RUKUN TETANGGA SAYA

Saturday, 14 July 2012

NEEDLE STICK INJURY


Hari-hari seterusnya aku bekerja di klinik kita. hari ni aku kerja shift pagi. masuk pukul 8pagi sampai 4 petang. pagi ni yang kerja cuma 4 orang satff. aku, kak sha, kak bellah dan kak aina. sepatutnya 5 orang tapi kak yani amik A/L. time2 staff tengah tak cukup ni la patient ramai. datang non stop sampai aku nak tarik nafas lega pun tak boleh. berlari ke sana sini nak uruskan patient. sekali datang 5, 6 orang. dan sorang patient pulak nak daftar untuk 3 kepala. nak kena isi form lagi. enter dalam sistem lagi. dan yg membebankan bila hari ni kebanyakkan patient yg datang semuanya first time. so nak enter dalam sistem kena ambil bnyak masa. patient lain yang tunggu turn dah jadi lama.honestly memang letih sangat2 dan sedikit tension sebab tak cukup rehat dan tak cukup tidur. tambah2 pulak perut tengah kosong. meman masing2 nak angin la..hurmmm...

hari ni aku ada buat silap. aku tersalah cek urine patient. tapi fikirkan balik aku kan staff barum, kesilapan yang aku buat tu kira boleh di maafkan lagi la. tapi bagi aku terasa macam aku ni bodoh sangat.hurmmm..nak buat macam mana kan, badan dah letih buat kerja serba serbi tak kena. semalam punya kes aku still lagi trauma. tambah plak ngan kes salah cek urine patient. semalam punya cerita, aku tercucuk jarum. jarum yang dah di gunakan untuk ambil darah patient tercucuk kat tangan aku sebab patient tu tertolak tangan aku. dah la patient warga Indonesia. datang untuk kes FOMEMA. nasib baik la masa tercucuk jarum tu aku terdetik nak basuh tangan kat singki dan picit bagi keluar darah then  lap kwasan yang terkena jarum tu dengan spirit. susah hati jugak sebenarnya. tak tahu la tu atas kecuaian siapa. samada aku tak berhati2 atau patient tu yang tak tahu duduk diam..hurmmmm...

Alhamdulillah nasib baik la result darah patient tu yang sbelum2 ni clear. dia tak ada sangkut dengan apa2 penyakit. hepatitis, HIV dan penyakit2 lain semmuanya clear. tapi apa2 pun aku kena lebih berhati-hati lepas ni dan aku kena tunggu result patient tu yang satu lagi minggu depan. hopefully semuanya ok..
mudah-mudahan Tuhan beri perlindungan kepada aku amin~~~

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

Tuesday, 10 July 2012

HARI KE-TUJUH BEKERJA


10 Julai 2012 (Selasa) 7.08pm

Hari ni hari ke lapan aku kerja kat sini. Catatan semalam aku tak sempat nak buat sebab semalam kerja petang. Balik pun dah pukul 12.13am. so sampai je rumah aku terus mandi dan solat lepas tu tidur. Sebab tu la tak dapat nak mengarang apa2 cerita. Tapi semlam tak ada apa yang menarik pun unutk dikongsikan. Tapi hari ni ada. Hehe..
Hari ni aku diberi kepercayaan untuk kerja bahagian internal (assist doktor) doctor yg bertugas hari ni Doktor Haniza. Doctor ni sporting tapi bila kerja dia nak semuanya cepat. Dia tak suka patient tunggu lama2 unutk jumpa doctor. So kalau kerja dengan dia semua kerja kena buat dengan cepat. Kalau lambat sikit dia akan mula campur tangan..hehe. tapi tadi ok la. Dia pun ok ngan aku. Siap boleh borak2 dengan bawak bergurau lagi. So kira ok la. Tapi aku enjoy kerja hari ni sebab banyak dah kerja yang aku boleh buat tanpa pertolongan staff2 yang lain. Hari ni aku banyak handle kes FOMEMA. Lebih kurang 11 orang. Aku pun macam tak percaya je dapat buat kerja sepantas tu..wahhhhhhh…puji diri sendiri Nampak.hehe.. tapi honestly hari ni aku kerja enjoy sikit sebab aku dah makin ngam dengan staff2 yang lain. So kerja yang aku buat pun jadi senang la sebab apa yang aku tak tahu ataupun tak paham diorang akan ajar termasuk jugak dengan doctor. Doctor pun ada tunjuk ajar yang mana aku tak faham. That’s why la aku cakap hari ni kerja totally AWESOME..!!! J
Cerita dekat tempat kerja dah settle, sekarang cerita dekat rumah plak. Balik kerja adi kak sha, kak bella ngan kak ida ajak join diorang masak. So aku join je la sebab aku rasa tu la salah satu cara nak ngam kan lagi hubungan aku dengan diorang. Balik je dari kerja kitorang terus pergi kedai beli barang dan balik tu lepas siap sembahyang dan mandi, kitorang semua masak. Kecuali kaki da tak turun sebabb dia kena split malam ni pukul 8. So dia excuse la. Lagipun dia mesti nak tidur, penat kan. Balik kerja malam nak kena split lagi. Its ok la tu. Ketua masak hari ni kak sha..haahhaa.. aku dengan kak bella tolong potong2 sayur, tumbuk dan kupas bwang dan basuh pinggan. At the end jeng..jeng..jeng….. siap la menu petang kami. Ikan masak sweet sour dengan sup sayur…walaweyyyhhhhh.. sedap rupanya kak sha masak. Sampai 2 kali aku dengan kak bella tambah. Perut sampai dah  ketat dah. Tersadai tiga2 orang kat meja makan. Lepas tu gelak sebab dah tak larat nak bangun..hahahaahha.. lepak2 dan borak2 sekejap dekat meja makan, lepas tu baru bangun dan kemas2 dapur… wahhhhh…lari prinsip diet dah aku ni..haiishhh..macam mana la nak kurus ni kalau makan pun sampai nak meletup perut…hahahaahahaha….tapi its ok la sebab bukan selalu. Sepanjang aku stay kat tempat baru ni, mana penah aku makan sekenyang dan sesedap ni. Selalu balik kerja asyik baham roti dengan maggi je. Nasi pulak sekali je sehari, tu pun nasi lemak makan kat tempat kerja masa breakfast. So kira ok la tu kalau aku makan terlebih sudah :P ok sekarang ni aku tengah relax2 dalm bilik dah macam dugong bunting sambil mengadap laptop sementara nak tunggu masuk waktu maghrib. Nasib baik la esok aku off. So boleh la rehat2 sekejap.
Tapi rasanya esok nak pergi kwsp sebab nak buka akaun. Maklumla baru bekerja kan. Semua perihal kerja tak complete lagi. So esok nak complete kan la. Kak sha cakap nak teman. Tak tahu la jadi ke x. mulanya abang cu cakap nak tolong bawak aku. Tapi tak tahu kenapa last2 minit dia cakap tak jadi. Aku sendiri tak tahu kenapa. Dah dia cakap cancel aku malas la nak paksa kan. Nak tak nak aku kena usaha sendiri settle kan semua tu. Actually aku memang mengharapkan abg cu bawakkan aku sebab aku nak save badget. Duit kat tangan tak berapa nak ada. Nak tunggu hujung bulan lambat lagi. Sebab tu la aku nak dia hantarkan aku. Kalau aku pergi sendiri nanti nak kena bayar duit teksi lagi. Hurmmmm..macam mana nak jimat kalau macam tu.kalau ada member dekat sini boleh la jugak nak mintak tolong. Tapi member semua area Kl. SO aku kena usaha sendiri la esok. Dah la umah aku ni susah nak dapatkan teksi, bas pun tak masuk area sini. Kalau nak keluar kena call teksi mintak tolong ambil kat rumah. Paling  kurang mahu jugak cecah berbelas2 ringgit..DUIT LAGI..!!!! baru aku tahu nak cari duit bukan senang.
Ehhh.. dah masuk waktu maghrib.. apa lagi. Jom la pergi menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Ok la nak stop mengarang untuk cerita hari ni. Nak pergi solat J ASSALAMUALAIKUM~~~ J

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

HARI KE-ENAM BEKERJA


8 Julai 2012 (Ahad) 10.17am

Hari ni hari ke 6 aku kerja kat sini. Macam biasa rutin harian dijalankan bila sampai klinik. Tapi hari ni kena pakai baju biasa pergi kerja sebab hari minggu. So aku pun pakai la baju kurung warna oren aku tu..terserlah keayuan..haahhahaah…(perasan) ok hari ni aku kena kerja bahagian internal. Kak sheni yg ajak. So aku on je la sebab nak belajar kan. Hari ni plak doctor yg bertugas doctor azlin azura. Doctor tu mula2 aku tengok macam serious. Tapi bila dah start keje ok rupanya J boleh bawak berborak dan bergurau.. so aku pun senang la nak assist dia. Mula2 masa assist doctor tu kak sheni ada, dah2 lama2 aku kena handle sorang, Alhamdulilah semuanya dah berjalan lancar. Hari ni pengalaman baru kat klinik setelah dah lama tak buat semua tu. Aku kena ambil darah untuk medical check up, bandage kaki ptient, assist doctor berkaitan dengan blister, dan macam2 lagi la. Tapi hari ni aku Nampak sedikit kemajuan kat diri aku ni. Kak sheni ngan kak kina pun cakap aku ni ada peningkatan. Siap bagi bintang lagi kat aku.. hehehehe.. haaaa satu lagi.. hubungan aku dengan staff2 yang lain pun dah makin ngam la sikit2. Boleh la nak gurau2 dan lepak sama2. Tapi kadang2 je la.. by the way hari ni aku enjoy la kerja. So esok kerja petang aku nak try lagi la internal. Kalau boleh nak jadi expert..! hehe..
Sekarang dah pukul 10.28pm, mata dah layu. Tapi rasa macam mals lagi nak tidur sebab esok kerja petang. So kalau tidur awal pun nak buat apa kan..hurmmmm.. esok plak niat nak puasa ganti.ada balance puasa lagi 2 hari. Tapi kena puasa 3 hari sebab lagi sehari puasa nazar. Makanan untuk sahur pun dah mintak tolong kak yani belikan. So nanti kalau rasa2 malas nak bangun sahur, aku makan la sebelum tidur. Sebab kalau bangun pagi takut tak terjaga lak pukul 5 tu nanti.hurmmm rasanya setakat ni je la kot coretan aku kali ni sebab nak edit gambar, tadi member call mintak tolong edit kan gambr untuk dia. Tak tahu mimpi apa nak mintak tolong aku editkan.. hahhaahahahah..k GOOD NIGHT AND ASSALAMUALAIKUM J~~~

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

HARI KELIMA BEKERJA


7 Julai 2012 (Sabtu) 5.06pm

Ok ni catatan untuk hari ni. Macam biasa bangun pukul 6.20, mandi dan solat Subuh. Bersiap dan pergi kerja. Pagi ni aku pergi kerja dengan kak tika dan kak aina. Kak sha dengan kak bella tak siap lagi , so kitorang pergi dulu. Sampai kat klinik macam biasa la buat rutin harian. Sapu sampah, mop lantai dan cuci tandas. Dah siap semua aku stay dekat recept dengan kak sha. Tiba2 kak bella datang minta aku tolong back up internal kalau kak aina perlukan pertolongan. So berdebar la jantung aku. Hahahhaha. Starting internal pagi ni aku la yang kenal start dulu sebab kak aina ada kerja sikit. Harini doctor haniza. Doctor tu Nampak ok je. Tapi tak tahu la kan macam mana sebab aku tak pernah kerja lagi dengan doctor tu. So sebelum start paggil patient aku dah perkenalkan diri aku dekat doctor. Aku cakap yang aku ni staff baru, kalau yang mana salah atau tak tahu tu aku minta doctor ajarkan. Tapi doctor cakap macamni “sy tak kira awk ni baru ke apa ke. Sy anggp macam awk dah tahu semua kalau salah sy marah je” addduhhhhh.. cuak dah aku. Tapi aku tahu doctor tu bergurau sebab masa doctor tu cakap dia gelak2. Dan tak Nampak serius pun. So aku co0l la sikit.. hehe. Patient pertama dipanggil namanya. So ok la aku assist sikit2. Yang mana tak tahu tu kira adat la kan..haha. assist lebih kurang 4 patient, kak aina pun datang. Dia mintak aku pergi bhagian recept balik. Fuhhhhh… hembus nafas lega aku..hahahhaahaha…so dekat recept macam biasa la queu patient da nisi form apa yg patut dan swep ING card. Tengah2 kusyuk buat kerja satu paggilan telefon dekat recept berbunyi.so aku angkat la. Masa aku angkat tu aku tak cakap la ni klinik kita saujana impian, sebab masa tu patient tu dah cakap “ni klinik saujana impian ke??” so aku just cakap “ye” lepas habis cakap dan letak calling, kak sha tegur. Kak sha cakap lain kali kalau angkt call kena ckp nma klinik. Actually sebelum2 ni kalau aku angkat calling memang aku akan ckp nma klnik dan cwangan sekali, tak pernah la aku miss lagi. Tapi masa tu aku tak cakap sebab patient dah tnya. So aku diam je la. Disebabkan aku ni staff baru, aku malas la nak jawab. Aku just cakap ok. Alaa lagipun taka da apa la semua tu. Small matter je. Dia tegur untuk kebaikkan aku jugak..lagipun dia banyak jgak tunjuk ajar dekat aku. Just take positive.
Tengah leka buat kerja dekat recept dengan kak sha tiba2 kak aina datang dan mintak tolong aku assist doktr sebab dia nak pergi toilet.. addoiiiii….!! Sekali lagi… sebelum melangkah masuk bilik doctor sebab lagi baca ayat yg selalu aku amalkan tu “Rabbi yassir wala tu’asir ya karim” so masuk je bilik doctor macam biasa assist doctor.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Aku assist dua patient je then kak aina datang dan dia sambung…hahhaahah.. kadang2 lawak jugak aku ni, tapi nak buat macam mana mula2 memang macam ni..bukn aku sorang macam ni, entah2 dulu akak2 yang lain pun macam ni jugak masa mula2 masuk dulu. So kira ok la tu..hehe..
Ok harini aku buat kerja laju sikit..ceeewahhhh..kononnye la kan.. habis kerja pukul 4 aku pergi beli goring pisang sekejap lepas tu balik. Sampai je rumah salin uniform sapu sampah dalam bilk, kemas2 almari baju, basuh baju, masak air dan sekarang nak mandi. Sekejap lagi nak solat Asar. Lagipun dah pukul 5.25 dah. Nanti nak sidai baju lagi. Nak iron baju kurung lagi… haaa cakap pasal baju kurung.. aku baru tahu kat sni, setiap hari ahad kena pakai baju kurung. Tapi bukn wajib la pakai baju kurung tu. Maksud aku wajib pakai baju biasa kecuali baju t-shirt. Tak dibenarkan pakai uniform. Nasib baik la aku bawak baju kurung. Tapi 4 helai je la. So dalam masa sebulan tu baju aku berbeza2 la. Tpi bulan akan datang baju yg sama..haahahhahah..ok sekarang nak tutup coretan kisah diya ni dan nak mandi. Lptop hanya nak on untuk dengar lagu.GOOD EVENING DAN ASSALAMUALAIKUM J ~~~

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)