RUKUN TETANGGA SAYA

Tuesday, 6 November 2012

DAH LAMA MENGORAT DIA, HARI NI BARU DAPAT.!!

taadddaAaAaA~~~~~PERFUME MIRACLE...!!! dh lama cik diya mengorat perfume ni,at the end dapat juga sembur perfume ni kat badan cik diya.hehe..bukan mengorat lelaki ok :P actually dh lama nak beli tapi tak ada masa nak keluar pergi beli..dua tiga hari lepas masa cik diya tengah online, terdetik nak cari perfume ni dekat facebook. mana la tahu kan ada sape-sape yang buat page pasal perfume ni..cari punya cari, akhirnya cik diya jumpa satu page ni 
--------> http://www.facebook.com/ohsayagilaperfume ...cik diya pun apa lagi, terus book la..yang best nye tengah ada promotion, penghantaran pulak FREE OF CHARGE. nak tnggu apa lagi kan, pucuk dicipta ulam mendatang la (walaweyyhhh..berperibahasa plak dah)..cik diya ambil no fon agent then msj. keesokkan nya tu kebetulan keluar nak beli barang dengan housemate, cik diya terus bank in la dekat cimb bank.cik diya baru bank in hari ahad, tengahari selasa dah DAPAT..!!! sampai je kat tangan apa lagi, buka bungkusan dengan rakusnya, campak kotak kat lantai, terus sembur kat badan...bau semburan perfume tu tak dapat nak olahkan dengan kata-kata.!hahahaahaaha.....dan yang paling giler skali cik diya sembur kat dalam bilik..sembur kat bantal, selimut, cadar, tilam dannnnnnnnnnnnn....kat bantal busukkkkkkkk...sekarang bantal busuk cik diya dah tak boleh paggil bantal busuk sebabbbbbb bantal cik diya dah bau MIRACLE......!!!!.hahahahahahahahahhahah.........OHHHHHH SAYA GILER PERFUME!!!!!...toinkkk..toink..toink..toink..
ok la..cik diya nak share tu je..mana la tahu kan kalau ada sape2 nak beli perfume boleh la pergi ngorat2 dekat page yang cik diya bagi link tu tadi....cik diya rasa lepas ni nak beli perfume midnight fantasy plak :)

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Monday, 5 November 2012

CIK DIYA DAH DAPAT KERJA BARU



Alhamdulillah hari ni dapat selesaikan kerja dengan hati yang tenang dan yang penting tanpa sebarang tekanan.haaaaa sape-sape yang baca tajuk entry ni mesti tertanya-tanya cik diya ni dapat tawaran kerja apa la kan...hahhahaha..bukan tawaran kerja la, tapi interview je..jangan menyesal plak baca..dah alang-alang baca entry ni, why not habiskan je la baca :P ..ok kalau nak tahu sebenarnya hari ni cik diya kena pergi interview kerja dekat Perdana University pukul 3  tadi. Perdana University tawarkan cik diya jawatan Nurse Clinical Skill Unit. Actually cik diya tak tahu pun jawatan tu macam mana. So cik diya decide nak postpone tarikh interview memandangkan cik diya baru je dapat terima email dari pihak university tersebut. pihak diorang cakap, dah try call cik diya berkali-kali, tapi tak dapat..hehe..nak dapat macam mana kalau handphone rosak..asyik buat hal je kan..so pihak university decide hantar offer jawatan tu ke email cik diya. cik diya baru buka email tu petang sabtu(3.11.2012). mana la sempat nak buat preparation. tapi masa dekat tempat kerja, cik diya try call HR faculty tu. Minta pihak HR terangkan serba sedikit berkaitan dengan jawatan yang ditawarkan. HR cakap jawatan tu lebih kurang macam instructor. mulanya nak tergelak jugak.. sebab instructor ni kan lebih kurang macam mengajar. so cik diya ni sejak dari kecil lagi tak pernah terfikir pun nak mengajar atau jadi guru atau jadi apa-apa pun yang sewaktu dengannya. lagi sekali tapi, bila fikirkan balik, tawaran tu macam menarik. sebab cik diya try buka laman web faculty tu. nampak memang menarik. dan nampak macam cik diya boleh enhance my knowledge. kalau tak percaya, try you all klik link ni -----> http://www.perdanauniversity.edu.my/ 

haaa dahh buka link??? so mesti macam pelik kan? first cik diya buka, cik diya ingat faculty tu nak offer untuk sambung belajar. tapi bila call tanya, dia cakap offer jawatan sebagai instructor untuk student medical kat situ..haiiishhhh...kompius..kompius...dah la faculty tu ada student foreigner..kalau ditakdirkan cik diya dapat jawatan tu, tak ke cik diya kena SPEAKING??? walaaweyyhhh...tersimpul rapi la lidah ni..setakat nak speaking yes, no thank you, alright tu boleh la..kalau more than that, fuhhhhhh,,,, i dont think so..by the way cik diya tak tolak tawaran interview tu mentah-mentah. tapi cik diya mintak postpone tarikh memandangkan hari ni cik diya habis kerja pukul 4petang. so lepas ni kena belek-belek balik nota-nota lama sebelum faculty tu paggil untuk the next interview session...kalau kat situ rezeki cik diya why not I'm try, is  it right????

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Thursday, 1 November 2012

SALAH SATU CARA UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT



Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga meninginkan zuriat untuk menambahkan atau membesarkan institusi kekeluargaan mereka, malah mempunyai zuriat juga dapat menceriakan atau melengkapkan lagi kehidupan sesetengah pasangan. Persoalan nya sekarang, adakah keinginan tersebut akan dapat dimiliki oleh setiap pasangan???? InsyaALLAH....ajal, maut, jodoh,rezeki mahupun keinginan untuk mendapatkan zuriat semuanya sudah ditentukan oleh ALLAH dan sudah tertulis di Luh Mahfuz..tapi kita perlu ingat, walaupun ALLAH sudah tentukan semua itu, tidak bermakna kita tidak perlu berusaha untuk mendapatkannya. Sebagai hamba-Nya kita perlu lah berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. seperti kata pepatah yang sering kali kita dengar " ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang sekiranya orang tersebut tidak berusaha untuk mengubahnya".

Dalam usaha untuk mendapatkan zuriat, pelbagai cara yang boleh kita praktik kan. Bercakap tentang isu ni, cik diya bukan la orang yang pakar atau orang yang boleh untuk di buat rujukan. Tapi cik diya hanya boleh berkongsi sedikit pengetahuan dan maklumat yang cik diya dapat semasa bekerja di private clinic berkaitan dengan kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Salah satu cara yang cik diya baru tahu adalah melalui 3 cara iaitu IVF (In-Vitro Fertilization),ICSI ( Intra Cytoplasmic Sperm Injection), Cryopreservation for sperm & Embryo. Apa yang cik diya tahu, ketiga-tiga kaedah ini diberikan melalui suntikan subcutaneous atau intramuscular.Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan zuriat setelah mencuba pelbagai cara  why not cuba kaedah ini pulak. Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan zuriat setelah mencuba perlbagai cara tetapi tidak berjaya, why not cuba pulak kaedah ini. 

Individu lelaki yang layak :-
  1. Hypogonadotropic hypogonadism
  2. Delayed puberty associated with insufficient gonadotropic pituitary function
  3. Cryptorchidism,not due to anatomical obstruction.
Individu wanita yang layak :-
  1. Ovulation induction in subfertility dua to anovulation or impaired follicle-ripening
  2. Preparation of follicles for puncture in controlled ovarian hyperstimulation programs
  3. Luteal phase support
untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila hubungi :-

                                      Tel : 03-26937555 EXT : 3610 / 3611
                                       Fax : 03-326922540
                                      Layari laman web :klik sini --->  http://www.lppkn.gov.my/guest/

                                      Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia
                                      Lembaga Penduduk Pembangunan Kekeluargaan Negara
                                     Tingkat 6 Bangunan LPPKN 12B Jalan Raja Laut
                                      50350 Kuala Lumpur.

p/s : kita hanya berusaha, tetapi ALLAH yang menentukannya..just remember, tuah tidak akan datang bergolek depan mata kita kalau kita tidak ada usaha untuk mendapatkannya...


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Monday, 15 October 2012

PADA USIA MENCECAH DEWASA



Pada saat usia mencecah alam dewasa, pastinya persoalan jodoh merupakan salah satu perkara yang amat mengusutkan fikiran aku terutama sekali aku la kot..hahaha. Soalan-soalan yang dilontarkan dari insan-insan sekeliling walaupun secara gurauan, sindiran ataupun sebaliknya terasa sangat menyentap perasaan. Bila berseorangan, aku rasa kurang keyakinan, rasa serba kekurangan, malu dan tertekan...tertekan????? tak la tertekan mana kot :P
Kalau  berkumpul dengan kawan-kawan, majoriti antara diorang ada yang sudah menimang cahaya mata, dah bertunang, bakal bertunang, bakal dirisik, da nada jugak yang sibuk buat persiapan perkahwinan sedangkan aku hanya mampu memandang dan bermonolog dalam hati, "Bilakah waktunya untuk aku merasai semua itu..." Hati rasa lebih tersentuh bila mak bertanyakan aku “hang bila lagi?? Kawan-kawn lain semua dah beranak pinak…”. Aku faham itu petandanya mak bagi green light kat aku kot..hahhahahaah….
Tapi itu semua kehendak Allah, bukan kehendak aku. Tiada siapa pun dalam dunia ini yang mahu hidup berseorangan. Namun aku harus akur dengan takdir Allah yang masih belum mengizinkan aku untuk bertemu jodoh. Aku harus berikhtiar, bersabar dan jangan sesekali berputus asa. Kerana jodoh itu rahsia Allah. Bila, siapa, di mana dan bagaimana, itu semua hanya Allah yang Maha Mengetahui dan yang penting semua itu dah tertulis di Luh Mahfuz.
Dalam keadaan yang macam ni, aku tak perlu la turutkan sangat dengan tekanan perasaan dan sindiran dari orang-orang sekeliling. Tapi bila fikirkan balik, aku perlu juga muhasabah diri sendiri. Selama ni aku dah cukup usaha dan ikhtiar ke dalam mencari jodoh? aku pernah minta pada Allah supaya diringankan jodoh pada setiap kali sujud kepadaNya? Berapa kali aku bangun dan bersolat hajat pada malam hari memohon dipermudahkan jodoh? Pernahkah aku solat sunat Dhuha, memohon limpahan rezeki berupa jodoh yang baik dan keluarga yang sakinah? Berapa kali aku solat taubat, memohon keampunan agar doa aku untuk mendapat jodoh tidak terhalang disebabkan dosa-dosa silam aku? Dan cukupkah ikhtiar aku dengan solat istikharah agar tidak terburu-buru membuat keputusan dan pilihan hanya kerana terdesak?
Subhanallah, aku baru tersedar semua tu..
Selain itu, cuba aku muhasabah diri aku. Adakah ikhtiar aku selama ini menepati syariat yang digariskan oleh Allah? Adakah aku sudah menahan diri daripada bergaul bebas dengan mereka yang bukan mahram? Adakah aku sudah menjaga diri daripada berhias berlebih-lebihan hanya untuk menarik perhatian kaum lelaki? Seandainya sudah menepati syariat tapi masih gagal, redha dan yakinlah bahawa Allah telah merancang yang terbaik buat aku. Teruskan usaha dan bersabarlah...
Namun di sebalik ikhtiar dan kesabaran, aku juga haruslah mengkaji apakah hikmahnya ujian Allah terhadap aku yang lambat jodoh. Mungkin aku hanya memandang kelebihan orang yang cepat jodoh, dapat menjadi ibu dan bapa lebih awal dan dapat melaksanakan sunnah lebih awal. Tapi sedarkah aku yang lambat jodoh masih juga punya kelebihan? Saat inilah masanya untuk aku berbakti kepada ibu bapa aku. Bila aku sudah berumahtangga, keadaan mungkin berbeza kerana terpaksa membahagi masa untuk keluarga sendiri dan juga untuk ibu bapa. Saat ini jugalah masanya untuk aku menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Dalami ilmu agama, ilmu untuk menguruskan rumahtangga dan ilmu untuk mendidik anak-anak agar aku lebih bersedia apabila tiba saatnya nanti.
Akhir sekali, aku rasa aku mungkin tak perlu terlalu bersedih hati. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jaga iman dan hati agar tidak tertipu dengan hasutan nafsu. Jaga maruah seorang wanita, jangan sampai nasibnya menjadi seperti epal yang masak ranum di puncak pohon, tapi akhirnya gugur ke bumi lalu membusuk dan tidak berguna hanya kerana tiada yang sudi memetiknya... SEKIAN…..
*Ilham dari bacaan…….

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)