RUKUN TETANGGA SAYA

Sunday, 1 April 2012

TERAN LAGI PUAN, KEPALA BABY DAH NAMPAK..!!!


siapa tak pernah tengok lagi delivery(bersalin)??? Puan Sabariah tanya kelompok kitorang yang berkumpul dekat kubikal 1...aku dengan teruja angkat tangan..puan cakap pergi masuk dekat labour sekarang..aku dengan dua tiga orang lagi member berlari nak tengok..masuk je labour prosedur dah jalan separuh..tapi baby tak keluar lagi la...ada dua orang staff yang arrange delivery tu..sorang akak JM, sorang lagi Staff Nurse..dengar diorang bagi support suruh teran.. "lagi puan..lagi..lagi..lagi..teran lagi..teran panjang-panjang dan lama..cepat puan, kepala baby dah nampak...laggi..lagi..lagi..lagi...." si ibu pun apa lagi, cuba sedaya upaya untuk meneran.."ergggghhhhhhhhhh..erghhhhhhh..sakit misi..sakit.....dah tak larat ni...."..."puan kena jugak teran..sakit memang la sakit, tapi kesian jugak kat baby ni..teran puan..lagi..lagi..lagi..." aku yang berada dalam situasi tu terasa jugak nak teran..berkerut-kerut muka aku..hahhaha..terasa nak buat persembahan pom-pom je bagi support dekat si ibu....kesian jugak tengok si ibu..muka nampak lemah..tapi nak tak nak kena teran jugak..kalau tak, nanti baby lemas...."alamak, taik dah keluar..." si ibu dah terberak..akak JM cepat2 ambil pad cover anus si ibu dengan najis tu dari terkena baby..."haa..puan..cepat..teran lagi,,kepala baby dah keluar..lagi..lagi..lagi..." Alhamdulillah..akhirnya keluar pun baby girl tepat jam 10.44 pagi..disebabkan dah si ibu ambil masa untuk meneran, baby tu dah berak dalam perut si ibu.."dik, tlong bancuh air milo bagi ibu minum." member aku pun pergi la bancuh dah suapkan untuk si ibu untuk hilangkan kehausan dan tambah sedikit tenaga yang hilang akibat meneran tadi...kesian tengok..nampak letih je..lepas siap tu kena tahan sakit untuk jahit pulak.."puan, buka kaki luas2..saya nak jahit..terkoyak ni..kalau puan tak buka kaki luas2, macam mana saya nak nampak luka..saya takut tersalah jahit je..".."arggghhh..sakit..sakit..kaki kebas..." "saya tahu puan, tapi saya kena siapkan jugak..tahan la sikit..sekejap je.." " puan, lepas ni nak bergerak perlahan-lahan..takut nanti jahitan terbuka, kalau darah terlalu banyak puan bagitau misi kat wad, makan makanan yyang tinggi protein dan makan banyak sayur, puan kalau nak berak, kena duduk..jangan cangkung.." terdengar akak JM tu bagi health talk berkaitan pemakanan smbil jahit bahagian yang terkoyak.."ok puan, dah siap jahit,sekarang ni saya nak cek luka..".nampak akk JM tu masukkan jari dalam vagina..muka si ibu berkerut2 tahan kesakitan.."ok puan, skarang ni sy nak cek anus pulak.." hurmmm..lastly semuanya dah settle dengan berat baby 3.47kg..baru je rehat 20minit..admit satu lagi kes dengan bukaan cervix 4cm..masukkan si ibu dalam bilik prosedur..monitor denyutan jantung baby dengan bukaan cervix..15minit kemudian bukaan dan 8cm..JM cek, dia cakap dah nak delivery..tanda2 semua dah ada..then 10cm..siapkan semua barang then satu lagi kelahiran bakal di sambut sambil diperhatikan oleh aku dan member2 lain.."dik, tolong support kepala ibu bila ibu meneran.." aku cepat2 pergi kat kepala si ibu sambil letakkan tanagn bawah kepala si ibu.."puan kalau rasa sakit cakap ye..kemudian teran.." "ok dah rasa sakit..arggghhhhhh..." sambil tangan support kepala si ibu, aku cuba bagi semangat sambil sebelah lagi tangan pegang bahu si ibu.."lagi..lagi..lagi..sikit lagi..kepala baby dah nampak.." arahan yang sama di berikan kpada si ibu seperti si ibu yang pertama..kali ni ambil masa yang agak singkat..tepat jam 12.14tengahari, satu lagi kelahiran baby boy dengan berat 3.97kg..wahh berat betul..tembam gila..excited la aku..siap2 je cuci, aku tak habis2 cakap dengan baby tu.. "alaa comel nye baby ni..pipi tembam..geramnya.." hahah..beranagn tak sudah la kan.."dik, tlong angkat baby bagi kat si ibu..bagi ibu susukan",..PELUANG..!! pe lagi, aku basuh tangan then angkat baby yang tembam tu..nasib baik si ibu sporting..bagi aku peluang pegang lama2..aku pun apa lagi, action macam anak sendiri la..hahahaha...usap-usap pipi baby yang tembam macam bola tu, main-main dahi, kening dengan hidung, dah puas baru bagi kat si ibu..si ibu tersenyum tengok gelagat aku..maklumla kan, anak dara kalau dah jumpa baby secomel tu, siapa tak geram..hurmmmm...best2...by the way banyak sangat pengalaman aku dapat hari ni..esok, tak sabar2 nak jumpa baby yang tembam macam bola tu..then nak mandikan..hehehehe...nak ada sendiri tak tahu lagi bila kan..so syok sendiri dengan baby orang lain la..heheheh...ok la setakat ni je nak share..esok aku cerita pengalaman lain pulak ok :) salam

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Tuesday, 27 March 2012

MAK CIK, MAAFKAN NADIA...


Mata menahan mengantuk sebab samalaman tak tidur, tersengguk-sengguk dah kat kerusi.perut pulak berkeroncong sebab dah dua hari tak makan..nak larikan perhatian, aku pun dengarla  lagu kat phone sambil baca buku prosedur nursing aku ni, nak lelapkan mata takut mak W nak pergi toilet atau batuk..sebab mak dia kalau lepas batuk mesti nak minum air, tak pun akan muntah..so kuatkan jugak mata ni..buka luas-luas..tiba-tiba ada suara bercakap dengan aku :-

mak W : nadia berhubung dengan W lagi ka?? sebenarnya mak suka nadia dengan W. mak harap sangat-sangat nadia dapat terima W balik..bagi la dia peluang..

aku       : (aku terkejut bila dengar mak dia biasakan diri mak..tapi aku tetap panggil mak cik sebab aku dengan W bukan mcam dulu dah..) dah lama tak bhubung mak cik..ni start berhubung balik pun sebab adik masuk wad kena denggi hari tu dengan sebab mak cik sakit ni..sebenarnya nadia bukan tak nak terima W balik mak cik, tpi W skarang dah ada awek..biarla dia dengan pilihan hati dia..kalau ada jodoh tak kemana

mak W : W tu tak matang lagi. sebab tu dia macam tu..dia tak fikir apa yang dia buat.abang Mie dia dah nasihat dia macam-macam dah..abang Mie pun cakap dia suka dengan nadia..nadia terima la dia balik..mak cik harap sangat2 jodoh nadia pnjang dengan W.

aku      : nadia tak tahu nak cakap macam mana..mak cik, nadia nak tanya sikit ni, macam mana kalau suatu hari nanti W bawak balik seorang perempuan dan kenalkan pada mak cik sebagai bakal menantu, mak cik boleh terima tak??

mak  W : mak cik hanya dapat terima kalau dia bawa balik nadia kat rumah..mak cik dah suka nadia..keluarga semua dah setuju...kalau dia bawak perempuan lain kat rumah, kami tak kan buka pintu..kami tak kan layan..

aku       : (mata dah start berair dah ni) mak cik, kalau W bawak balik perempuan lain satu hari nanti, mak cik terima la perempuan tu seadanya..kalau W dah pilih perempuan tu, bermakna perempuan tu jauh lebih baik dari nadia..mak cik bagi la peluang kat perempuan tu untuk jadi sebahagian dari keluarga mak cik..samada perempuan tu bertudung atau x, mak cik terimala..mungkin W akan bahagia dengan cara macam tu..

mak W  : entahla nadia..mak cik tak tahu macam mana nak cakap..sebab mak cik dah sayang nadia macam anak mak cik sendiri...

aku        : kalau ada jodoh nadia dengan W, insyaALLAH tak kemana..tak pe la mak cik, nadia nak pergi surau solat skejap..nanti dah siap nadia datang balik~ ~ ~ (sebelum menangis depan mak dia, better aku keluar dari wad tu dulu..)

hurmmmm.....aku dah tak tahu nak buat macam mana..serba salah pun ada..nak berbaik pernah la terdetik sikit, tapi bila aku tengok kat phone dia sekarang siap ada wallpaper gambar perempuan lain and dia siap save nama perempuan lain dengan "sayang", bukan mudah bagi aku nak terima tu semua...so better aku biarkan je kebahagiaan dia dengan perempuan tu..apa yang aku boleh buat sekarang, doakan family dia dapat terima perempuan tu suatu hari nanti bila dia bawak balik perempuan tu jumpa family dia...lagipun antara aku dengan dia hanya tinggal kenangan..actually aku happy tengok dia dah jumpa pengganti aku..thats mean, that girl lebih baik dan lebih sempurna dari aku..so aku hanya mampu senyum sambil doakan dia bahagia dengan pilihan hati dia sekarang...aku plak macam mana??????? hahahaha...ala biar la..lagipun jodoh pertemuan Tuhan tentukan..Tuhan dh tulis dh pun siapa jodoh aku kat Luh Mahfuz kat atas sana..so tak perlu risau la kot..cme cepat atau lambat je jodoh tu nak muncul :) 


p/s : maafkan nadia makcik..sekalipun nadia tak dapat nak tunaikan hasrat makcik utk bbaik semula dengan W, tak bermakna nadia akan lupa makcik..nadia dh anggap makcik macam mak nadia sendiri..apa yang nadia buat selama ni ikhlas dari hati nadia...apa-apa pun nadia doakan makcik sihat selalu :)



TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Thursday, 15 March 2012

ORANG SAYANG DIA LAGI


ARGGHHHHHHH...xtau nak luahkan camne..tapi diya nak kongsi apa yang diya rasa hari ni dekat semua orang kat dunia ni..!!!!!!! benda yang diya tak pernah duga jadi dalam hidup diya....nak tahu apa????hahahaha...macam mana nak mulakan ni ek...emm k2..macam ni...pagi tadi ada nombor tak kenal masuk kat fon diya..dia cakap nak berkenalan...diya hangin la kan...sapa la plak la yang jual no diya ni..soal punya soal rupanya dia adalah....................... "first love(FL)" diya masa zaman sekolah dulu..dah lama dia hilangkan diri..tiba2 muncul balik dengan buat kejutan datang umah sewa diya pukul 5.45pagi..just imagine waktu tu kebanyakkan orang still lagi dibuai mimpi..right??tapi dia terpacak kat bawah rumah sambil tunggu diya turun..ingatkan FL tu tipu..diya pun turun pakai t-shirt biasa je la..smpai bawah dia kata jom..diya tanya la nak pergi mana..dia cakap naik je la..diya ingat diya nak ajak pergi breakfirst..sebab masa tu memang time orang bangun dan cari breakfirst..diya pun naik je la kereta dia...macam2 la kitorang borak..sebab dah lama tak jumpa..tiba sampai satu tempat..dia bawak diya pergi dataran..tempat yang dipenuhi lampu yang bewarna-warni.cantik sangat..tengah duduk tengok lampu warna warni tu, tiba2 jam dekat bngunan sultan abdul samad tu berbunyi..d0ng..dong..dong.6kali bunyi. (thats my fvarite num tau :p )..menunjukkan pukul 6pagi..masa tu jugak dia luahkan "orang sayang dia lagi"..berdentum jantung ni.mcam kena panahan halilintar...hanya mampu tunduk sambil menikmati kabahagiaan di hati.,dan beraksi ala2 malu kucing kata orang...hehe..hurmm..terasa dunia ni diya yang nye..then dah cerah sikit dia ajak gi cari kedai bunga..dia nak bagi bunga kat diya sebab late wish besday..tapi puas gila cari, tak jumpa..then kitorang g breakfrst..lepas makan dia teman diya pergi ambik barang praktikal kat kolej.dia tolong angkat barang2 praktikal..then kitorang pergi pulak jalan2 dekat tasik titiwangsa..jalan2 taman weyhhh....ala2 cerita zaman dulu tu..."berlari berkejaran~ ~ ~seindah bunga di taman~ ~ bak burung dan mekar kanda ku puja~~~blablablabla....hahahaha..".lalu plak dah kat bawah terowong yang dipenuhi dengan bunga2..sweettttt......!!! sambil imbas balik kenangan2 masa zaman bercinta dulu..wahhhhh..apakah aku jatuh cinta kembali????? hahhah..ya ALLAH diya hargai sangat2 kebahagiaan yang Engkau berikan padaku walaupun hanya untuk 7jam sahaja..eh kawan...! cite tak habis agi la..lepas jalan2 kat taman, kitorang jalan kat Festival City plak..pusing2 dalam mall tu..first jalan dengan dia, then dh lama jalan dia xbagi diya ikut dia..diya pun jalan la sorang2..rupanya dia x bagi diya jalan dengan dia sebab dia nak crikan hadiah utk diya...dia xtau nak bagi pe..nak bg teddybear diya x suka..so dia nak cepat, main pakat sebat je hdiah..dia belikan diya lampu ala2 kristil..yg penting lampu tu wrna BIRU....!!!!! dia still lagi ingat warna fvarite diya walaupun dh 13tahun berlalu :) nak tau sweet x sweet nye dia ni..pas naik kereta dia marah2 diya..sebab diya lambat turun..dia cakap diya pergi merayap..padahal diya g cari dia merata tempat..masuk je dalam kete, dia bebel non stop..cakap macam2...diya diam je la..sebab mntak maaf dia x peduli..sampai je kat umah..dia buka bonet kete..rupanya dia saja wat2 marah sebab nak bagi diya hadiah tu..msa dalam kete dia cakp x beli pape..tapi bila diya dh nak naik kete, dia bagi hadiah tu..hehehe..tharu teramat sangat..!!!! diya dapat hadiah besday dari dia..!!!! actually macam2 yang sweet jadi harini..tapi x boleh la cite semua sebab nanti entry ni jadi terlalu panjang..yg lain2 tu biar diya simpan je dalam hati ni k :) by the way diya dengan dia ada janji sesuatu perkara..apa yang kitorang janji tu hanya kami yang tahu :) sorry to say xdapat nak share kat sni :)   eh jap..nak tahu tak sapa yang diya maksudkan tu?? fkir2 kan la sendiri ye heheehheheheeh...k la diya nak out dulu..nak kemas barang untuk praktikal....salam semua :)

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Sunday, 11 March 2012

LEPAS BELAJAR TERUS NAK KAHWIN?????????


Ilham nak update blog tiba2 datang tanpa di duga..pe lagi kan, on9 then mengarang la cerita2 yang berkaitan..haha...hari ni diya ada exam final untuk semester 6..ni last semester diya sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan...macam mana la kehidupan diya akan datang kan?? dapat ke tak jadi staff nurse..actually tak kisah pun jadi staff nurse kat hospital atau klinik..janji dapat kerja and dapat pengalaman sebelum nak teruskan ke peringkat yang seterusnya...perancangan diya lepas habis study nak edarkan  berpuluh-puluh resume kat setiap hospital yang ada kat Malaysia ni...dan nak tunngu hospital atau klinik mana yang akan hantar offer letter...harap2 la ada company yang sudi hantar offer letter kat diya kan..then diya akan ambil lesen kereta..hahahah..member lain kebanyakkan dah ada lesen, diya ni baru tergapai2 nak ambil..nak buat macam mana kan, kena la ikut kemampuan..lagipun susah la nak ambil lesen kereta msa tengah study..takut nanti gangu masa belajar dan tak dapat nak bahagikan masa....lepas settle lesen nak buat apa pulak ek????? kawin???? haiiishhhhh..tak mungkin kot..sebab I'm still young and my journey is still long..bagi diya kalau kawin awal macam dah membataskan diya untuk tunaikan beberapa hasrat diya..lagipun soal kawin dan nikah ni bukan boleh buat main..kawin hanya sekali..nak kawin kena la cari pasangan yang boleh bimbing, jadi ketua keluarga dan yang penting boleh jadi Iman dalam ibadah kita..betul tak??? pasal kawin tu hold on dulu kot..sebab jodoh dah di tentukan..dah tertulis dah pun kat Luh Mahfuz.so ketepikan untuk sementara waktu ni....lagipun diya ada simpan satu hasrat sebelum nak dirikan rumah tangga..InsyaAllah selagi hasrat diya tu belum terlaksana, diya mungkin akan hold bab2 kawin ni..nak tahu apa hasrat diya tu???? hasrat diya tu adalah untuk hantar mak diya ke tanah suci Mekah..diya tahu tu hasrat mak dari dulu..sebenarnya mak dah lama nak pergi..tapi sebab fikirkan diya still study dan kena tanggung diya sampai habis belajar, mak terpaksa ketepikan dulu hasrat dia..thats why diya decide nak hold dulu bab2 kawin ni..sebab bagi diya, tunaikan hasrat mak ke tanah suci Mekah lagi penting dari  kawin..lagipun nak kawin calon pun 50/50..macam diya cakap tadi la, jodoh tu dah ditetapkan..cuma tunggu je :)  tapi case mak diya ni pulak diya kena la usaha cepatkan supaya hasrat mak tu tercapai cepat..sebab mak diya pun dah berumur..tahun ni dh masuk 60tahun..kesihatan mak pun tak boleh duga..lagipun paham2 je la kan..orang yang berumur ni macam2 komplikasi yang kita tak duga boleh jadi..so sama2 la doakan mak diya supaya mendapat kesihatan yang baik sebagai persiapan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah...dan doakan diya supaya dapat tunaikan hasrat mak tu suatu hari nanti k :) amin....

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)