RUKUN TETANGGA SAYA

Thursday 1 November 2012

SALAH SATU CARA UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT



Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga meninginkan zuriat untuk menambahkan atau membesarkan institusi kekeluargaan mereka, malah mempunyai zuriat juga dapat menceriakan atau melengkapkan lagi kehidupan sesetengah pasangan. Persoalan nya sekarang, adakah keinginan tersebut akan dapat dimiliki oleh setiap pasangan???? InsyaALLAH....ajal, maut, jodoh,rezeki mahupun keinginan untuk mendapatkan zuriat semuanya sudah ditentukan oleh ALLAH dan sudah tertulis di Luh Mahfuz..tapi kita perlu ingat, walaupun ALLAH sudah tentukan semua itu, tidak bermakna kita tidak perlu berusaha untuk mendapatkannya. Sebagai hamba-Nya kita perlu lah berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. seperti kata pepatah yang sering kali kita dengar " ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang sekiranya orang tersebut tidak berusaha untuk mengubahnya".

Dalam usaha untuk mendapatkan zuriat, pelbagai cara yang boleh kita praktik kan. Bercakap tentang isu ni, cik diya bukan la orang yang pakar atau orang yang boleh untuk di buat rujukan. Tapi cik diya hanya boleh berkongsi sedikit pengetahuan dan maklumat yang cik diya dapat semasa bekerja di private clinic berkaitan dengan kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Salah satu cara yang cik diya baru tahu adalah melalui 3 cara iaitu IVF (In-Vitro Fertilization),ICSI ( Intra Cytoplasmic Sperm Injection), Cryopreservation for sperm & Embryo. Apa yang cik diya tahu, ketiga-tiga kaedah ini diberikan melalui suntikan subcutaneous atau intramuscular.Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan zuriat setelah mencuba pelbagai cara  why not cuba kaedah ini pulak. Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan zuriat setelah mencuba perlbagai cara tetapi tidak berjaya, why not cuba pulak kaedah ini. 

Individu lelaki yang layak :-
  1. Hypogonadotropic hypogonadism
  2. Delayed puberty associated with insufficient gonadotropic pituitary function
  3. Cryptorchidism,not due to anatomical obstruction.
Individu wanita yang layak :-
  1. Ovulation induction in subfertility dua to anovulation or impaired follicle-ripening
  2. Preparation of follicles for puncture in controlled ovarian hyperstimulation programs
  3. Luteal phase support
untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila hubungi :-

                                      Tel : 03-26937555 EXT : 3610 / 3611
                                       Fax : 03-326922540
                                      Layari laman web :klik sini --->  http://www.lppkn.gov.my/guest/

                                      Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia
                                      Lembaga Penduduk Pembangunan Kekeluargaan Negara
                                     Tingkat 6 Bangunan LPPKN 12B Jalan Raja Laut
                                      50350 Kuala Lumpur.

p/s : kita hanya berusaha, tetapi ALLAH yang menentukannya..just remember, tuah tidak akan datang bergolek depan mata kita kalau kita tidak ada usaha untuk mendapatkannya...


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

No comments: