RUKUN TETANGGA SAYA

Monday 31 December 2012

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN UNTUK ARWAH ABAH


Hari ni 01 Januari adalah hari kelahiran arwah abah cik diya yang ke 67tahun. setiap tahun cik diya tak pernah terlupa untuk wish kat arwah abah walaupun arwah abah dah tak ada. arwah abah meninggal masa cik diya umur 9tahun. masa tu cik diya darjah 3. so sekarang dah 12tahun cik diya hidup tanpa panggilan "abah"..masa 13 Ogos tahun 2000 hari Ahad, arwah abah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Bandar Pusat disebabkan penyakit tekanan darah yang terlalu tinggi sehingga abah mengalami mild stroke. masa tu cik diya kecil lagi. masih tak tahu erti sebenar ditinggalkan. lepas je arwah abah meninggal, mak la yang jaga cik diya dengan adik beradik. mak la ibu, mak juga la abah bagi kami semua.

nak tahu tak,setiap kali naik musim buka sekolah, cik diya mesti menangis sebab tengok kawan-kawan lain datang sekolah mesti tangan dipimpin oleh mak dan ayah diorang. tapi cik diya hanya dipimpin tangan oleh mak. kadang-kadang perasaan cemburu tu ada. tapi bukan kadang-kadang la kot, kerap-kerap..hahahaha... ye la masa tu kan cik diya kecil lagi, tengok orang lain best je ayah hantar pergi sekolah.tapi cik diya??? hurmmm..cik diya tak boleh nak pertikaikan semua tu sebab itu dah tertulis di Luh Mahfuz tentang kehidupan keluarga cik diya.

kadang-kadang bila cik diya tengok ayah hantar anak-anak pergi sekolah, mesti cik diya teringat kenangan arwah abah hantar cik diya pergi sekolah. pernah masa kecil-kecil dulu sebelum nak pergi sekolah mesti arwah abah akan tanya "adik, duit belanja ada tak???kalau tak ada, amil duit dalam poket baju melayu abah.." nakal tak nakal nye cik diya, pergi ambil sampai rm5..tapi arwah abah tahu. arwah tak marah pun sebab dia tahu cik diya budak-budak lagi masa tu. pernah jugak sekali arwah abah pesan kat cik diya yang buatkan cik diya ingat sampai sekarang. "adik, belanja tu nanti jimat-jimat la. kita ni bukan orang senang." nasihat abah tu cik diya macam masih terdengar-dengar je kat telinga sampai sekarang.

kenangan yang paling cik diya tak boleh lupa setiap kali tengok tv lepas waktu isyak. arwah abah selalu solat maghrib dengan isyak kat masjid. lebih kurang pukul 9 lebih arwah abah akan balik. kitorang adik beradik kalau dengar je motor sport masuk kawasan rumah, cepat-cepat tutup tv lepas tu g solat. masing-masing takut kena marah dengan arwah abah..heheheh..hurmmmmmm...tapi sekarang semua tu hanya tinggal kenangan. rindu pulak nak sebut panggilan "abah"...

* apa-apa pun cik diya tetap nak ucap selamat ulangtahun kelahiran untuk arwah abah cik diya. "semoga abah tenang kat sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..aminnn"

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

No comments: