

Malam tadi diya, mak, anak buah dengan kawan pergi UiTM Jengka dengar ceramah Al-Muqorrobin tajuk "Cintakah Aku Pada Rasullah S.A.W "..ceramah tu menjemput penduduk kampung diya (Jengka 9) sebagai tetamu khas..pihak UiTM hantar sebiji bas untuk ambil orang2 kampung diya..majoriti yang pergi semuanya makcik2..cuma diya, member dengan anak buah diya yg terselit dalam golongan mak cik2 tu..hehe..tapi ada jugak la budak2 kecil pergi..ceramah tu di sampaikan oleh 3 orang ustaz.Ustaz Rasyid, Ustaz Hamizi, dengan Ustaz Idris Idrus...Dalam ceramah tu ustaz2 tu ada selitkan serba sedikit berkaitan dengan akhlak kita sebagai umat Nabi Muhammad dengan akhlak Rasullah..dari situ diya fikirkan banyak benda dan perkara..bergelinang juga mata diya bila terkenangkan diri diya yang begitu jahil berkaitan dengan "akhlak"..ustaz ada juga menyebut perkara berkaitan dengan aurat, dosa2 lampau yang pernah kita lakukan dan berkaitan dengan cinta..satu persoalan yang diajukan pada para tetamu yang hadir malam tadi yang membuatkan mata diya berkaca dan hati dia tersentuh sayu.."pernahkan anda semua terfikir, sekiranya Tuhan mencabut nyawa anda sebelum anda sempat bertaubat?? bagaimana dengan dosa2 lampau yang anda telah lakukan??" diya mula kenangkan dosa2 lampau yang pernah diya lakukan dulu..terasa hina diri diya ni sebagai umat Nabi Muhammad..malu rasanya nak mengaku Nabi Muhammad tu kekasih di hati diya bila terkenangkan dosa2 yang diya pernah lakukan selama ni..nak mengaku Dia kekasih kita, kita mesti mencontohi akhlakNya..tapi diya???? ya Allah baru aku sedar bertapa jauhnya aku dengan "kekasih"ku sendiri..jahilnya diya dalam mengenali diri diya sendiri..setiap kali diya tunaikan solat, di penghujung solat diya akan sertakan doa bermohon supaya Tuhan ampunkan dosa2 yang pernah diya lakukan selama ni,tapi diya tak tahu dari mana datang nya suara yang berbisik kat telinga diya "nadiya,kau dah banyak lakukan dosa" suara yang selalu bermain2 di telinga diya setiap kali diya selesai menunaikan solat...Allahuakhbar...!! mungkin tu la cara Tuhan nak mengingatkan diya supaya diya tak ulangi lagi kesilapan yang lalu..InsyaAllah mudah-mudahan diya dapat menjalani kehidupan diya yang baru ni sebagai seorang hamba yang berada di landasan yang di syariatkan oleh yang Maha Pencipta dan menjadikan Allah dan Rasullah sebagai KEKASIH NOMBOR 1 di hati diya di dunia dan di akhirat...amin...
P/S : sepertimana yang ustaz bagitau malam tadi, kita mesti jadikan Allah dan Rasulullah sebagai kekasih no 1 di hati kita baru la hidup kita akan berubah secara 360 darjah....
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

TIME TO HOLIDAY...!!!!!!!!! hehehhe..excited lebih ni...of course la kena excited sebab bukan senang nak dapat cuti kan..tambah2 sekarang sibuk dengan study la assignment la...memang the right time la dapat cuti ni..walaupun hanya dapat cuti 9hari, diya akan pastikan cuti yang diya dapat ni, diya gunakan dengan betul..ceeewaaaahhhh..konon...actually cuti ni, diya nak pergi menerokai kawasan Penang..tapi disebabkan masalah2 yang tertentu, hasrat diya tu terpaksa dibatalkan..so diya decide nak pergi explore bandar bersejarah .tahu tak kat mana?????? of course la Melaka..dengan sapa???? dengan ehem2 la...hahahahahah...percaya ker???? eh tak la...dengan akk and abg diya la...jap lagi dioramg sampai la kL ambil diya..mula2 janji nak ambil diya lepas sembahyang Jumaat..diya pun balik la kelas awal..sampai umah diya rushing gile la..basuh baju, kemas bag, mandi, sembahyang then bersiap..tunggu punye tunggu akk cakp nak singgah umah akk diya lagi sorang kat selayang sebab anak dia meragam..diya pun tak kisah la sebab fikirkan akk diya tu ada anak kecik..diya pun tunggu lagi..maggi dah habis sebungkus.limau mandarin sebiji dah telan.roti 3 keping dah baham..jam kat tangan dah pukul 5.muka dah make up elok.baju plak elok je iron ada side..diya tak putus asa, tunggu lagi..sampai tertidur kat katil member..sampai termimpi2 la.berepisod2 plak tu mimpi diya tu..hahaha.buka je mata, ingatkan dah sampai Melaka, rupanya kat umah sewa lagi...aduuyyaaaiii....try call akk, akk tak angkat...dalam kepala mula la fikir, '"akk aku ni tipu aku ke?? berjam2 dh tggu x smpai2"'.then dia msj, dia ckp jalan teruk gile jem....emmmm..patutla...kan semua pakat cuti..memang patut sangat la jem kan..diya tengok jam dah pukul 8...hurmmmm..perlu ke diya marah???? tak kot sebab bukan salah akk..dah jalan jem nak buat camne kan..tapi yang buatkan diya cold bila akk jnji nak bawak diya shopping sebagai nak tebus kesalahan biarkan diya tunggu berjam2 lamanya..hahaahahahahahahhahahahaahahhaahahahhaah....sebab tu la diya sikit pun tak marah..tunggu sampai esok pun tak apa2 dong....wek..wekkk..jangan jeles..hehehheehh
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

HAI......blogger semua..!!...hurmmm..sedihla :( sejak akhir2 ni diya selalu di uji dengan bermacam2 dugaan..diya bukan nak mengeluh, tapi diya cuma pelik bin ajaib dengan apa yang dah jadi..kawan diya cakap jangan salahkan takdir..berdosa..ye memang diya tahu tu..diya tak terniat sama sekali nak salahkan takdir yang Tuhan tentukan untuk diya..mungkin kebahagiaan dan kesenangan hidup diya Tuhan tarik untuk seketika waktu ni kot..mungkin Tuhan bagi kebahagiaan dan kesenangan tu akan datang..hurmm..kalau betul la macam tu, diya redha...sebab pepatah ada mengatakan "brsusah2 dahulu, bersenang2 kemudian...".sekarang diya tak tahu dekat sapa diya nak mengadu..sebelum2 ni diya selalu mengadu kat mak diya..sekarang diya tak nak cerita dekat mak sebab diya tak nak mak risau..lagipun mak ada penyakit darah tinggi..nanti kalau diya cerita, mak terlalu fikirkan pulak..naik pulak tekanan darah mak..nak share dengan member2 pun, diorang pun ada masalah diorang sendiri..tak kan la diya nak bebankan dengan masalah diya kot..kesian pulak diorang..lagipun masalah diya ni perlukan someone yang betul2 memahami diri diya..sekarang ni , Tuhan je la tempat diya mengadu..pagi petang siang malam diya berdoa supaya Tuhan tetapkan iman diya dalam menjalani segala ujian dari Dia dan berikan kesabaran untuk diya menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan diya ni...tanpa Dia, mustahil diya dapat bertahan sampai sekarang...dan blog ni pulak tempat diya lepaskan perasaan..walaupun blog ni tak dapat nak bagi pendapat atau pun kata2 semangat, at least diya rasa lega sikit lepas tulis semua ni... apa???, nak tahu apa yang dah jadi??? diya memang nak share kat sini pun tapi tak boleh..sebab terlalu banyak yang nak di kongsikan...nanti boleh jadi kisah novel pulak...nanti2 la..kalau diya ada masa diya sharekan katt blog ni sikit2 k..sekarang ni diya tak berapa nak ada masa sebab busy dengan study...haaa cakap pasal study pulak, blogger2 nak tahu tak, dia nak habis study dah tau!!!..bulan 6 nanti diya bakal menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)..InsyaAllah kalau diya lulus exam tu nanti, dia akan dapat lesen jururawat..then diya boleh bergelar Staff Nurse..!! :) itupun kalau diya berjaya tingkatkan % markah praktikal diya la..kalau % markah tu tak meningkat, diya tak dapat duduki LJM..diya harap blogger2 dan member2 yang lain doakan diya berjaya k..doakan jugak untuk member2 diya yang bakal ambil exam LJM yang sama2 dengan diya nanti ye... salam sayang dari Diya Nadiya untuk semua blogger dan member2 yang sudi follow blog diya selama ni..(persoalannya, ada ke??? hehe..)
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)