RUKUN TETANGGA SAYA

Sunday, 29 April 2012

DOA SEORANG HAMBA




Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Labuhkan cintaku pada insan yang melabuhkan cintanya padaMu,
Supaya cintaku padaMu makin bertambah,

Ya Muhaimin,
JIka aku jatuh cinta,
Pelihara cintaku supaya tidak melebihi cintaku padaMu,

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkan aku menyentuh hati insan yang hatinya tertaut padaMu,

Ya Tuhanku,
Jika aku jatuh hati,
Peliharakan hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu,

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukan aku pada insan yang merindui syahid di jalanMu,
Dan pelihara rinduku supaya tidak lalai dari merindui syurgaMu,


Ya Allah,
Jika aku sedang menikmati cinta hambaMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan munajat di sepertiga malamMu,

Ya Allah
Jika aku jatuh hati pada hambaMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu,

Ya Allah,
Jika Engkau halalkan aku merindui hambaMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,

Amin
Ya Rabbal’Alamin

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

ALHAMDULILLAH DIA DAH DAPAT HIDAYAH



kawan : aku byk dosa diya maksiat minum drhaka smua bnde ak dh wt ak x thu mcm mne nk mula blik smua. bnde ak thu sal agme smua nya dh hlng stu pon x da tngal ak dh x thu cm ne nk wat ak trok diya cm yg ak kata 
agme ak zero tros 
ak x thu nk mulakan cm mne solt,amaln,puasa n smua yg berkaitan dgn agme dlm diri ak wt skg nie ak rse memg x da sikit pon fhm x ape yg ak mksud kn..... memg abis tros nak dekt 3 thn ak dlm keadaan cm nie diya ak dh cm org kafir dh ak rse.......solat ak x thu lngsong diya.....ak malu gle n kau..ak dh x thu nk ckp cm ne dgn kau diya 
malu tue memg 100% ada nya 
insyallah ak perbaiki diri aku.

  • ayat kat atas tu sebahagian daripada luahan dari seorang kawan lelaki aku yang sedang usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik..dia tak nak dirinya Islam hanya atas nama..so sekarang dia betul2 perlukan seseorang yang dapat support dia untuk berubah ke jalan yang sepatutnya..actually aku bukan la orang yang sesuai untuk dia minta pertolongan sebab aku pun ilmu agama tak la setinggi mana..setakat nak ajar dia perkara2 yang sepatutnya dan larang dia perkara yang tak sepatutnya sikit2 tu boleh la..aku just minta dia beli buku2 berkaitan dengan agama especially buku berkaitan dengan solat...dan aku pun ada jugak cari kat internet bacaan2 dalam solat dan aku inbox kan link tu kat dia...Alhamdulillah aku dapat rasa dia ada usaha untuk hafal semua bacaan2 tu..yang mana dia tak paham dia akan cepat2 msj aku tanya..sebagai contoh, dia pernah tanya aku macam mana dia nak solat sedangkan dia warnakan rambut dan tindik telinga...dan macam mana dengan life dia yang dia pernah minum sebelum ni..minum tu perkara dah lepas dan dah jadi pun..nak patah balik tak guna..minuman tu dah masuk pun dalam badan..apa yang perlu kita buat hanya bertaubat dan insaf dengan apa yang dah di lakukan...mohon ampun dari Tuhan dan berdoa supaya tak kan ulangi lagi benda2 tu semua..samada Tuhan terima atau tak amalan yang kita lakukan, itu kerja Tuhan..kita sebagai hamba kena ada usaha untuk perbaiki diri sendiri...berbalik pada cerita kawn aku ni, dia baru je ckp kat aku yang dia tengah usaha cari ustaz untuk tolong dia..Alhamdulillah..lega sikit aku dengar..yela kan..smpai bila dia nak bergantung dengan buku2, internet dan tanya aku..tambah2 aku ni pulak bukan la pandai mana dalam ilmu agma..aku ni pun tengah usaha nak perbaiki yang mana patut..so better dia cari orang yang lebih layak.actually kawan aku ni cukup beruntung sebab Tuhan bagi dia hidayah dan bukakan pintu hati dia untuk berubah..sebab selama ni dia cakap dia tak pernah rasa takut langsung untuk buat dosa..langsung tak fikirkan balsan yang bakal diterima..dosa pahala habis dia campur adukkan..cakap pasal mati pulak langsung dia tak hiraukan..seolah2 hati dia dah gelap..tapi Alhamdulillah, sekarang bila aku cakap pasal mati, dia jadi takut..bila aku cakap pasal balasan kat akhirat, dia jadi takut n macam2 lagi la..dan dia semakin berusaha untuk tingkatkan pengetahuan dia berkaitan dengan ilmu agama....so sama2 la kita doakan dia dapat jumpa ustaz yang boleh tolong dia untuk dapatkan ilmu agama yang dapat bantu dia di dunia mahupun di akhirat sana..amin......

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Monday, 16 April 2012

ADAKAH GAMBAR MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA???




I love photos because they never change EVEN when the person in it changes...

kalau korang tengok gambar ni apa yang bermain kat fikiran korang dan apa yang korang fikirkan??? mesti fikir aku dah berbaik dengan dia ni kan?? ni spe??? ni la mamat berlainan kutub yang aku pernah cerita kat entry sebelum2 ni....aku keluar dengan dia atas dasar seorang kawan dan tak lebih dari tu..kitorang keluar bertiga..sorang lagi member aku zira follow..mak bimbing aku akan berputik cinta balik dengan dia..bukan mak je risau, member2 and abang angkat aku pun risau..termasuk jugak dengan diri aku sendiri..actually member2 ramai jugak yang support aku and setuju kalau aku berbalik dengan dia semula...member2 mintak aku bagi dia peluang..bukan je member aku, member dia pun setuju kalau kami berbaik balik macam dulu termasuk jugak dengan mak and sepupu2 dia..tapi kami je yang tak nak..aku tak nak, dan mungkin dia pun xnak..sebab kitorang tak nak kesilapan yang sama akan berulang kembali...lagipun aku dah tak boleh fallen in love dengan dia kot.. kenapa tak boleh jatuh cinta balik?????? of course tak boleh sebab dia dah jumpa pengganti aku..kalau dia dah pilih perempuan tu sebagai pengganti aku, thats mean pompuan tu lebih segala-galanya dari aku...yup....memang aku still lagi sayangkan dia, still jeles kalau tengok dia dengan pompuan lain dan dia pun penah cakap benda yang sma kat aku..jeles tengok aku ada laki lain atau rapat engan member2 dia,tapi bila fikir kan balik, aku dengan dia dah lama berakhir..kisah kami dah lama terkubur dan dah jadi kenangan silam dah pun..so buat apa nak cipta kenangan yang baru dan yang sama..betul tak??? dia boleh buka pintu hati dia cari pengganti aku, kenapa tak aku???? haiiissshhh macam tak tahu plak..laki kalau putus cinta nak cari pengganti sekelip mata je kan..tapi kalau pompuan tak tahu nak cakap la...maklumla pompuan ni kan kalau dah setia tu, setia sangat..kalau dah sayang tu emm...susah la nak tafsir...by the way gambr yang kat atas tu tak ada apa-apa makna pun..tu cuma gambar dua orang insan yang cuba untuk menjalinkan satu hubungan yang dinamakan sebagai "KAWAN"...samada hubungan kami betul2 akan berakhir sebagai kawan atau sebaliknya, itu hanya la rahsia Allah...aku sebagai hamba DIA hanya mampu mengikuti aliran waktu yang membawa aku ke masa depan yang dah tertulis di Luh Mahfuz....Semoga Tuhan berikan kami petunjuk di mana sebenarnya penghujung hubungan cinta kami..amin....

Never go back to an old love
Because it's like reading a book over and over again when you already know how it ends...




TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Friday, 13 April 2012

LAWATAN KE RUMAH PESAKIT MENTAL (PSY)


Hari ni turn aku dengan 3 orang lagi member kerja untuk home visit..aku dengan sorang lagi member nama zira kena follow sorang MA (Medical Assisstant) , dengan staff nurse pergi buat lawatan rumah ke rumah pesakit yang mengalami masalah mental (PSY)..lawatan dekat 6 buah rumah kawasan barat daya Penang..lawatan pertama buat kat rumah flat tingkat 5...first time aku agak sikit kekok la..environment kawasan rumah tu agak sikit kotor dan sempit..tapi tu bukan masalah bgi ktorang untuk beri perawatn pada diorang..sampai je rumah bagi salam sorang lelaki berusia 40-an buka pintu dan jemput kami masuk..langkah pertama aku dalam rumah tersebut buatkan aku tersentuh..stokin yang aku pakai basah menandakan lantai rumah lelaki tu berair..rupanya bila ditanya,lelaki tu cakap bumbung bocor msa hujan dua tiga hari lepas..keadaan rumah lelaki tu betul2 buatkan aku rasa sayup..tapi aku hanya mampu jalankan tugas aku sebagai seorang pelajar yang praktikal msa tu..aku hanya diamkn diri dan mendengar soalan pertama yg MA tnya pada lelaki tu "ubat makan tak??" lelaki tu cakap dia makan..then aku prepare barang2 untuk bagi suntikan ubat..lelaki tu seolah2 tahu apa yang aku nak buat..dia terus msuk bilik dan melondehkan seluarnya separuh..aku ditemani MA dan kawan aku zira, bagi suntikan di buttock(punggung) lelaki tersebut..lepas tu aku prepare barang untuk ambil sample darah plak...Alhamdulillah lelaki tu bagi kerjasama sepenuhnya..siap semua kerja kami kemas-kemas untuk pergi ke rumah pesakit yg seterusnya..sebelum tu aku terdengar MA tanya, "pak cik, ade dengar suara bisik lagi tak?? (suara tu keadaan di mana pesakit mental mngalami halusinasi iaitu mendengar suatu suara berbisik di telinga nya) " nampak lelaki tu gelengkan kepala..mungkin tu tandanya tak..kemudian lelak tu ucapkan terima kasih kat aku dan yang lain-lain "terima kasih misi sebab bagi ubat kat pak cik.." aku hanya mampu tersenyum sebagai tanda aku menerima ucapan lelaki tu..macam tu la cara2 seterusnya sampaila ke rumah pesakit yang terakhir iaitu pesakit ke 6..cara yang sama jugak kami buat..bagi suntikan dan supply ubat yang baru dan tanya samada ada dengar bisikan atau tidak...selesai semua, MA tanya aku dan zira, "hangpa nak pi rumah pesakit gila yang agresif tak? sepatutnya due date dia hari ni la..sebelum ni kalu nak bagi suntikan kena call polis sebb dia agresif sikit..penah sekali student nak bagi injection, msuk bilik, dia kunci pintu..nasib baik dia x buat apa2.hgpa nak pi x??." aku pandang member aku zira, dia hanya diamkan diri.. tiba2 aku teringin nak sahut cabaran tu..aku pun cakap la "eh boleh jugak..nak cari pengalaman..jom la pergi..nak try..nak tengok mcam mana.." MA tu sedikit terkejut la dengar aku cakap macam tu...dia pun pandang aku then dia cakap betol ke nak pergi?? aku cakap la, betul la..jom..diorang pun gerak la pergi rumah pesakit yng dimksudkan tu..sampai je ibu pada pesakit tu cakap anak dia dah keluar tak tahu pergi mana...hahhaahahah..aku tak tahu tu nasib aku atau aku tak ada rezeki nak tengok pesakit tu agresif...MA tu gelakkan aku..dia cakap "hari isnin kita try datang..mana tau rezeki hg dpt tengok dia mngamuk..hahaa.." aku pun senyum je la..haiiishhh..tak dapat nak cari pengalaman...isnin ni kerja kat wad je...hurmmm...tak pe la, mana tahu kat wad nanti ada yang nak mengamuk..boleh la aku tngok..hehe...actually aku rasa kesian sangat bila tengok kedaan pesakit mental..diorang tak nak jadi macam tu,.tapi nak buat macam mana, mungkin diorang ada sejarah hitam yang diorang tak dapat nak terima dan kawal, dan menggangu emosi dan tingkah laku diorang thats why diroang jadi macam tu..tapi ada jugak antra diorang yang aku kagum sebab diorang usaha untuk sara hidup..ada yang kerja sebagai cleaner, kat kedai makan dan tolong saudara mara berniaga...tu menunjukkan masyarakat masih terima diorang mcam orang normal yang lain...aku harap sangat2 golongan yang macam ni tidak dipinggirkan  di mata masyarakat tak kira dalam kedaan macam mana pun diorang.....

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)