RUKUN TETANGGA SAYA

Monday, 13 May 2013

CIK DIYA KELUAR DARI TEMPAT PERSEMBUNYIAN


TadaAaAaAa,.....cik diya c0minggggggg~~~~~~ hehehehe..setelah sekian la tak update blog cik diya yang tak seberapa ni, at the end cik diya mengagahkan diri untuk update..tak sangka dalam mendiamkan diri ni, blog cik diya still ada yang follow. dan paling tak sangka ada yang inbox cik diya tanya kenapa cik diya dah lama tak update blog.. 

actually cik diya bukan tak nak update, tapi atas sebab-sebab kesibukkan kerja yang buatkan cik diya tak berpeluang nak update blog ni...cewaaahhhhh..macam la blog cik diya ni ramai sangat followers..hahahahah..alaa biar la..nak bajet2 diva sikit..hehe...

perkembangan terbaru cik diya sekarang?????? cik diya dah resign dari poliklnik area selangor tu. sekarang stay kat kawasan tersembunyi..hahahahhahah....sebab apa resign??????? biarla rahsia..sebab tak ada siapa pun yang tahu kenapa cik diya resign..kalau rasa nak jugak tahu, try la inbox kat page blog cik diya..mana la tahu terdetik nak bagitahu ke..heheheeh..

ok la..times out....."patient-patient" dah ramai yang menanti...cik diya out dulu,...see u all at the next entry...
wait the mnt, xoxo~~~~ as salam :)

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Saturday, 2 March 2013

GAMBAR-GAMBAR MANGSA YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU



SEMOGA KEDUA-DUA ARWAH DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YG BERIMAN.AMIN... PERGI NYA KEDUA-DUA ARWAH KERANA INGIN MEMPERJUANGKAN KEAMANAN NEGARA.


Jenazah 2 Pahlawan Negara yang terkorban di Lahad Datu telah berlepas dari Tawau dgn pesawat Charlie TUDM jam 0800 dan dijangka tiba di TUDM Subang Jam 1100
Kapalterbang Tentera Udara TUDM sampai di Subang Jam 11.30 pg
Sayu melihat keluarga arwah-arwah Pejuang Negara menunggu ketibaan jenazah. berat mata yang memandang berat laki bahu yang di pikul oleh ahli keluarga jenazah.
ketibaan jenazah di lapangan terbang



TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

SERANGAN MORTAR DI LAHAD DATU


Dah lama tak update blog. tiba- tiba hari ni terdetik nak update satu entry yang menyentuh naluri hati cik diya. rasanya semua dah tahu tentang berita serangan mortar di Lahad Datu. actually cik diya still tak faham kenapa serangan tu terjadi. masih tertanya-tanya dan tercari-cari punca sebenar. bila cik diya cuba search google, pelbagai pandangan di buat. kebanyakkan nya bagi pendapat semua itu terjadi berkaitan dengan politik. cik diya mals nak komen banyak sebab cik diya bab-bab politik ni slow down sikit..hehe..so cik diya follow info dekat suratkhabar dan televisyen sahaja. kat bawah ni ada serba sedikit info berkaitan serangan mortar di Lahad Datu :

LAHAD DATU – Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.
Kedua-dua yang terbunuh ialah anggota komando VAT69, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
Sementara itu menurut satu lagi laporan, dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini.
Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu.

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Saturday, 16 February 2013

HANG OUT TOGETHER










TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)