RUKUN TETANGGA SAYA

Monday 6 February 2012

DIYA RINDUKAN ARWAH ABAH


aiiii blogger2 semua...harap semua dalam keadaan sihat...hurmmm..malam ni tak tahu kenapa tiba2 diya rasa sedih..sedih sebab teringatkan arwah abah diya yang dah hampir 12 tahun tinggal kan diya sekeluarga...diya rindu nak panggil seorang lelaki dengan panggilan "abah"..rindu nak di rotan bila melengah2 kan solat..rindu nak bau wangian minyak atar kat baju melayu seorang lelaki yang bergelar abah..rindu nak dengar suara abah menjadi imam ketika solat, dan rindu nak tengok abah baring kat kusyen lepas penat bekerja....abah meninggal masa umur diya 9tahun.....diya ingat lagi setiap detik sebelum abah meninggal..macam mana kedaan abah yang badan dia dipenuhi dengan wayar2 terbaring atas katil kelesuan..masa tu diya kecik lagi..tak tahu apa dah jadi..yang diya hanya tahu menangis dan menangis seperti budak kecik tak dapat gula2..abah dimasukkan ke hospital bandar pusat masa hari ahad 11.8.2000...masa tu diya tak ada kat umah..diya pergi sekolah agama.balik dari sekolah abang diya ajak pergi hosital..abang cakap abah masuk wad..apa yang diya tahu selama ni abah ada darah tinggi..mungkin sebab tekanan darah tinggi abah terlalu tinggi buatkan abah kena tahan wad...tepat jam 9.59pagi hari ahad bertarikh 13.8.2000 abah menghembuskan nafasnye yang terakhir depan mak..Innalillahiwainnailaihirojiun~ ~ ~ ~Allah lebih sayangkan abah...doktor sahkan abah dah meninggal...mulai detik tu jugak terputus la kasih sayang seorang ayah untuk anak2 dan isterinya...kelihatan mak cukup bersabar dengan pemergian abah..mak hanya peluk diya dan cakap yang abah dan tak ada..diya masa tu hanya mampu mendiamkan diri sebab tak paham apa makna meninggal....selepas pemergian abah, mak la yang pikul segala tanggungjawab..mak la seorang ibu, dan mak jugak la seorang bapa pada diya dan adik beradik lain..mak terpaksa menyara anak2 yang masih 4 orang bersekolah masa tu..mak buat macam2 kerja untuk cari duit  bayar yuran sekolah diya,akak2 ngan abang..Alhamdulillah akhirnya diya dah berjaya sampai ke peringkat sekarang ni..diya tak lama lagi bakal mendapat segulung Diploma dlam bidang Kejururawatan..dengan segulung diploma tu diya nak usaha dapatkan kerja yang halal untuk dapatkan duit..dengan duit tu diya nak tunaikan hasrat mak..hasrat mak yang masih belum tertunai sampai sekarang..mak berhasrat nak menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sebelum dia hembuskan nafas yang terakhir...diya harap Tuhan permudahkan segala urusan diya untuk tunaikan hasrat mak tu..dan bagi kesihatan yang baik untuk mak...diya sanggup hilang segala2 nya, tapi diya tak sanggup kehilangan seorang insan yang bergelar ibu..seorang insan yang sanggup berkorban apa sahaja untuk membesarkan anak2 seorang diri..cukupla diya kehilangan insan yang bergelar bapa...pape pun adik doakan abah tenang kat sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin......

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

No comments: