RUKUN TETANGGA SAYA

Tuesday, 10 July 2012

HARI KETIGA BEKERJA


5 Julai 2012 (Khamis) 9.31pm

Hari ketiga aku bekerja kat klinik kita saujana impian kajang. Makin banyak benda baru yg aku belajar. Macam biasa bangun pukul 6.20pagi, solat subuh dan bersiap. Sebelum pergi kerja aku sempat mengalas perut dengan nesvita..hehe.. pagi ni aku sama shift dengan kak yani, kak wani, kak sheni, kak kinah dan sorang akk tu aku berapa ingt nama dia. Hari ni pergi kerja dengan akk tu la naik kereta dia. Sampai je klinik mcam biasa rutin harian.punch card,buka gate, sapu sampah, mop lantai, cuci tandas dan kemas2 bahagian recept. Dah settle semua aku duduk la kat tempat aku iaitu bahagian recept.  Pagi ni Dr Azman. Baik je Dr tu. Kadang-kadang ada jugak dia tegur aku. So tak la rasa tertekan sangat kerja kan kalau ada Dr macam tu.
Pukul 10.30am aku breakfast makan nasi lemak yg dibeli oleh kak wani ngan kak yani. Selalu nya mkanan akan dibeli oleh2 mmber2 yang nak keluar beli makanan. So ramai2 akan kirmkan makanan yang nak dimakan, sebab kalau nak keluar mkan dekat luar memang huru hara klinik sebab tak ada sape jaga.. haha.. kadang-kadang Dr tu beli makanan bungkus dan makan klinik. Dah siap2 makan, aku sambung kerja macam biasa. Hari ni aku jaga bahagian recept dengan kak sheni. Dia kena split pagi ni start dri pukul 9pagi sampai pukul 1ptg. Akak tu dari sabahan. Comel sangat akk tu. Ramah plak tu. Umur dia 23tahun. Masa aku mula-mula masuk hari tu, dia la yg tunjuk kan bilik. Kak sheni banyak jugak la ajar aku kat bhagian recept tadi. Kebanyakkan dia ajar nak handle result pathlab FOMEMA. Haa lupa nak cakap berkaitan dengan split. Split tu lebih kurang macam overtime. Sape2 yang stay dekat hostel, dia kena kerja lebih masa selama 4 jam. Split hanya sekali dalam seminggu. Disebabkan stay dekat hostel tak kena bayar sewa, so kalau buat split pun gaji tak dapat sebagai ganti rugi tak bayar sewa la. Sebagai contoh, kalau harini aku masuk kerja pukul 8pagi sampai 4petang, aku akan split pkul 8malam sampai pukul 12malam. Dan kalau hari ni aku kerja pukul 4petang sampai pukul 12malam, aku akan split keesokkan pagi nya pukul 9pagi sampai pukul 1petang. So semua staff yang tinggal dekat hostel akan dapat split seminggu sekali. Aku punya turn split hari khamis minggu depan. Dan hari rabu sebelumnya tu aku off day.
Ok berbalik dengan kerja plak. Hari ni Alhamdulillah patient tak berapa ramai. Ada la jugak masa untuk aku rehat2. Sampai rasa nak terlentuk la.hahaha. Relax punya relax tengok jam dah pukul 1pm. So break sampai pukul 2pm. Aku pun ambil penyapu dan sapu setiap sudut klinik. Settle semua lebih kurang pukul 1.20pm. aku pun mintak izin dari kak ros nak pergi solat Zohor. Siap solat lebih kurang pukul 2.50pm aku terus stay dekat recept dan teruskan kerja macam biasa sampai pukul 3.30pm. harini aku dah boleh masuk sikit2 dengan member2  yang lain. Dan hari ni jugak aku dah tak menangis. Hehe..ok jam dah pukul 3.30pm, time untuk aku kutip2 plastik sampah untuk setiap tong yang ada dalam klinik tu. Dahh siap buang semua dan gantikan yang baru, aku pun bersedia untuk punch out. Masa balik sepatutnya balik dengan akk2 yang lain naik kereta, tapi aku suruh diorang balim dulu sebab nak pergi kedai beli roti dan maggi. So aku balik sorang2 la. Haiiishhhh…bertambah hitam manis la kulit aku mngadap matahri balik tadi..dah la paying tak bawa. Memang susah la ank putih kulit aku lepas ni..haahhahhahha..konon selama ni nak jaga kulit bagai, tapi kalau dah paying pun tak bawa macam mana nak jaga kulit..cittt~~~
Pukul 4 lebih sampai rumah rehat2 sekejap dan terus mandi, solat Asar dan turun bawah makan roti sambil tengok tv dengan akk2 rumah. Agak2 mata dah layu aku pun naik bilik dan terlelap atas tilam. Kak yani pun terlelap. Masing2 letih, padahal patient tak ramai pun hari ni..hahahha. sedar2 dah masuk maghrib. Aku dengan kak yani pun bangun untuk solat maghrib. Lepas solat aku turun bawah untuk membaham maggi..haiiishhh maggi lagi… nak masak nasi barang2 dapur aku tak beli lagi. Kak yani ada ajak aku makan nasi goring yang dia nak masak kejap lagi. Tapi aku dah makan maggi so aku tolak la pelawaan dia tu. lagipun segan la sebab tak da share apa2 dengan dia tiba2 nak makan makanan dia. Its ok la makan maggi pun. Janji perut di alas. Siap makan aku lepak depan tv dengan kak dayah skejap dan agak2 boring aku naik bilik dan mengarang coretan hati aku ni kat laptop. Sekejap lagi macam biasa nak solat Isyak dan lepas tu tidur sebab esok nak jalankan tugasan mencari rezeki macam biasa. Sebab esok still lagi shift pagi.ok la setakat ni je coretan luahan hati aku untuk harini.GOOD NIGHT DAN ASSALAMUALAIKUM J ~~~

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

HARI KEDUA BEKERJA


4 Julai 2012 (Rabu) 9.15pm

Hari ni hari kedua aku kerja kat klinik kita. Mcm biasa la bngun pagi. Tapi pagi tadi aku bngun lewat sikit. Pukul 6.20am sebab semalam bangun awal lama plak tunggu kat bawah. Bangun je aku terus mandi dan solat. Lepas tu bersiap. Aku ingt pagi tadi kak yani kerja petang, rupanya pagi ni kak yani kerja sma shift ngan aku. So pagi tadi aku g kerja ngan kak yani ngan kak aina. Kak aina aku tak berapa biasa sangat sbb tu baru first time jmpe dia. So aku pun x bnyak cakap la ngan dia. Tanya2 gitu je la. Sampai je klinik aku tlong kak aina buka kan pntu2. Kak ros pun tlong aku buka kan pintu. Dah siap tu aku sapu sampah then mop lantai. Settle semua kerja macam biasa aku duduk kat bahagian recept. Harini kak ros ajar aku berkaitan dengan result2 darah. Apa yg perlu di buat dengan result2 tu semua. Kak ros mintak aku call semua patient2 untuk ambik result darah kat klinik. Dan hari ni jugak aku dah banyak kali angkat paggilan telefon dan settlekan hal2 pesakit bila pesakit call untuk bertanya kan perkara yang berkaitan. So kat situ dah ada sedikit kemajuan. Harini boleh tahan jugak la banyak kerja nak buat. Tapi kira ok la ada jugak yang nak membantu. Cuma masa susun2 nota2 pesakit aku buat sorang la. Hurrrrmmm cakap pasal nota2 pesakit, fuuuhhhhh memang nak mngeluh panjang. Mana tak nya, aku kena susun nota pesakit dekat rak. Kalau nak susun tu kena ikut nombor pulak. Salah letak memang susah la nak cari. So aku susun la dengan berhati2. Masalahnya sekarang, nota2 pesakit tu kalau ada berpuluh ok agi, ni bukan berpuluh, bukn beratus, dan bukan jugak beribu. Tapi beribu-ribu. so memang peluh keringat aku meleleh la sana sini..hahahahahah ..tapi nak buat macam mana, nak tak nak aku kena jugak buat. Haaaa..cakap pasal makan pulak.Alhamdulillah hari ni doctor yg belanja makan. So kat situ aku dah boleh jimat. Sekarang aku kena jimat sangat2 sebab duit kat tangan ada RM60 je. Mak nak bagi lebih hari tu, tapi aku tolak. Aku kesiankan mak. Aku tahu mak pun tak ada duit. So duit RM60 tu aku kena jimat sampai la aku dapat gaji hujung bulan nanti. Setakat ni aku hanya makan nasi sehari sekali. Itu pun makan masa sarapan pagi kat tempat kerja. Kadang-kadang kalau kerja banyak, masa breakfast aku beralih ke masa lunch..so kalau makan tengahari sah2 la kenyang lagi masa balik kerja pukul 4 tu kan. Then boleh la jimat2 sikit.
Ok berbalik dengan kerja. Lepas siap makan pukul  12tngahari tu, macam biasa sambung kerja sampai pukul 12.50. Then rehat la. Masa tu aku ambil penyapu dah sapu setiap sudut klinik. Dah siap tu aku kemas file2 bahagian recept. Dah siap semua kerja tu macam biasa aku pergi tunaikan kewajipan sebagai orang Islam. Aku solat zohor. Dah siap solat aku pergi tengok akak2 yg lain tngah menyapu daun2 kering depan klinik. So aku pun sertai la diorang. Nak tlong tak tahu nak tolong apa sebab kehadiran aku kat situ macam tak dipedulikan. So aku pun tinggalkan diorang dan duduk kat bahagian recept ngan kak aina. Baru je duduk dah ada patient datang. Kerja aku pun bermula macam biasa.
Tengok jam kat dinding dah pukul 4ptg. Aku pun mmpercepatkan kerja2 aku. Telefon pesakit2 untuk mintak diorang datang ambil result darah, kemas bhagian recept then kutip sampah kat setiap tong sampah then pergi buang kat belakang bangunan.  Kerja bahagian recept tugas dia sebelum habis shift memang kena kutip sampah2 kat setiap tong2 sampah kat klinik tu then gantikan dengan plastic sampah baru. Aku ok je buat kerja2 tu semua. Lagipun bukan susah mana pun. Just kutip then buang. Benda yg orang selalu buat kat rumah. So tak susah bagi aku.  Tengah2 sibuk kutip plastik2 sampah tu tengok jam dah pukul 4.30ptg. akak2 yg serumah dengan aku tggu aku nak balik sama. Aku serba salah pulak. Aku pun mintak diorang balik dulu. Kesian pulak nak suruh tunggu aku. Diorang pun balik la tumpang akak yg lagi sorang tu naik kereta. Pukul 4.45ptg kerja aku settle semua. Lepas tu aku baru balik. Balik jalan sorang2 la sambil menggalas bag telekung di bahu. Sampai rumah lebih kurang kol 4.55. sampai rumah lepas salin uniform aku basuh baju. Nasib baik ada mesin. Ringan sikit beban aku. So lepas letak baju dlm mesin aku tinggal kan je la sebab mesin auto. Aku pun pergg masak air untuk makan maggi sebagai alas perut. Sementara nak tggu air masak di jerang, aku pun naik bilik untuk mandi dan solat asar. Selesai semua aku sidai baju yg dh siap dibasuh dan makan maggi. Tengok2  tv skejap dengan akak2 rumah, pastu aku naik bilik sebab sakit kepala. Baring2 atas tilam tiba2 mata terlelap. Sedar2 je dah maghrib dan Nampak kak yani tengah bersiap nak pergi kerja. Malam ni kak yani kena split. Lepas kak yani pergi kerja aku solat maghrib ngan iron uniform. Tak sempat nak mengaji aku tiba2 terdetik nak telefon mak. So call mak. Call mak, then dengar suara mak seakan2 nak menangis. Bila borak2 dengan mak baru tahu apa punca mak nak menangis. Hurmmm..macam biasa la ada masalah keluarga sikit. Malas nak mention. Lepas call mak tiba2 airmata aku menitis tanpa henti sampai mata pun dah pedih dan mula membengkak. Banyak benda yang aku fikirkan. Aku cuba kuatkan semangat. Nasib baik la ada seorang hamba ALLAH ni yg selalu ada kat sisi aku sejak2 aku menangis 3hari berturut2 ni. Dia yang selalu support aku, nasihat, dan macam2 lagi la. Dia la insan yg selalu dengar tangisan aku selepas aku menitiskan airmata di tikar sejadah. Mudah-mudahan insan tersebut akan diberkati hidupnya..amin…
Ok sekarang dah jam 10.36malam. mata aku pun dah pedih dan bengkak hasil drpada menangis tadi. So aku nak solat isyak lepas tu nak tidur sebab esok aku still lagi kerja shift pagi. Mudah-mudahan hari esok akan berjalan lebih lancer dari hari2 yang sebelum ni. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan aku sepanjang bekerja ataupun berada kat sini. Amin~~~GOOD  NIGHT DAN ASSALAMUALAIKUM J


TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

HARI PERTAMA BEKERJA


3 Julai 2012 (Selasa) 8.32pm
Hari ni hari pertama aku kerja kat klinik kita saujana impian kajang. Ni klinik yg kakna pernah kerja sebelum ni. Semalam masa mak ngan abg cik hantar aku, aku rasa berat hati sangat2 nak stay sini. Rasa mcam x jadi nak kerja. Nak je aku ikut balik kmpung semula malam tu. Tapi fikir2 kan balik yg mak ngan abg cik susah payah hantar aku dan beratus duit habis, tggu aku hbis briefing smpai 8jam dalam kereta, smpai waktu makan pun mak abaikan, pastu tngok pulak airmuka mak yg keletihan tolong aku angkt brang naik bilik, hbiskn duit beli brang2 aku, aku kuatkan jugak semngat aku utk stay dan kerja kat sini. Semua perasaan tu aku cuba buang jauh2 semata2 nak dapatkan duit utk balas balik smua tu kat mak Lagipun sampai bila aku nak mak tnggung mkan minum dan keperluan aku. Aku kena la jugak belajar cari duit sendiri dan tanggung mak pulak. So berlinang  lah airmata bila kenangkan  jauh ngan mak. Sampai menitik la airmata ni kat sjadah bila solat. Maklumla anak bongsu, so manja tu ada la sedikit. Mana tak nya, Selalu kalau kat kampung mesti gelak ngan mak masa borak. Tidur ngan mak, so sebelum terlelap mesti gosip sana sini..hehe..bila tiba je time solat, mak akan ingatkan aku utk solat.sekarang dah lain. Aku dah kena ingtkan diri aku sendri tntang solat dan jugak berdikari. Tidur pun bukn ngan mak dah, tapi ngan mmber.Sebelum ni kalau kat kampung pagi2 mak bising kejut suruh solat subuh, tapi skang aku dh mula kunci jam phone, bngun sendiri……! Tapi pagi tadi first day kerja aku mintak mak kejutkan. So pukul 5.45 mak dah call kejutkan. Tapi mak tahu aku ni liat sikit nak bangun. So mak call dua kali. Pukul 6.05 a.m mak call lagi skali nak pastikan aku dh bangun..hehe..
Ok beralih kepada kawan sebilik. Msa mula2 smpai housemate takde. Dia kerja shift petang, balik pukul 12malam. So aku kemas barang2 aku. Dalam hati smbil berdoa supaya housemate aku tu org yg baik dan senang untk berborak. Lepas penat berkemas aku iron uniform, mandi ,solat dan rehat2 atas tilam sampaila terlelap. Sedar2 bilik dah terang. Rupanya housemate aku dh balik. So aku bngun basuh muka then tegur housemate aku tu. Nama dia kak yani umr 23thun dri kelantan. Dari pndangan mata kasar aku nmpak dia mcm baik,ramah dan senang utk berborak. Tapi terlalu awal utk aku buat penilaian mcm tu kan. Apa2 pun Alhamdulillah aku nmpak kak yani solat. So mudah bagi aku utk ingtkan diri aku jgak setiap kali wktu solat bila tgk kak yani solat. Lepas kak yani siap mandi aku Tanya serba sedkit kerja2 berkaitan dngn klinik. Kak yani crita serba sdkit. Dalam hati tak pernah lekang dari berdoa supaya Tuhan permudahkan segla urusan aku spnjang berada kat sini (Rabbi yassir wala tu’asir ya karim) doa yg mak mintak aku amalkan sejak dari dlu lagi supnya Tuhan permudahkan sgalanya.
Bercerita pulak brkaitan ngan kerja kat klnik ari ni. Pergi pagi tadi skali ngan kak shad an kak bella. Dua2 tu ok je. Cuma buat smentara ni aku tak berapa biasa lagi. Biasa la kan staff baru, so nak sporting2 dengan staff lain pun macam teragak2 lagi. Sampai kat klinik aku tnya pada kak sha apa yg nak di buat. So dia terangkan la apa yg patut. Dia ajar aku punch card then dia bgtahu perkara rutin setiap kali msuk kerja. Lepas dh paham semua aku mulakan kerja aku. Ambil penyapu dan penyodk then sapu setiap sudut klinik. Dah siap semua aku duduk kat bahagian recept iaitu bahagian pertama menerima kedatangan pesakit atau dkenali sbg bhgian pndftaran. Masa kat bahagian tu kak liza yg banyak tunjuk ajar kat aku. Staff yg lain pun ada jgak yg tnjuk ajar tapi yg banyak ajar kak liza la sbb mgkin pagi tu kak liza mmg bhgian recept. Kak sha ngan kak dayah bhagian farmasi dan kak bella pulak bhgian internal (bantu doktor). Lebih kurang jam 9 lebih lepas je doctor smpai klinik dh mula dikerumuni dengan pesakit yg pelbagai lapisan dan jugak pnyakit. Alhamdulillah, hari ni pesakit yg dating semuanya ok2. Takde la yg macam marah2 ke atau apa2 je la. Lepas kak liza tengok aku handle bhgian  kompter dan form2 yg berkaitan, dia terus tinggalkan aku kat bhgian recept tu utk buat kerja yg lain. So dari situ aku dh mula beranikan diri untuk buat kerja tu. Slowly aku enter nma2 pesakit, cari kad2 pesakit, isi form, hantar kad ke bilik doctor dan macam2 lagi la. Hurm seronok jugak kan..hehe. tengah2 leka enter nma2 pesakit tiba2 pesakit datang sekaligus 6 orang. Tak sampai 5minit dating lagi 4 orang. Semuanya kes FOMEMA (wrga asing) datang utk buat x-ray , blood and urine test. Dah kata staff baru kan, buat kerja pun tak tentu hala la. Mula jadi gelabah. Tapi dalam hati still maintain ngan ayat permudah segala urusan tu.. J yg lawaknya kebanyakkan kad pesakit berada kat rak yg tinggi. Memandangkan aku ni tak cukuo ketinggian, apa lagi, panjat kerusi la..hahaha..at the end sume dalam control sebab kak liza datang tolong..thanks kak liza..! J
11.30pm, break time..! dah selesai semua kerja dan pesakit pun dah taka da yang baru sampai kak bella suruh aku pergi makan. Makanan dh siap dbungkus pagi tadi. Aku pergi beli dengan kak sha. Siap makan macam biasa sambung kerja smpai pukul 12.50pm. Then lunch time. Aku tak makan pun sebab tadi pun makan lewat. So perut still lagi kenyang. Duduk kemas2 tempt recept smbil baca form2, dan kenalpasti tempat form disimpan, tengok2 jam dah pukul 1.25pm. Apa lagi pergi solat la. Solat kat bilik x-ray bahagian belakang. Siap solat sambung lagi kerja sampai la pukul 4.30pm.  Sepatutnya habis kerja pkul 4, tapi kak ros (ketua) nak jumpa aku.sebab nak bagi sikit2 briefing berkaitan ngan kerja. Semuanya settle dalam pukul 4.45pm then balik sampai rumah pkul 4.55pm. sampai rumah call mak sekejap .Kerinduan melanda. Cakap dengan mak pun mata berair. Tak tahu knapa sebak sangt2.hehe..LETIH??? Of course letih sebab first day kerja kan. So apa lagi, rehat2 skejap, mandi, solat, tgk tv, baham maggi then rehat2 atas tilam sampai la terlelap. Setengah jam je terlelap. Sedar2 dah msuk wktu mghrib. Bangun solat, mengaji then on laptop. Actually on laptop ni nak online. Nak buka email, mna tahu ada apa2 berita berkaitan dengan resume yg aku hantar tu. Tapi broadband tak boleh connect, mungkin abg lang terlupa nak bayar. Rasanya dah dua atau 3buln ttangguh. Hurmm.. tak pe la. Aku dh tak nak susahkan adik beradik. Lepas ni aku akan bayar sendiri. Memandangkan tak boleh nak online, email pun tak boleh buka apatah lagi facebook, so aku karang la cerita ni. Untung2 nanti boleh aku share kat blog aku bila brdband aku dh bayar nanti.hehe…Eh dh pkul 9 lebih..ok la, nak shut down lptop. Nak solat Isyak, iron uniform, kmas bilik apa yg ptut then brsedia utk tidur. Esok mcam biasa la shift pagi lagi..GOOD NIGHT DAN ASSALAMUALAIKUM J

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Wednesday, 9 May 2012

SIAPAKAH DAJJAL?????


Siapakah Dajjal?

Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?

Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan.

Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal

Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kontang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:

"Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan".

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?

Dalam hadis diceritakan:

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?
Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari - Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”
Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”

Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Gelaran Al Masih

Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.

Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.
Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi.

Ujian Allah SWT menerusi makhlukNya yang bernama Al Masih Ad-Dajjal adalah sebesar-besar ujian yang ditimpakanNya kepada ummat manusia yang beriman. Tidak ada ujian lain yang menyamainya apakan lagi melebihinya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda: 

"Sejak Allah SWT menciptakan nabi Adam AS sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujianpun yang lebih dahsyat daripada Dajjal."

Sebelum kemunculan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama tiga tahun. Pada tahun pertama, hujan akan kurang sabanyak 1/3 daripada biasa, pada tahun kedua akan kurang 2/3 daripada biasa dan pada tahun ketiga hujan terus tidak turun. Umat ketika itu akan dilanda kebuluran dan kemarau. Di saat itulah Dajjal akan muncul membawa ujian. Dalam satu riwayat, penyokong Dajjal akan memiliki bergunung roti (makanan) sedangkan orang-orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, sahabat RA bertanya kepada Rasulullah SAW: "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam pada hari itu wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan."

Dalam satu hadis riwayat Nuaim bin Hammad: "... Lalu Allah SWT mengerahkan kepada Dajjal syaitan-syaitan yang ada di timur dan ada di barat dan merekapun datang berbondong ke hadapan Dajjal dan menunjukkan kesediaan mereka untuk mengikuti apa jua perintahnya. Mereka berkata kepada Dajjal: "Gunakanlah kami untuk apa sahaja tujuanmu". Dajjal menyahut "Ya! aku akan berbuat demikian. Maka pergikanlah kamu pada kesekelian manusia dan usahakanlah supaya mereka meyakini bahawa aku adalah tuhan mereka. Khabarkah kepada mereka bahawa aku telah membawa untuk mereka syurgaku dan nerakaku."

Kemudian syaitan-syaitan itupun bertebaranlah di mukabumi dan masuk ke rumah-rumah orang dengan bilangan yang sangat banyak, lebih dari seratus syaitan untuk sebuah rumah. Syaitan-syaitan itupun menjelma dalam bentuk ayah tuan rumah itu, dalam bentuk anaknya, saudara-saudaranya, hamba-hambanya dan sahabat-sahabatnya. Mereka berkata kepada tuan rumah itu: "Wahai fulan, apakah kamu mengenali kami?" Tuan rumah itu menjawab: "Ya, saya kenal kamu semua. Ini ayahku, ini ibuku, ini saudara perempuanku, ini saudara lelakiku."

Tuan rumah itu berkata lagi: "Apa khabar kamu semua?" Mereka (syaitan-syaitan) menjawab: "Bahkan apa khabar engkau. Cuba ceritakan kepada kami keadaan engkau."

Tuan rumah itu pun berkata: "Sesungguhnya telah diberitakan kepada kami bahawa musuh Allah yang bernama Dajjal itu telah muncul (membuat kerosakan)." Mereka (syaitan-syaitan) menjawab: "Janganlah engkau terburu-buru berkata demikian. Janganlah engkau berkata demikian. Dajjal itu sebenarnya tuhanmu yang dapat membuat sesuatu keputusan terhadap nasibmu. Bersama dengannnya ada syurga dan neraka, ada sungai-sungai dan ada banyak makanan. Sesungguhnya tiada makanan kecuali yang datang dari sisinya, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah".

Ketika itu tuan rumah tadi berkata: "Kamu semuanya pembohong. Kamu adalah syaitan-syaitan dan Dajjal itu adalah pembohong besar. Sebenarnya Rasulullah SAW telah memberitahu kami akan keadaan yang sebenar dan baginda SAW telah menyuruh kami berhati-hati dan baginda SAW telah menyuruh kami supaya menjaga anak-anak kami. Maka tiada kata aluan untuk kamu semua. Kamu adalah syaitan-syaitan. Dajjal itu musuh Allah SWT. Dan sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan nabi Isa bin Maryam untuk membunuhnya."

Kalau tuan rumah itu berkata demikian akan surut dan diam lalu mereka (syaitan-syaitan) segera pulang dengan hampa tangan dan kehinaan."

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy RA, beliau berkata: "Rasululah SAW telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda SAW banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda SAW telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAF FA RA (KAFIR), yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah SWT dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. "

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah. Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Sabda Rasulullah SAW lagi: 

"Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi."

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi."

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. "

Dari Jabir bin Abdullah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: 

"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada 40 hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa." Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah SAW menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinKu. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Rasulullah SAW telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini. Seperti yang di ajar baginda SAW dalam doa tahiyyat akhir yang sunnat doa itu kita baca setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah: "Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal."

Hadis riwayat Muslim Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang HAFAL 10 ayat dari pertama surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal." (Dalam riwayat lain HAFAL 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi...wallahualam.

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)