubung balik pun sebab adik masuk wad kena denggi hari tu dengan sebab mak cik sakit ni..sebenarnya nadia bukan tak nak terima W balik mak cik, tpi W skarang dah ada awek..biarla dia dengan pilihan hati dia..kalau ada jodoh tak kemana

mak W : W tu tak matang lagi. sebab tu dia macam tu..dia tak fikir apa yang dia buat.abang Mie dia dah nasihat dia macam-macam dah..abang Mie pun cakap dia suka dengan nadia..nadia terima la dia balik..mak cik harap sangat2 jodoh nadia pnjang dengan W.

aku      : nadia tak tahu nak cakap macam mana..mak cik, nadia nak tanya sikit ni, macam mana kalau suatu hari nanti W bawak balik seorang perempuan dan kenalkan pada mak cik sebagai bakal menantu, mak cik boleh terima tak??

mak  W : mak cik hanya dapat terima kalau dia bawa balik nadia kat rumah..mak cik dah suka nadia..keluarga semua dah setuju...kalau dia bawak perempuan lain kat rumah, kami tak kan buka pintu..kami tak kan layan..

aku       : (mata dah start berair dah ni) mak cik, kalau W bawak balik perempuan lain satu hari nanti, mak cik terima la perempuan tu seadanya..kalau W dah pilih perempuan tu, bermakna perempuan tu jauh lebih baik dari nadia..mak cik bagi la peluang kat perempuan tu untuk jadi sebahagian dari keluarga mak cik..samada perempuan tu bertudung atau x, mak cik terimala..mungkin W akan bahagia dengan cara macam tu..

mak W  : entahla nadia..mak cik tak tahu macam mana nak cakap..sebab mak cik dah sayang nadia macam anak mak cik sendiri...

aku        : kalau ada jodoh nadia dengan W, insyaALLAH tak kemana..tak pe la mak cik, nadia nak pergi surau solat skejap..nanti dah siap nadia datang balik~ ~ ~ (sebelum menangis depan mak dia, better aku keluar dari wad tu dulu..)

hurmmmm.....aku dah tak tahu nak buat macam mana..serba salah pun ada..nak berbaik pernah la terdetik sikit, tapi bila aku tengok kat phone dia sekarang siap ada wallpaper gambar perempuan lain and dia siap save nama perempuan lain dengan "sayang", bukan mudah bagi aku nak terima tu semua...so better aku biarkan je kebahagiaan dia dengan perempuan tu..apa yang aku boleh buat sekarang, doakan family dia dapat terima perempuan tu suatu hari nanti bila dia bawak balik perempuan tu jumpa family dia...lagipun antara aku dengan dia hanya tinggal kenangan..actually aku happy tengok dia dah jumpa pengganti aku..thats mean, that girl lebih baik dan lebih sempurna dari aku..so aku hanya mampu senyum sambil doakan dia bahagia dengan pilihan hati dia sekarang...aku plak macam mana??????? hahahaha...ala biar la..lagipun jodoh pertemuan Tuhan tentukan..Tuhan dh tulis dh pun siapa jodoh aku kat Luh Mahfuz kat atas sana..so tak perlu risau la kot..cme cepat atau lambat je jodoh tu nak muncul :) 


p/s : maafkan nadia makcik..sekalipun nadia tak dapat nak tunaikan hasrat makcik utk bbaik semula dengan W, tak bermakna nadia akan lupa makcik..nadia dh anggap makcik macam mak nadia sendiri..apa yang nadia buat selama ni ikhlas dari hati nadia...apa-apa pun nadia doakan makcik sihat selalu :)



TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)