RUKUN TETANGGA SAYA

Wednesday, 1 August 2012

FOBIA DAN TRAUMA CUKUP UNTUK MENJELASKAN KEADAAN YANG SEBENAR


Untuk bercinta kali yang seterusnya memang susah bagi aku bila kenangkan kisah hubungan cinta aku yang sebelum ni aku terlalu pasti akan berakhir dengan gerbang perkahwinan. setiap detik dan setiap waktu kenangan tu datang menghantui aku buatkan aku tertanya2 apakah hikmah di sebalik bayangan kenangan  yang kerap datang menghantui aku tu. perkataan "FOBIA" dan "TRAUMA" cukup untuk menjelaskan keadaan sebenar aku sehingga buatkan aku tergolong dalam golongan yang takut untuk bercinta lagi. bila ada yang bertanya, aku hanya mampu bagi jawapan dengan perkataan tu. dan komen orang lain pulak hanya la negatif. orang hanya mampu cakap aku ni terlalu ikut perasaan sampai terlalu trauma dengan peristiwa tu. tapi yang mengalami semua tu aku seorang. yang merasai semua tu pun hanya aku seorang. gelak, ejekkan dan sindiran orang bila dapat tahu yang aku ni tak ada pakwe membuatkan aku lali dengan semua tu. malah aku jadi lebih bangga dengan sindiran tu sebab sekurang2 nya aku ada pengalaman yang dapat buatkan aku jadi lebih berhati2 dalam memilih pasangan. lagipun aku dah malas nak bercouple bagai. sebab Ustaz Idrus cakap bercouple ni haram. dan haram pulak bagi lelaki yang cuba memikat perempuan tetapi tak ada niat nak menikahinya. haaa...so aku hold dulu la perkara2 yang berkaitan jodoh ni...

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)