RUKUN TETANGGA SAYA

Saturday 2 March 2013

SERANGAN MORTAR DI LAHAD DATU


Dah lama tak update blog. tiba- tiba hari ni terdetik nak update satu entry yang menyentuh naluri hati cik diya. rasanya semua dah tahu tentang berita serangan mortar di Lahad Datu. actually cik diya still tak faham kenapa serangan tu terjadi. masih tertanya-tanya dan tercari-cari punca sebenar. bila cik diya cuba search google, pelbagai pandangan di buat. kebanyakkan nya bagi pendapat semua itu terjadi berkaitan dengan politik. cik diya mals nak komen banyak sebab cik diya bab-bab politik ni slow down sikit..hehe..so cik diya follow info dekat suratkhabar dan televisyen sahaja. kat bawah ni ada serba sedikit info berkaitan serangan mortar di Lahad Datu :

LAHAD DATU – Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.
Kedua-dua yang terbunuh ialah anggota komando VAT69, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
Sementara itu menurut satu lagi laporan, dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini.
Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu.

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

No comments: