RUKUN TETANGGA SAYA

Thursday 26 January 2012

DIA ADALAH KEKASIH NO 1




Malam tadi diya, mak, anak buah dengan kawan pergi UiTM Jengka dengar ceramah Al-Muqorrobin tajuk "Cintakah Aku Pada Rasullah S.A.W "..ceramah tu menjemput penduduk kampung diya (Jengka 9) sebagai tetamu khas..pihak UiTM hantar sebiji bas untuk ambil orang2 kampung diya..majoriti yang pergi semuanya makcik2..cuma diya, member dengan anak buah diya yg terselit dalam golongan mak cik2 tu..hehe..tapi ada jugak la budak2 kecil pergi..ceramah tu di sampaikan oleh 3 orang ustaz.Ustaz Rasyid, Ustaz Hamizi, dengan Ustaz Idris Idrus...Dalam ceramah tu ustaz2 tu ada selitkan serba sedikit berkaitan dengan akhlak kita sebagai umat Nabi Muhammad dengan akhlak Rasullah..dari situ diya fikirkan banyak benda dan perkara..bergelinang juga mata diya bila terkenangkan diri diya yang begitu jahil berkaitan dengan "akhlak"..ustaz ada juga menyebut perkara berkaitan dengan aurat, dosa2 lampau yang pernah kita lakukan dan berkaitan dengan cinta..satu persoalan yang diajukan pada para tetamu yang hadir malam tadi yang membuatkan mata diya berkaca dan hati dia tersentuh sayu.."pernahkan anda semua terfikir, sekiranya Tuhan mencabut nyawa anda sebelum anda sempat bertaubat?? bagaimana dengan dosa2 lampau yang anda telah lakukan??" diya mula kenangkan dosa2 lampau yang pernah diya lakukan dulu..terasa hina diri diya ni sebagai umat Nabi Muhammad..malu rasanya nak mengaku Nabi Muhammad tu kekasih di hati diya bila terkenangkan dosa2 yang diya pernah lakukan selama ni..nak mengaku Dia kekasih kita, kita mesti mencontohi akhlakNya..tapi diya???? ya Allah baru aku sedar bertapa jauhnya aku dengan "kekasih"ku sendiri..jahilnya diya dalam mengenali diri diya sendiri..setiap kali diya tunaikan solat, di penghujung solat diya akan sertakan doa bermohon supaya Tuhan ampunkan dosa2 yang pernah diya lakukan selama ni,tapi diya tak tahu dari mana datang nya suara yang berbisik kat telinga diya "nadiya,kau dah banyak lakukan dosa" suara yang selalu bermain2 di telinga diya setiap kali diya selesai menunaikan solat...Allahuakhbar...!! mungkin tu la cara Tuhan nak mengingatkan diya supaya diya tak ulangi lagi kesilapan yang lalu..InsyaAllah mudah-mudahan diya dapat menjalani kehidupan diya yang baru ni sebagai seorang hamba yang berada di landasan yang di syariatkan oleh yang Maha Pencipta dan menjadikan Allah dan Rasullah sebagai KEKASIH NOMBOR 1 di hati diya di dunia dan di akhirat...amin...



P/S : sepertimana yang ustaz bagitau malam tadi, kita mesti jadikan Allah dan Rasulullah sebagai kekasih no 1 di hati kita baru la hidup kita akan berubah secara 360 darjah....

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

No comments: