RUKUN TETANGGA SAYA

Tuesday, 20 December 2011

BIRTHDAY MAK YANG MENGECEWAKAN




setelah sekian lama tak update blog tiba2 hari ni terdetik nak update..pagi2 buta camni plak ilham nak mengarang datang..hhahaha..actually tadi dah tido, tapi tiba2 terjaga..tak tahu kenapa..dah terjaga bukan senang dah nak tido..termenung sejam ua jam, terus on laptop..belek2 facebook, agak2 dah puas baru la buka blog..baru tersedar yang diya ni dah lama tak update blog..sejak dua menjak ni malas sikit nak cara dunia blog ni sebab faktor line broadband slow pun ada..hahahaaha..entry kali ni rasa nye tak ada apa2 information yang menarik kot..just nak cerita aktiviti diya sepanjang berjaga malam ni je..hehe..haaaaaaa..nak bagitahu ni..hari ni 12 Disember birthday mak diya tau..birthday mak yang ke 59tahun..sapa2 yang nak wish kat mak diya just klik kat sini  LOVE MOM.. cakap pasal birthay mak ni,actually diya nak belikan hadiah kat mak diya..dah plan masa kat tempat praktikal lagi..s0 diya pun decide la nak jimat duit masa kat praktikal sebab nak belikan mak hadiah..tapi malangnya duit yang diya jimat untuk beli hadiah mak tu diya dah guna untuk bayar macam2 bil masa kat praktikal..hurmmm...agak sikit kecewa la..tak tahu nak cari duit kat mana nak belikan hadiah untuk mak...diya ni study lagi..selama ni cari duit extra pun buat part time..tapi sekarang nak buat part time tak boleh sebab sekarang sibuk dengan exam final untuk semester 5..kalau diya pergi jugak buat part time, sah2 dah diya tak dapat nak fokus dengan exam..dah la result exam kali ni nak guna untuk exam kementerian plak tu..diya mana boleh ambil sambil lewa je semua tu..cakap pasal hadiah plak, memang la mak tak pernah mintak semua tu, tapi at least diya nak buat something yang boleh buat mak senyum..anak mana yang tak nak tengok mak dia trsenyum kan..sama la jugak macam diya...hurmmm..macam mana nak buat ni..semalam bos tempat kerja ada called suruh masuk kerja..tapi diya tolak sebab exam..kalau nak kerja hujung minggu ni tak boleh pulak sebab dah janji dengan mak nak balik kampung sebab diya cuti jumaat ni sampai hari isnin...plan balik cuti jumaat ni la diya nak bawak balik hadiah tu kat mak, tapi...................addoiiiiiiiii.....sorry bebanyak la mak sebab tak dapat nak sediakan hadiah untuk birthday mak kali ni...insyaAllah dah kerja nanti adik belikan hadiah untuk mak setiap tahun dan insyaAllah adik tunaikan hasrat mak yang selalu mak idamkan tu untuk jejakkan kaki ke tanah suci Mekah....mudah-mudahan..amin.......

p/s : by the way HAPPY BIRTHDAY MAK..LOVE YOU SO MUCH..YOU ARE THE BEST MOM IN MY HEART FOREVER AND EVER..NO ONE CAN TAKE YOUR PART IN MY HEART....!!!!! MUAHHHHH...




TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Tuesday, 13 December 2011

TIPS UNTUK MEMILIH CALON ISTERI



1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.(Bidalan ltali).

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia

9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

14. Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Saturday, 3 December 2011

I'M BACK.!!!!


fuhhhh~ ~ ~ ~ ~setelah sekian lama tak update blog akhirnya hari ni update jugak..bukan malas update tapi line slow la kat area Kluang tu..sebab tu nak update pun malas..hurmm...sekarang ni kat tempat praktikal yang ketiga..last praktikal..kat Hospital Jasin, Melaka..macam yang sebelum2 ni, kena kerja selama 2 minggu kat hospital sini..sebelum ni kena kerja kat Hospital Port Dickson, ngan Klinik Desa Parit Ibrahim Kluang, and sekarang kat sini pulak la..pejam celik, pejam celik macam tak percaya je kan dah nak masuk semester 6 (last sem)..ape yang aku tahu 26.12.11 dah kena daftar untuk last sem,,sekejap je kan..bulan 6 tahun depan dah exam kementerian then grade..wahhh..macam tak percaya je aku ni bakal dapat diploma in nursing dan bakal jadi staff nurse..hehe..mudah-mudahan senang la dapat kerja lepas grade nanti kan..amin......pape pun entry kali ni tak banyak sangat nak cerita sebab sedikit penat..maklumla baru sampai..penat angkat beg ngan kemas2 umah belum hilang lagi..so nak olah ayat panjang2 pun tak berapa ada feel..next time la kalau nak bermadah pujangga pun..hheheh..k ADIOS :)

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Tuesday, 8 November 2011

SEKALI LAGI HARAPAN DIA HARAPAN PALSU
















Dah lama diya tak masukkan entry baru kan?? hurmm..malam ni terdetik nak masukkan entry baru lepas2 layan feeling lagu2 jiwang kat laptop diya ni..tambah2 tadi diya ada ternampak something kat wall facebook someone ni...sedikit kecewa pun ada..memang la dah tak ada pape..tapi tipu sangat la kalau diya cakap diya dah tak sayang dia kan..tambah2 dia last love diya..setahun lebih nak dekat 2tahun tu dengan dia..tapi nak buat macam mana, dia pilih nak hidup dengan cara macam tu..diya lepaskan je la..honestly la diya memang still taruh harapan dan tunggu something yang different dari dia sebab dia janji nak berubah tapi bila fikir balik its nothing because its WASTE MY TIME..!! 6bulan diya 
perhatikan dia,tnya pasal dia kat member2 dia, family dia, saudara mara dia dan diya tak pernah putus asa tunggu dia, tapi dia still sama..tak ada something yang new..rupa2 nye apa yang diya buat tu  SIA-SIA!!..tapi kenapa dia tak habis2 bagi harapan kat diya???cakap still sayang la ape la...argghhhhh....!!!! dah, malas dah nak kusutkan kepala ni...!! untuk apa diya masih harapkan someone yang sia-siakan last love diya dan untuk apa pulak diya bagi peluang untuk someone yang mempermainkan first love diya,betul tak?? mungkin selama ni diya terlalu berlembut dengan diri sendiri and terlalu manjakan sangat hati dengan perasaan diya ni sebab tu la diya jadi macam ni..sekarang ni macam mana??? dah first love is played and last love is waste..so better diya tak payah terima love dari sapa2 la..sebab kalau diya terima love someone ni, diya nak bagi love apa kat dia??? nanti jadi macam tak bermakna pulak kan...lagi pun cukup2 la apa yang diya tanggung selama ni..nak buat apa cipta yang baru lagi..yang di tanggung ni pun tak tertanggung inikan pulak yang bakal ditanggung..ish Nauzubillah la..diya dah tak mampu...sebab diya tak sekuat dulu..sekarang ni denga  izin Tuhan, diya dah nekad tak nak fikir dah pasal semua t..cukup2 la ape yang diya tanggung selama ni..tak ada sapa yang nak ambil peduli...better diya hidup ngan family and kawan2 tu dah cukup untuk diya..
p/s : pada insan yang bergelar last love aku tu, aku harap ko happy ngan cara yg ko pilih..dan time kasih sangat2 la sebab dah berjaya jatuhkan aku dengan cinta dan harapan palsu ko tu ye...dua kali aku dah terkena,dengan izin Allah tak mungkin aku terkena untuk kali ketiga..pape pun aku dh maafkan ko..sikit dendam pun x ada kat ati aku ni..tapi satu je aku nak pesan, ckup2 la bg hrpan palsu kat aku..sebab dengan izin Allah lagi sekali, aku TAK MUNGKIN AKAN TERIMA  KO BALIK MACAM DULU..TAK MUNGKIN SAMA SEKALI.!!.aku dh ckup terlalu penat tunggu ko berubah..hasilnye adalah sia2..!!

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)