RUKUN TETANGGA SAYA

Saturday 24 December 2011

SIFAT-SIFAT TERCELA (MAZMUMAH)


malam ni terdetik kat hati diya nak share something info yang diya dapat dari buku yang mak diya dapat masa birthday baru2 ni..tajuk buku tu Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kmus dan Mohd. Azrul Azlen Ab.Hamid..buku ni betul2 menarik minat diya untuk baca.sebab dalam buku ni ada mengajar kita macam2 tentang kehidupan seharian kita..ok, sekarang diya nak share apa yang diya baca baru je sekejap tadi tentang sifat2 tercela (mazmumah), antaranya :-

1) Gemar Makan dan Minum

  - terdapat hadis yg diriwayatkan daripada Nabi SAW :
 Maksudnya : yg terlebih afdal(utama) pada Allah itu iailah orang yg banyak berlapar dan banyak        bertafakur (berfikir sambil meniliti). dan yang terlbih benci kepada Allah itu ialah  orang yg banyak makan, banyak tidur dan bnyak minum.

" mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar makan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan beristirehat..."

2) Banyak Berkata-kata (yang sia-sia)

- telah menjadi lumrah manusia suka bercakap sia-sia yg boleh ditakrifkan sebagai bencana lisan ialah mengumpat, menghina, berdusta, dan bertengkar.
- terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :-

" sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja..."

3) Marah

- sifat marah berpunca daripada kurang sikap kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. orang yang bersikap sdemikian selalunya didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.
-sering kali orang yg pemarah ini mewarisi sifat-sifat seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain..

4) Hasad Dengki dan Iri Hati

- lahir aripada rasa tidak puas hati dengan nikmat atau kesenangan yg orang lain perolehi..
-untuk mengelakkan perasaan hasad dengki dan iri hati, perlu selalu rendah diri (tawaduk), mengucapkan puji dan syukur kepada Allah atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi..

5) Kasih Pada Harta

- tiak salah memiliki harta dan kemewahan hidup..tetapi janganla smpai lalai dalam menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam dan menjadi sifat bakhil..
- sekiranya memiliki kemewahan dan banyak harta bersedekah, berzakat, dan berbelanjalah ke jalan Allah...

6) Takbur

- takbur atau menyombongkan diri antaranya sebab nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikkan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7) Riyak

-ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang untuk menampakkan pelbagai amalan baik yg dilakukan semata-mata menginginkan pujian,pangkat atai kedudukan..

8) Ujub

- berkait rapat dengan riyak dan takbur.ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri..berkait rapat dari sgi kelebihan dari segi kecantikkan, kepandaian, kekayaan, dan alain-lain..

" sifat ujub boleh diatasi dengan sentiasa memikirkan bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini....."

9) Kasih Akan Dunia

- hati yg sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati..

p/s : apa yg dah diya kongsikan ni sama2 la kita renungkan..segala yg tersenarai ni mungkin pernah terjadi pada korang semua termasuk jugak dengan diri diya..sama2 la kita belajar untuk muhasabah diri sendiri dan belajar untuk memperbaikinya..InsyaAllah selagi kita diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ni, selagi tu la kita berpeluang untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik..Allah tak kan ubah nasib seseorang itu kalau seseorang itu tak usaha untuk mengubahnya....mudah-mudahan kita diberkati..amin....




TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

SIAPA JODOH AKU????


Entry kali ni diya create dekat kampung..sebab sekarang diya tengah semester break 2 weeks..so diya decide nak release tension kat kampung halaman diya kat Jengka Pahang..pejam celik, pejam celik, macam tak percaya je kan yang diya ni dah nak grade..sebelum smester break diya dah register untuk last semester..and habis je sem. break ni diya terus naik sem 6 sampai bulan 6 tahun depan..iaitu sem akhir untuk kos diya ni, Diploma In Nursing..then kalau murah rezeki, ada la offer letter dari mana2 hospital..mudah-mudahan, amin....
dan seperkara lagi yang diya nak sebutkan kat sini, pejam celik pejam celik, umur diya dah pun nak meningkat 21tahun..tinggal berapa hari je lagi nak masuk tahun 2012..azam tahun baru?????? hurmmmmm...yang tu diya tak fikir lagi..hehe..JODOH????? hahhahahhaa....seram betul dengann perkataan tu..bukan cuba menolak atau cuba nafikan, tapi cukup fobia dengan apa yang dah jadi..TERLALU FOBIA....bukan sekali, bukan dua kali, tapi TIGA KALI...pernah sampai ke tahap nak hantar cincin dah, tapi tak jadi..salah bukan datang dari pihak diya..pasal kisah silam diya tu, diya tak nak ungkit..sebab diya dah slowly lupakn semua tu..dah hampir berjaya dah pun..Alhamdulillah ~ ~ ~
sebenarnya diya bukan cuba tolak jodoh..ada yang cakap diya terlalu memilih, dan ada yang cakap diya ni jual mahal..terus terang diya cakap, diya ni bukanla secantik bidadari kayangan yang boleh sesuka hati nak memilih dan jual mahal dalam membuat pemilihan jodoh..tapi diya dah TAK NAK FIKIR UNTUK SEMENTARA WAKTU NI...tahu tak setiap kali mak diya call atau pun tiap kali diya balik kampung, mesti mak tanya dah jumpa pengganti belum?? diya akan cuba sedaya upaya elak dari jawab soalan tu..diya tahu mak bukan nak paksa diya sebab diya pun muda lagi..tapi sebagai seorang ibu, mesti dia nak tengok anak dia bahagia macam remaja lain..bercinta dan berkasih sayang..tapi bagi diya semua tu NONSENSE untuk masa yang terdekat ni..biarla diya tengok orang2 yang diya sayang kecapi kebahagiaan diorang dulu, lastly baru la diya..lagipun sekarang diya happy dengan kehidupan diya,..kehidupan tanpa cinta dari mana2 lelaki..agak sedikit tenteram walaupun agak sunyi..hahahah..tapi is better la sebab tak perlu kusutkan kepala fikirkan nak mesej and call si dia..hehe..
hurmmm...setakat ni je la ye..diya nak buat entry baru..pasal positif input plak dari research diya..hahhaahahhaah


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Tuesday 20 December 2011

BIRTHDAY MAK YANG MENGECEWAKAN




setelah sekian lama tak update blog tiba2 hari ni terdetik nak update..pagi2 buta camni plak ilham nak mengarang datang..hhahaha..actually tadi dah tido, tapi tiba2 terjaga..tak tahu kenapa..dah terjaga bukan senang dah nak tido..termenung sejam ua jam, terus on laptop..belek2 facebook, agak2 dah puas baru la buka blog..baru tersedar yang diya ni dah lama tak update blog..sejak dua menjak ni malas sikit nak cara dunia blog ni sebab faktor line broadband slow pun ada..hahahaaha..entry kali ni rasa nye tak ada apa2 information yang menarik kot..just nak cerita aktiviti diya sepanjang berjaga malam ni je..hehe..haaaaaaa..nak bagitahu ni..hari ni 12 Disember birthday mak diya tau..birthday mak yang ke 59tahun..sapa2 yang nak wish kat mak diya just klik kat sini  LOVE MOM.. cakap pasal birthay mak ni,actually diya nak belikan hadiah kat mak diya..dah plan masa kat tempat praktikal lagi..s0 diya pun decide la nak jimat duit masa kat praktikal sebab nak belikan mak hadiah..tapi malangnya duit yang diya jimat untuk beli hadiah mak tu diya dah guna untuk bayar macam2 bil masa kat praktikal..hurmmm...agak sikit kecewa la..tak tahu nak cari duit kat mana nak belikan hadiah untuk mak...diya ni study lagi..selama ni cari duit extra pun buat part time..tapi sekarang nak buat part time tak boleh sebab sekarang sibuk dengan exam final untuk semester 5..kalau diya pergi jugak buat part time, sah2 dah diya tak dapat nak fokus dengan exam..dah la result exam kali ni nak guna untuk exam kementerian plak tu..diya mana boleh ambil sambil lewa je semua tu..cakap pasal hadiah plak, memang la mak tak pernah mintak semua tu, tapi at least diya nak buat something yang boleh buat mak senyum..anak mana yang tak nak tengok mak dia trsenyum kan..sama la jugak macam diya...hurmmm..macam mana nak buat ni..semalam bos tempat kerja ada called suruh masuk kerja..tapi diya tolak sebab exam..kalau nak kerja hujung minggu ni tak boleh pulak sebab dah janji dengan mak nak balik kampung sebab diya cuti jumaat ni sampai hari isnin...plan balik cuti jumaat ni la diya nak bawak balik hadiah tu kat mak, tapi...................addoiiiiiiiii.....sorry bebanyak la mak sebab tak dapat nak sediakan hadiah untuk birthday mak kali ni...insyaAllah dah kerja nanti adik belikan hadiah untuk mak setiap tahun dan insyaAllah adik tunaikan hasrat mak yang selalu mak idamkan tu untuk jejakkan kaki ke tanah suci Mekah....mudah-mudahan..amin.......

p/s : by the way HAPPY BIRTHDAY MAK..LOVE YOU SO MUCH..YOU ARE THE BEST MOM IN MY HEART FOREVER AND EVER..NO ONE CAN TAKE YOUR PART IN MY HEART....!!!!! MUAHHHHH...




TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)