RUKUN TETANGGA SAYA

Friday, 21 September 2012

ADAKAH AKU TERIMA LAMARAN ITU

Banyak kali dia melamar aku. Tapi banyak kali jugak aku tolak. Dalam masa yang sama muncul lagi seorang hamba Allah yang meluahkan kata-kata yang sama melamar aku untuk dijadikan yang sah. Keputusan yang sama, aku tolak. Sebenarnya apa kehendak dan keinginan diri aku ni, aku sendiri tak tahu. Lelaki A, seorang yang baik, cuba untuk berubah jadi yang lebih baik dari yang sebelum ni, ingatkan aku pasal solat, terlalu ambil berat pasal aku sanggup ketepikan diri sendiri semata-mata nak tengok aku happy bila dengan dia. Lelaki B pulak, jugak seorang yang baik, sama jugak terlalu ambil berat pasal aku,dan sanggup berkorban untuk aku semata-mata nak tengok aku happy. So apa lagi yang aku nak sebenarnya ni?? Lelaki A dengan lelaki B dah betul-betul nak serius dengan aku. Masing-masing tunggu keputusan dari aku. Masalahnya sekarang aku bukan tak tahu nak pilih yang mana satu, tapi hati aku ni. Belum terbuka nak terima cinta, kasih dan saying dari mana-mana lelaki termasuk jugak lelaki A dan lelaki B. ada yang melabelkan aku ni “bodoh”. Sebab diorang beranggapan aku ni tolak jodoh depan mata. Dan ada jugak yang menganggap aku ni “jual mahal” dan “terlalu memilih”.bagi aku semua tanggapan diorang terhadap aku tu salah sama sekali. Sebab aku ada reason tersendiri kenapa dan mengapa aku membuat keputusan untuk terus hidup single dalam masa terdekat ni. Haa cakap pasal lelaki A, dia cakap aku bagi harapan palsu kat dia. Subhanallah~~~langsung tak terdetik aku nak bagi harapan dekat sesiapa. Manakala lelaki B pulak hanya tunggu aku bagi jawapan “ya”, then dia terus nak masuk merisik. Sebab dia cakap dia dah tak nak bercinta lama-lama. Kalau boleh kenal then terus ikat. Antara aku dengan lelaki B ni dah lama kenal hampir 3 tahun. Sejak aku belajar kat kolej lagi. Tapi kami jarang contact. Sejak-sejak aku dah start keje area tempat keje aku sekarang  ni je dia kerap call aku.dengan lelaki A ni pulak aku kenal lama jugak. Pernah satu sekolah dulu. Tapi sekejap. Cuma kenal gitu-gitu je la. Tapi entah macam mana masing-masing tersimpan perasaan. Tapi bagi aku perasaan sayang yang muncul dalam hati aku ni untuk dia aku terpaksa sekat sebab aku dah tak mampu nak buka pintu hati aku ni untuk sesiapa. Sekalipun aku sayang ataupun jatuh cinta dengan mana-mana lelaki dalam masa terdekat ni, mustahil untuk aku terima lelaki tu sebab aku tak pernah terfikir untuk bercintta sekali lagi dalam masa terdekat ni selepas kecundang dengan hubungan yang sebelum ni. Segala kehidupan dan keadaan sekeliling aku buatkan aku susah untuk lupakan apa yang dah terjadi. Ke mana sahaja aku pergi, kenangan dan peristiwa tu menghantui aku.peristiwa 25 Mei 2011 betul-betul menghantui aku sehinggalah sekarang.


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

2 comments:

Ain Dzaya said...

buatlah solat istikarah sayangku..Tuhan akan membantu :)


Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥

Diya Nadiya said...

dah buat dh pun..bnyak kali..tpi mgkin belum tiba masanya agi Tuhan nak temukan sy ngan pemilik tulang rusuk sy tu :)