
Mata menahan mengantuk sebab samalaman tak tidur, tersengguk-sengguk dah kat kerusi.perut pulak berkeroncong sebab dah dua hari tak makan..nak larikan perhatian, aku pun dengarla lagu kat phone sambil baca buku prosedur nursing aku ni, nak lelapkan mata takut mak W nak pergi toilet atau batuk..sebab mak dia kalau lepas batuk mesti nak minum air, tak pun akan muntah..so kuatkan jugak mata ni..buka luas-luas..tiba-tiba ada suara bercakap dengan aku :-
mak W : nadia berhubung dengan W lagi ka?? sebenarnya mak suka nadia dengan W. mak harap sangat-sangat nadia dapat terima W balik..bagi la dia peluang..
aku : (aku terkejut bila dengar mak dia biasakan diri mak..tapi aku tetap panggil mak cik sebab aku dengan W bukan mcam dulu dah..) dah lama tak bhubung mak cik..ni start berhubung balik pun sebab adik masuk wad kena denggi hari tu dengan sebab mak cik sakit ni..sebenarnya nadia bukan tak nak terima W balik mak cik, tpi W skarang dah ada awek..biarla dia dengan pilihan hati dia..kalau ada jodoh tak kemana
mak W : W tu tak matang lagi. sebab tu dia macam tu..dia tak fikir apa yang dia buat.abang Mie dia dah nasihat dia macam-macam dah..abang Mie pun cakap dia suka dengan nadia..nadia terima la dia balik..mak cik harap sangat2 jodoh nadia pnjang dengan W.
aku : nadia tak tahu nak cakap macam mana..mak cik, nadia nak tanya sikit ni, macam mana kalau suatu hari nanti W bawak balik seorang perempuan dan kenalkan pada mak cik sebagai bakal menantu, mak cik boleh terima tak??
mak W : mak cik hanya dapat terima kalau dia bawa balik nadia kat rumah..mak cik dah suka nadia..keluarga semua dah setuju...kalau dia bawak perempuan lain kat rumah, kami tak kan buka pintu..kami tak kan layan..
aku : (mata dah start berair dah ni) mak cik, kalau W bawak balik perempuan lain satu hari nanti, mak cik terima la perempuan tu seadanya..kalau W dah pilih perempuan tu, bermakna perempuan tu jauh lebih baik dari nadia..mak cik bagi la peluang kat perempuan tu untuk jadi sebahagian dari keluarga mak cik..samada perempuan tu bertudung atau x, mak cik terimala..mungkin W akan bahagia dengan cara macam tu..
mak W : entahla nadia..mak cik tak tahu macam mana nak cakap..sebab mak cik dah sayang nadia macam anak mak cik sendiri...
aku : kalau ada jodoh nadia dengan W, insyaALLAH tak kemana..tak pe la mak cik, nadia nak pergi surau solat skejap..nanti dah siap nadia datang balik~ ~ ~ (sebelum menangis depan mak dia, better aku keluar dari wad tu dulu..)
hurmmmm.....aku dah tak tahu nak buat macam mana..serba salah pun ada..nak berbaik pernah la terdetik sikit, tapi bila aku tengok kat phone dia sekarang siap ada wallpaper gambar perempuan lain and dia siap save nama perempuan lain dengan "sayang", bukan mudah bagi aku nak terima tu semua...so better aku biarkan je kebahagiaan dia dengan perempuan tu..apa yang aku boleh buat sekarang, doakan family dia dapat terima perempuan tu suatu hari nanti bila dia bawak balik perempuan tu jumpa family dia...lagipun antara aku dengan dia hanya tinggal kenangan..actually aku happy tengok dia dah jumpa pengganti aku..thats mean, that girl lebih baik dan lebih sempurna dari aku..so aku hanya mampu senyum sambil doakan dia bahagia dengan pilihan hati dia sekarang...aku plak macam mana??????? hahahaha...ala biar la..lagipun jodoh pertemuan Tuhan tentukan..Tuhan dh tulis dh pun siapa jodoh aku kat Luh Mahfuz kat atas sana..so tak perlu risau la kot..cme cepat atau lambat je jodoh tu nak muncul :)
p/s : maafkan nadia makcik..sekalipun nadia tak dapat nak tunaikan hasrat makcik utk bbaik semula dengan W, tak bermakna nadia akan lupa makcik..nadia dh anggap makcik macam mak nadia sendiri..apa yang nadia buat selama ni ikhlas dari hati nadia...apa-apa pun nadia doakan makcik sihat selalu :)
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

ARGGHHHHHHH...xtau nak luahkan camne..tapi diya nak kongsi apa yang diya rasa hari ni dekat semua orang kat dunia ni..!!!!!!! benda yang diya tak pernah duga jadi dalam hidup diya....nak tahu apa????hahahaha...macam mana nak mulakan ni ek...emm k2..macam ni...pagi tadi ada nombor tak kenal masuk kat fon diya..dia cakap nak berkenalan...diya hangin la kan...sapa la plak la yang jual no diya ni..soal punya soal rupanya dia adalah....................... "first love(FL)" diya masa zaman sekolah dulu..dah lama dia hilangkan diri..tiba2 muncul balik dengan buat kejutan datang umah sewa diya pukul 5.45pagi..just imagine waktu tu kebanyakkan orang still lagi dibuai mimpi..right??tapi dia terpacak kat bawah rumah sambil tunggu diya turun..ingatkan FL tu tipu..diya pun turun pakai t-shirt biasa je la..smpai bawah dia kata jom..diya tanya la nak pergi mana..dia cakap naik je la..diya ingat diya nak ajak pergi breakfirst..sebab masa tu memang time orang bangun dan cari breakfirst..diya pun naik je la kereta dia...macam2 la kitorang borak..sebab dah lama tak jumpa..tiba sampai satu tempat..dia bawak diya pergi dataran..tempat yang dipenuhi lampu yang bewarna-warni.cantik sangat..tengah duduk tengok lampu warna warni tu, tiba2 jam dekat bngunan sultan abdul samad tu berbunyi..d0ng..dong..dong.6kali bunyi. (thats my fvarite num tau :p )..menunjukkan pukul 6pagi..masa tu jugak dia luahkan "orang sayang dia lagi"..berdentum jantung ni.mcam kena panahan halilintar...hanya mampu tunduk sambil menikmati kabahagiaan di hati.,dan beraksi ala2 malu kucing kata orang...hehe..hurmm..terasa dunia ni diya yang nye..then dah cerah sikit dia ajak gi cari kedai bunga..dia nak bagi bunga kat diya sebab late wish besday..tapi puas gila cari, tak jumpa..then kitorang g breakfrst..lepas makan dia teman diya pergi ambik barang praktikal kat kolej.dia tolong angkat barang2 praktikal..then kitorang pergi pulak jalan2 dekat tasik titiwangsa..jalan2 taman weyhhh....ala2 cerita zaman dulu tu..."berlari berkejaran~ ~ ~seindah bunga di taman~ ~ bak burung dan mekar kanda ku puja~~~blablablabla....hahahaha..".lalu plak dah kat bawah terowong yang dipenuhi dengan bunga2..sweettttt......!!! sambil imbas balik kenangan2 masa zaman bercinta dulu..wahhhhh..apakah aku jatuh cinta kembali????? hahhah..ya ALLAH diya hargai sangat2 kebahagiaan yang Engkau berikan padaku walaupun hanya untuk 7jam sahaja..eh kawan...! cite tak habis agi la..lepas jalan2 kat taman, kitorang jalan kat Festival City plak..pusing2 dalam mall tu..first jalan dengan dia, then dh lama jalan dia xbagi diya ikut dia..diya pun jalan la sorang2..rupanya dia x bagi diya jalan dengan dia sebab dia nak crikan hadiah utk diya...dia xtau nak bagi pe..nak bg teddybear diya x suka..so dia nak cepat, main pakat sebat je hdiah..dia belikan diya lampu ala2 kristil..yg penting lampu tu wrna BIRU....!!!!! dia still lagi ingat warna fvarite diya walaupun dh 13tahun berlalu :) nak tau sweet x sweet nye dia ni..pas naik kereta dia marah2 diya..sebab diya lambat turun..dia cakap diya pergi merayap..padahal diya g cari dia merata tempat..masuk je dalam kete, dia bebel non stop..cakap macam2...diya diam je la..sebab mntak maaf dia x peduli..sampai je kat umah..dia buka bonet kete..rupanya dia saja wat2 marah sebab nak bagi diya hadiah tu..msa dalam kete dia cakp x beli pape..tapi bila diya dh nak naik kete, dia bagi hadiah tu..hehehe..tharu teramat sangat..!!!! diya dapat hadiah besday dari dia..!!!! actually macam2 yang sweet jadi harini..tapi x boleh la cite semua sebab nanti entry ni jadi terlalu panjang..yg lain2 tu biar diya simpan je dalam hati ni k :) by the way diya dengan dia ada janji sesuatu perkara..apa yang kitorang janji tu hanya kami yang tahu :) sorry to say xdapat nak share kat sni :) eh jap..nak tahu tak sapa yang diya maksudkan tu?? fkir2 kan la sendiri ye heheehheheheeh...k la diya nak out dulu..nak kemas barang untuk praktikal....salam semua :)
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Ilham nak update blog tiba2 datang tanpa di duga..pe lagi kan, on9 then mengarang la cerita2 yang berkaitan..haha...hari ni diya ada exam final untuk semester 6..ni last semester diya sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan...macam mana la kehidupan diya akan datang kan?? dapat ke tak jadi staff nurse..actually tak kisah pun jadi staff nurse kat hospital atau klinik..janji dapat kerja and dapat pengalaman sebelum nak teruskan ke peringkat yang seterusnya...perancangan diya lepas habis study nak edarkan berpuluh-puluh resume kat setiap hospital yang ada kat Malaysia ni...dan nak tunngu hospital atau klinik mana yang akan hantar offer letter...harap2 la ada company yang sudi hantar offer letter kat diya kan..then diya akan ambil lesen kereta..hahahah..member lain kebanyakkan dah ada lesen, diya ni baru tergapai2 nak ambil..nak buat macam mana kan, kena la ikut kemampuan..lagipun susah la nak ambil lesen kereta msa tengah study..takut nanti gangu masa belajar dan tak dapat nak bahagikan masa....lepas settle lesen nak buat apa pulak ek????? kawin???? haiiishhhhh..tak mungkin kot..sebab I'm still young and my journey is still long..bagi diya kalau kawin awal macam dah membataskan diya untuk tunaikan beberapa hasrat diya..lagipun soal kawin dan nikah ni bukan boleh buat main..kawin hanya sekali..nak kawin kena la cari pasangan yang boleh bimbing, jadi ketua keluarga dan yang penting boleh jadi Iman dalam ibadah kita..betul tak??? pasal kawin tu hold on dulu kot..sebab jodoh dah di tentukan..dah tertulis dah pun kat Luh Mahfuz.so ketepikan untuk sementara waktu ni....lagipun diya ada simpan satu hasrat sebelum nak dirikan rumah tangga..InsyaAllah selagi hasrat diya tu belum terlaksana, diya mungkin akan hold bab2 kawin ni..nak tahu apa hasrat diya tu???? hasrat diya tu adalah untuk hantar mak diya ke tanah suci Mekah..diya tahu tu hasrat mak dari dulu..sebenarnya mak dah lama nak pergi..tapi sebab fikirkan diya still study dan kena tanggung diya sampai habis belajar, mak terpaksa ketepikan dulu hasrat dia..thats why diya decide nak hold dulu bab2 kawin ni..sebab bagi diya, tunaikan hasrat mak ke tanah suci Mekah lagi penting dari kawin..lagipun nak kawin calon pun 50/50..macam diya cakap tadi la, jodoh tu dah ditetapkan..cuma tunggu je :) tapi case mak diya ni pulak diya kena la usaha cepatkan supaya hasrat mak tu tercapai cepat..sebab mak diya pun dah berumur..tahun ni dh masuk 60tahun..kesihatan mak pun tak boleh duga..lagipun paham2 je la kan..orang yang berumur ni macam2 komplikasi yang kita tak duga boleh jadi..so sama2 la doakan mak diya supaya mendapat kesihatan yang baik sebagai persiapan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah...dan doakan diya supaya dapat tunaikan hasrat mak tu suatu hari nanti k :) amin....
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)


tadaAaAaaAAAAAaaa~ ~ ~ ~ ~ ~tonight I'm 21st years old...!!! HAPPY BIRYHDAY DIYA NADIYA a.k.a SI PUTAT YANG KE 21 TAHUN:) wahhhhh..tidak ku sangka umur ku sudah menjangkau 21 tahun..umur yang dah layak untuk daftar mengundi dan umur dah layak untuk fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri dan masa hadapan..heheehhe by the way terharu sangat kat member yang wish besday diya samada wish kat phone, twitter ataupun facebook...besday diya tahun ni jatuh pada hari Sabtu...macam biasala dari dulu sampai sekarang besday diya selalu jatuh pada hari cuti..so tak dapat la diya nak kutip hadiah kat member2 kelas..!!!!! huaaaaaaaa......ah takpe2, hadiah2 tu nak convert kutip next year la..mana la tau jatuh hari kerja plak kan..hehe...actually tak mengharapkan pun hadiah tu semua...apa yang diya harapkan cuma kawan2 doakan diya dalam keadaan sihat dan lebih tabah dalam menjalani kehidupan diya selepas2 ni...lagipun nilai tanggal kelahiran kita bukannya terletak pada hadiah ataupun surprise party...cukupla sekadar doa yang di panjatkan untuk diya samada di dunia atau di akhirat kelak..tapi kalau nak tahu diya ada dapat cincin tau..sehari sebelum besday diya..cincin yg dihadiahkan oleh seorang sahabat kepada sahabatnye..hehhe..thanks tau CIK BELALANG..appreciate sangat2 sebab dia tahu diya suka cincin..so dia pun belikan la cincin silver kat diya..thanks ye...hurmmmmmmmmmm.......macam tahun2 yang sebelum2 ni..diya tak pernah pun celebrate besday..I mean celebrate like besday party macam member2 lain atau surprise party..mungkin belum tiba masanya lagi kan..ala lagipun benda2 tu semua bukan wajib pun..mak diya cakap "adik, daripada sambut hari jadi buat party tak tentu hala, baik adik baca Yassin ngan sembahyang hajat..banyak2 berdoa supaya Tuhan murahkan rezeki, brjya dalam peljaran dan jauhkan dari segala bala dan bahaya..." thats why la diya relax and cool...eh rasanya diya pernah sekali dapat kek masa besday diya..rasanya masa diya tingkatan 2 atau 3..kalau tak silap la..just imagine diya saje je buat2 merengek kat mak nak kek bila besday..nak kek warna biru..balik je dari sekolah tngok bawah tudung saji mak buat laksa (favorite food)..then anak buah cakap pergi tengok dalam peti..buka je peti ada kotak kek..excited gile ni..buka je kotak, kek tu warna PINK..!!! (wrna yg pling di benci) hahhahahaha..lawak giler..by the way diya tetap makan dan hargai pemberian mak sebab mak susah payah naik motor pergi bandar belikan kek kat diya walaupun masa tu mak tak berapa sihat dan cuaca masa tu hujan renyai...terharu sangat2 dan sumpah diya memang hargai apa yang mak buat tu..sampai bila2 diya akan ingat..thanks sangat2 mak....adik hargai sangat apa yang mak buat masa tu...x sangka plak mak sanggup buat semua tu kat adik...apa2 pun insyaALLAH kalau adik dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan, adik akan tunaikan impian mak plak..impain mak untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah....doakan adik ye mak....
JUJUR, SUMPAH..DIYA SAYANGKAN MAK DIYA DUNIA AKHIRAT....
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)