
Suatu perkara yang di luar jangkaan dan di luar pemikiran diya berlaku pada diri diya...adakah ini tergolong di antara ujian Allah untuk diya???? adakah Allah sedang menguji tahap kesabaran dan ketabahan diya??? ya Allah terlalu berat untuk aku tanggung seorang diri....hidup dalam dunia manusia yang penuh dengan hasad dengki dan dendam membuatkan diya takut untuk menjalani kehidupan seharian di muka bumi ni..apa yang diya rasa dan lalui sekarang, adakah itu diri diya yang sebenar?????? atau itu hanya lah "buatan" dari sesetengah pihak yang tak boleh tengok kesenangan dan kebahagiaan yang orang lain miliki...sedangkan kebahagiaan tu hanyalah cebisan kebahagiaan dari sisa-sisa orang lain..."melenyapkan" atau "menghapuskan" perasaan kasih atau sayang seorang wanita terhadap lelaki, memuja gambar atas niat "menjatuhkan" seseorang dan berniat untuk melihat kebahagiaan seseorang tu musnah, meminta "medium" lain untuk memusnahkan orang lain semata-mata untuk membalas dendam dan memuaskan ego diri sendiri...adakah itu dinamakan bukti sayang pada seseorang??????? Subhanallah..itu dah tergolong dari golongan yang menyekutukan Allah...jodoh pertemuan, rezeki, qada dan qadar semuanya dah tertulis dalam Luh Mahfuz..kita sebagai hamba Dia langsung atau tidak sama sekali layak untuk menafikan apatah lagi nak mengubahnya...janganlah terlalu taksub dengan duniawi sehingga kita menjadi leka dan alpa dengan godaan dunia..jangan kerana nafsu dan dendam kita dengan kisah silam sampai kita sanggup ketepikan agama kita semata2 nak puaskan dendam bisikan syaitan tu...bertahun-tahun bercinta tapi penghujungnya tidak dapat bersama tak bermakna kita berhak untuk mengubahnya dengan cara menyekutukan Allah..menyekutukan Allah bermakna kita menduakan Dia..kita tak percaya dengan kekuasaan Dia..ingatlah, pertemuan kita pada awalnya mungkin satu kebetulan untuk mencipta secebis kenangan dan pengalaman untuk mencipta satu lembaran hidup baru tanpa kenangan yang bertemu secara kebetulan tu...ingatla, kalau kita tak dapat nak teruskan kenangan ini, cipta lah satu kenangan yang baru bersama yang baru..buang la dendam antara kita sebab ia tak kan mendatangkan sebarang kebaikan malah akan mendatangkan yang sebaliknya...kita ada agama, agama kita suci,agama kita mengajar untuk menerima segala qada dan qadar bukannya mengajar kita untuk membalas dendam atas kepuasan diri sendiri..janganlah membina kebahagiaan dan kesenangan di atas penderitaan hidup orang yang pernah kita sayangi..walaupun kita tak dapat bersama dengan orang yang kita sayang, janganlah kita seksa dia untuk kecapi kebahagiaan dengan orang lain..sebab dia pun hamba Allah yang inginkan secebis kasih dan sayang dari makhluk yang lain sepertimana kita perlukan semua tu..
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)


Malam tadi diya, mak, anak buah dengan kawan pergi UiTM Jengka dengar ceramah Al-Muqorrobin tajuk "Cintakah Aku Pada Rasullah S.A.W "..ceramah tu menjemput penduduk kampung diya (Jengka 9) sebagai tetamu khas..pihak UiTM hantar sebiji bas untuk ambil orang2 kampung diya..majoriti yang pergi semuanya makcik2..cuma diya, member dengan anak buah diya yg terselit dalam golongan mak cik2 tu..hehe..tapi ada jugak la budak2 kecil pergi..ceramah tu di sampaikan oleh 3 orang ustaz.Ustaz Rasyid, Ustaz Hamizi, dengan Ustaz Idris Idrus...Dalam ceramah tu ustaz2 tu ada selitkan serba sedikit berkaitan dengan akhlak kita sebagai umat Nabi Muhammad dengan akhlak Rasullah..dari situ diya fikirkan banyak benda dan perkara..bergelinang juga mata diya bila terkenangkan diri diya yang begitu jahil berkaitan dengan "akhlak"..ustaz ada juga menyebut perkara berkaitan dengan aurat, dosa2 lampau yang pernah kita lakukan dan berkaitan dengan cinta..satu persoalan yang diajukan pada para tetamu yang hadir malam tadi yang membuatkan mata diya berkaca dan hati dia tersentuh sayu.."pernahkan anda semua terfikir, sekiranya Tuhan mencabut nyawa anda sebelum anda sempat bertaubat?? bagaimana dengan dosa2 lampau yang anda telah lakukan??" diya mula kenangkan dosa2 lampau yang pernah diya lakukan dulu..terasa hina diri diya ni sebagai umat Nabi Muhammad..malu rasanya nak mengaku Nabi Muhammad tu kekasih di hati diya bila terkenangkan dosa2 yang diya pernah lakukan selama ni..nak mengaku Dia kekasih kita, kita mesti mencontohi akhlakNya..tapi diya???? ya Allah baru aku sedar bertapa jauhnya aku dengan "kekasih"ku sendiri..jahilnya diya dalam mengenali diri diya sendiri..setiap kali diya tunaikan solat, di penghujung solat diya akan sertakan doa bermohon supaya Tuhan ampunkan dosa2 yang pernah diya lakukan selama ni,tapi diya tak tahu dari mana datang nya suara yang berbisik kat telinga diya "nadiya,kau dah banyak lakukan dosa" suara yang selalu bermain2 di telinga diya setiap kali diya selesai menunaikan solat...Allahuakhbar...!! mungkin tu la cara Tuhan nak mengingatkan diya supaya diya tak ulangi lagi kesilapan yang lalu..InsyaAllah mudah-mudahan diya dapat menjalani kehidupan diya yang baru ni sebagai seorang hamba yang berada di landasan yang di syariatkan oleh yang Maha Pencipta dan menjadikan Allah dan Rasullah sebagai KEKASIH NOMBOR 1 di hati diya di dunia dan di akhirat...amin...
P/S : sepertimana yang ustaz bagitau malam tadi, kita mesti jadikan Allah dan Rasulullah sebagai kekasih no 1 di hati kita baru la hidup kita akan berubah secara 360 darjah....
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

TIME TO HOLIDAY...!!!!!!!!! hehehhe..excited lebih ni...of course la kena excited sebab bukan senang nak dapat cuti kan..tambah2 sekarang sibuk dengan study la assignment la...memang the right time la dapat cuti ni..walaupun hanya dapat cuti 9hari, diya akan pastikan cuti yang diya dapat ni, diya gunakan dengan betul..ceeewaaaahhhh..konon...actually cuti ni, diya nak pergi menerokai kawasan Penang..tapi disebabkan masalah2 yang tertentu, hasrat diya tu terpaksa dibatalkan..so diya decide nak pergi explore bandar bersejarah .tahu tak kat mana?????? of course la Melaka..dengan sapa???? dengan ehem2 la...hahahahahah...percaya ker???? eh tak la...dengan akk and abg diya la...jap lagi dioramg sampai la kL ambil diya..mula2 janji nak ambil diya lepas sembahyang Jumaat..diya pun balik la kelas awal..sampai umah diya rushing gile la..basuh baju, kemas bag, mandi, sembahyang then bersiap..tunggu punye tunggu akk cakp nak singgah umah akk diya lagi sorang kat selayang sebab anak dia meragam..diya pun tak kisah la sebab fikirkan akk diya tu ada anak kecik..diya pun tunggu lagi..maggi dah habis sebungkus.limau mandarin sebiji dah telan.roti 3 keping dah baham..jam kat tangan dah pukul 5.muka dah make up elok.baju plak elok je iron ada side..diya tak putus asa, tunggu lagi..sampai tertidur kat katil member..sampai termimpi2 la.berepisod2 plak tu mimpi diya tu..hahaha.buka je mata, ingatkan dah sampai Melaka, rupanya kat umah sewa lagi...aduuyyaaaiii....try call akk, akk tak angkat...dalam kepala mula la fikir, '"akk aku ni tipu aku ke?? berjam2 dh tggu x smpai2"'.then dia msj, dia ckp jalan teruk gile jem....emmmm..patutla...kan semua pakat cuti..memang patut sangat la jem kan..diya tengok jam dah pukul 8...hurmmmm..perlu ke diya marah???? tak kot sebab bukan salah akk..dah jalan jem nak buat camne kan..tapi yang buatkan diya cold bila akk jnji nak bawak diya shopping sebagai nak tebus kesalahan biarkan diya tunggu berjam2 lamanya..hahaahahahahahahhahahahaahahhaahahahhaah....sebab tu la diya sikit pun tak marah..tunggu sampai esok pun tak apa2 dong....wek..wekkk..jangan jeles..hehehheehh
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)