RUKUN TETANGGA SAYA

Tuesday 18 December 2012

KEHADIRAN BUAH NESCAFE DAN BUAH KOPI

taDaAaAaAaAaA~ ~ ~ ~cik diya ada entry baru lagi...jom mengendap sekejap blog cik diya nak??..sebab entry kali ni cik diya dapat ilham dari housemate cik diya, iaitu kak ida....hehe..thanks kak ida a.k.a kak k-pop sebab cetuskan idea untuk cik diya update blog cikai cik diya ni..bermula la al-kisahhhhhhh angin sepoi-sepoi bahasa, pokok kelapa melentur liuk..eh..ehhh..silap plak.tiba-tiba terkeluar madah cerpen zaman sekolah..hehe...ok macam ni, masa cik diya, kak ida, kak tika dengan kak sha duk kusyuk melayan drama cinta adam & hawa, tiba-tiba ada comersial break pasal "coffee" tiba-tiba kak ida bersuara. "eh air kopi dengan nescafe tu datang dari buah kopi kan?? cuma penghasilannya yg berbeza kan??" semua terdiam..otak cik diya mula ligat berfikir..hurmmmm....masing-masing cuba menyuarakan pendapat. ada yang cakap nescafe datang dari lain, air kopi pulak dari buah kopi. so semua nya meninggalkan tanda tanya. dan cik diya mula fikir, kalau air kopi datang dari buah kopi, tapi air nescafe datang dari buah nescafe ke??? haaiishhh..macam pelik je..tak penah dengar pulak nama buah nescafe atau pokok nescafe..haahahahaha..haaaaaa....thats why la cik diya buat entry ni. cik diya try kaji dari mana datang nya air kopi dan nescafe...so0o0o0o...you all pun mesti nak tahu jugak kan??kan???kan??? ok jom terus baca entry cik diya ni sampai habis.....let's check it out......

first of all cik diya nak share maklumat yang cik diya dapat berkaitan dengan nescafe dulu. actually, nescafe ni namanya terhasil daripada gabungan "nestle" dengan "cafe".Nestle adalah nama makanan dan minuman yang terbesar di dunia manakala Nescafe adalah salah satu hasil produk dari Nestle. pada tahun 1930, kerajaan Brazil mencabar Nestle untuk mencipta sejenis minuman berasaskan kopi yang memudahkan orang ramai dengan cara menambah air sahaja tetapi perisa asli kopi tetap di kekalkan. setelah 7 tahun kajian dibuat oleh Max Morgenthaler dan pengkaji-pengkaji lain yang berbangsa Swiss, jeng..jeng...jengggggg.....akhirnya produk Nescafe berjaya dihasilkan dan di perkenalkan ke seluruh dunia.

ok tu cerita berkaitan dengan nescafe, manakala kopi pula seperti yang kita tahu terhasil dari buah kopi yang telah dipanggang, di kisar, dan direndam. so nescafe dan kopi datangnya dari buah yang sama iaitu "buah kopi" cuma yang membezakan nya hanya la cara pembuatan atau bahan yang ditambah atau dikurangkan dalam proses penghasilan kedua-dua produk tersebut. 

* harap-harap entry kali ni akan menjawab persoalan yang bermain di fikiran kak ida..hehe.. tapi you all kena ingat tau jangan ambil terlalu banyak kopi ataupun nescafe sebab kandungan kafein yang tinggi dalam minuman tersebut akan menyerap dan membuang vitamin C, kolegen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.kalau you all nak tahu lebih banyak kesan buruk kafeian pada badan kita, you all boleh tekan ------>   klik sini ok la cik diya nak beradu dulu.capek bangat harini.nite semua. jangan lupa solat Isyak ye sebelum ketiduran..hehe..x0x0..salam :)

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Monday 17 December 2012

CARA MENDAPATKAN ANAK MENGIKUT ASID DAN ALKALI


Entry...entry,,,,,wahhhh...semangat betul cik diya malam ni..malam ni saja dah berapa entry update. actually cik diya dah karang lama dah. tapi cik diya buat kat microsoft word dulu. sebab bila nak publish je mesti line bb slow. so malam ni cik diya publish kan semua, cuma cik diya edit apa yang patut je.. hehe..ok entry kali ni pun sama  macam yang sebelum ni. atas permintaan seorang sahabat cik diya, dia nak tahu cara nak mendapatkan anak mengikut tahap keasidan dan alkali.cra ni lebih kepada cara kajian moden la. ala-ala zaman perubatan ni. tapi sejauh mana kesahihan nya, wallahualam..tapi  cara ni pernah di eksperimen kan oleh sepasang suami isteri ni, Alhamdulillah berjaya..samada secara kebetulan atau sebaliknya, wallahualam..

ok...ok..dah..jom straight forward pada apa yang nak dikongsikan. you all tahu cara nak dapatkan anak lelaki atau perempuan mengikut tahap asid dan alkali tak????( tak habis-habis cara nak dapatkan anak cik diya ni..dah gatal nak kawin ke??? hahhhaahah...)  ok macam mna ek nak mula kan.hurmm ok..macam ni..menurut apa yang cik diya kaji dan baca, apabila isteri mengalami kadar keasidan yang tinggi, digalakkan supaya isteri mencuci private part sebelum ehem-ehem dengan menggunakan 2-3 sudu soda bikarbonat (ala serbuk penaik yang mak you all guna untuk buat kek tu..hehe) yang dibancuh dengan air suam untuk meningkatkan kadar alkali. kenapa soda bikarbonat??? sebab soda bikarbonat kan bersifat alkali yang tinggi. kalau rasa ada bahan lain bersifat alkali try la guna. tapi jangan yang pelik-pelik dah la.hahaha..mesti nak tahu kan apa fungsi alkali ni?? ok macam ni..actually alkali menggalakkan pergerakkan sperma Y dan ini memudahkan mendapat baby boy. Haa mesti you all nak tanya apa pulak dah sperma Y tu? betul tak?? ok tak pe. jangan rissau. cik diya akan terangkan.(wahh dah macam lecturer plak dah) ok macam ni, sperma yang membawa kromoson  Y  ni akan menghasilkan XY = lelaki, manakala sperma yang bawa kromosom X akan hasilkan XX=perempuan. selalunya ovum yang akan menghasilkan kromosom X. Lets say si suami melepaskan sperma yang membawa kromosom Y, manakala ovari si isteri melepaskan ovum kromosom X. apabila kromoson tersebut tercantum dan disenyawakan akan terjadi XY right? thats mean ia akan terhasil baby boy. sebab XY sama dengan bayi lelaki. so faham tak kat situ???? kalau tak paham cuba jugak bagi paham..hehehheeh..ok2 kalau tak paham try tengok gambar rajah kat bawah ni ok

ok..yang tu pasal nak dapatkan anak lelaki.tapi kalau you all nak dapatkan anak perempuan pulak si isteri perlu mencuci private part menggunakan 2 sudu teh cuka putih yang dicampurkan dengan 1 liter air suam untuk meningkatkan tahap keasidan di bahagian faraj. ini akan memudahkan pergerakkan sperma X dan khamilan baby girl. tapi jangan pulak you all cuci guna cuka getah...nanti masak laaaa..........nyaknye ke you all.. so be carefull ok :) 
 * sama juga nasihat cik diya untuk entry kali ni, jangan terlalu taksub ok. apa yang kita rancang tidak semestinya akan terjadi sebab sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t.tapi tidak salah untuk kita mencuba...eh silap pulak, bukan kita tapi you all..sebab cik diya  <3 not taken yet..hehehehe....selamat mencuba....tapi ingat, hanya untuk yang sah bergelar suami isteri je tau. yang belum sah tu jangan nak mengataaiiiiiiiiiiii buat..hahahhahahah..x0x0..salam....

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

CARA UNTUK MENDAPATKAN ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN MENGIKUT KALENDER CINA


 Tiba-tiba rajin pulak nak mengarang banyak entry malam ni..hehe..actually entry ni cik diya buat sebab ada permintaan dari kawan cik diya. dia dah lama request suruh cik diya buat. memandangkan cik diya tak ada masa, so lewat sikit la kajian cik diya ni nak siap.ok macam biasa, lets straight forward pada apa yang cik diya nak share. you all pernah dengar tak cara nak dapatkan baby girl atau baby boy mengikut kalender Cina??? dari apa yang cik diya kaji dan baca, ni hasil yang cik diya dapat. (wahhhhh tak boleh bla, kaji dan baca tu..haaa cam gituuuu...)

ok kat bawah ni ada satu kalender Cina yang selalu diguna pakai orang Cina berabad dulu untuk dapatkan anak selang seli or whatever. mostly kalau you all perasan orang cina anak diorang mesti sepasang kan?? ok lets check it out cara pengiraan diorang macam mana. eh jap..kalender ni sampai umur 31 tahun je tau.yang pregnant lebih dari umur tu tak tahu la macam mana. mgkin kena ikut kalender Melayu la plak kot..hehe..
 ok lets say you all pregnant masa umur 27tahun. menurut kalender Cina bayi perempuan akan lahir dalam bulan Januari, Mac, Mei, June, November.



  1. pilih jantina bayi (G = girl, B = boy)
  2. tengok umur anda ketika hendak lahirkan anak
  3. tengok bulan kelahiran dan pilih
  4. then chaitookk..chaiyookk..berusahaaa...!!
kalau you all pilih untuk lahirkan baby bulan Mei 2013, jadi proses "tanam benih" kenalah dalam lingkungan bulan 9 atau 10 sebelum bulan Mei 2013. Means, dalam bulan Julai 2012, you all kena berusaha sehabis mungkin untuk "tanam benih"..uppppsssss :P
 ada yang cakap % ketepatan cara ni 99%. tapi kalau you all tak salah kira la. kalau salah kira..uuppppssss..sorry to say..hehe...

* by the way jantina lelaki atau perempuan ditentukan Allah. kita hanya rancang je..ni kiranya macam salah satu usaha dan perancangan la. tapi yang tentukan semua Allah s.w.t. jangan la pulak you all terlalu taksub dengan cara ni sampai 100% percaya..and last2 kalau tak betul mula la melalak meraung bagai lepas tu meroyan..hahahahaah.so carefully, jangan sampai menjatuhkan akidah sendiri ok. tak salah kalau kita mencuba tapi jangan sampai terlalu "TAKSUB" tau..sebab sejauh mana kita rancang sesuatu , dan sesempurna mana pun perancangan kita tu, kita kena ingat tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t. sebab sebaik-baik perancangan hanya lah dari Dia Yang Maha Pencipta :)  ok..thats all from cik diya.x0x0..salam
ehhhh jap..jappppp..ada lagi ni..pengiraan ni untuk yang sudah sah bernikah je ok..yang belum tu jangan nak menggeleporrr kira...lempang kang..hahahahahahahaha...ok baru boleh bagi salam~~~~x0x0

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

BAJU AKU DI SELAK ATAU TERSELAK????


Haaa unik tak tajuk entry kali ni?? hahaha..mesti teruja nak baca kan..ok kali ni cik diya straight forward je la.mlas nak bebel panjang-panjang. kejadian ni jadi minggu lepas masa cik diya kerja as a pharmacist. masa tu internal kak wani. masa cik diya masuk bilik doktor untuk bertanya berkaitan dengan ubat, cik diya jadi pelik kenapa kak wani duduk jarak yang agak jauh dari patient. disebabkan nak cepat tanya doktor pasal ubat tu, cik diya tak hiraukan keadaan sekeliling. masa tu dalam bilik doktor ada seorang perempuan dengan seorang budak lelaki dalam lingkungan 11tahun.masa cik diya tengah tunggu doktor tulis ubat yang cik diya tanya tu, tiba-tiba budak lelaki tu pandang cik diya sambil senyum. cik diya pun balas la senyuman tu.(senyum tu kan sedekah..hehe).then budak tu hulurkan tangan dia dekat dengan cik diya. cik diya ingatkan dia nak main set blood pressure yang ada berhampiran dengan cik diya tu. totally wrong!!!!. rupanya dia tarik baju cik diya then dia SELAK..!!! OH GOD..!!! nasib baik cik diya bagi response sepantas halilintar menepis tangan budak tu sambil jerit ala-ala manja la..like "arrgghh..."..haa cam gituuuuu..then mak budak tu cepat-cepat tarik budak tu..yang cik diya pelik, budak tu boleh plak gelak seolah-olah tak ade apa yang jadi, doktor pulak senyum je kat cik diya.cik diya rasa macam nak tumbuk-tumbuk je semua orang masa tu. lepas tu nak je cakap, "bertanggungjawab balik atas apa yang jadi..!!".hahahahhah. at the end mak budak tu cakap anak dia penghidap penyakit Autism dan mak budak tu minta maaf sangat-sangat bagi pihak anak dia...owhh i see.fuhh lega sikit.so, lepas je dengar explanation dari mak budak tu, no point la kalau cik diya nak marah-marah and nak tumbuk-tumbuk bagai right?. sebab pesakit Autism kadang-kadang dia akan jadi agresif atau pun pasif secara tiba-tiba dan kadang-kadang jugak pesakit macam ni akan cepat obses dengan sesuatu benda.so cik diya dah tahu la kenapa kak wani berdiri terlalu jauh dengan budak tu..hehehe..tapi lepas dari tu cik diya berderau jugak la darah. sampai ketar-ketar tangan nak menulis. trauma pun ada jugak.hahhahahaahaha....nasib baik la cik diya sempat pegang baju, kalau tak entah pe yang jadi masa tu..ok back to syndrome of autism...apa yang cik diya tahu penyakit ni berkaitan dengan gangguan pada neurobiologis (saraf) yang mempengaruhi fungsi otak yang mana si penghidap tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif..hurmmm..cik diya nak terang lebih-lebih pun cik diya tak expert sangat. apa kata you all buka kat sini ------> klik sini 

* ok tu je yang cik diya nak share untuk hari ni..eh..ehhh.. dah masuk waktu maghrib ni.hurmmm.ok la..cik diya nak solat dulu.see u all at the next entry ok x0x0.salam :)

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)