RUKUN TETANGGA SAYA

Tuesday 10 July 2012

HARI KE-TUJUH BEKERJA


10 Julai 2012 (Selasa) 7.08pm

Hari ni hari ke lapan aku kerja kat sini. Catatan semalam aku tak sempat nak buat sebab semalam kerja petang. Balik pun dah pukul 12.13am. so sampai je rumah aku terus mandi dan solat lepas tu tidur. Sebab tu la tak dapat nak mengarang apa2 cerita. Tapi semlam tak ada apa yang menarik pun unutk dikongsikan. Tapi hari ni ada. Hehe..
Hari ni aku diberi kepercayaan untuk kerja bahagian internal (assist doktor) doctor yg bertugas hari ni Doktor Haniza. Doctor ni sporting tapi bila kerja dia nak semuanya cepat. Dia tak suka patient tunggu lama2 unutk jumpa doctor. So kalau kerja dengan dia semua kerja kena buat dengan cepat. Kalau lambat sikit dia akan mula campur tangan..hehe. tapi tadi ok la. Dia pun ok ngan aku. Siap boleh borak2 dengan bawak bergurau lagi. So kira ok la. Tapi aku enjoy kerja hari ni sebab banyak dah kerja yang aku boleh buat tanpa pertolongan staff2 yang lain. Hari ni aku banyak handle kes FOMEMA. Lebih kurang 11 orang. Aku pun macam tak percaya je dapat buat kerja sepantas tu..wahhhhhhh…puji diri sendiri Nampak.hehe.. tapi honestly hari ni aku kerja enjoy sikit sebab aku dah makin ngam dengan staff2 yang lain. So kerja yang aku buat pun jadi senang la sebab apa yang aku tak tahu ataupun tak paham diorang akan ajar termasuk jugak dengan doctor. Doctor pun ada tunjuk ajar yang mana aku tak faham. That’s why la aku cakap hari ni kerja totally AWESOME..!!! J
Cerita dekat tempat kerja dah settle, sekarang cerita dekat rumah plak. Balik kerja adi kak sha, kak bella ngan kak ida ajak join diorang masak. So aku join je la sebab aku rasa tu la salah satu cara nak ngam kan lagi hubungan aku dengan diorang. Balik je dari kerja kitorang terus pergi kedai beli barang dan balik tu lepas siap sembahyang dan mandi, kitorang semua masak. Kecuali kaki da tak turun sebabb dia kena split malam ni pukul 8. So dia excuse la. Lagipun dia mesti nak tidur, penat kan. Balik kerja malam nak kena split lagi. Its ok la tu. Ketua masak hari ni kak sha..haahhaa.. aku dengan kak bella tolong potong2 sayur, tumbuk dan kupas bwang dan basuh pinggan. At the end jeng..jeng..jeng….. siap la menu petang kami. Ikan masak sweet sour dengan sup sayur…walaweyyyhhhhh.. sedap rupanya kak sha masak. Sampai 2 kali aku dengan kak bella tambah. Perut sampai dah  ketat dah. Tersadai tiga2 orang kat meja makan. Lepas tu gelak sebab dah tak larat nak bangun..hahahaahha.. lepak2 dan borak2 sekejap dekat meja makan, lepas tu baru bangun dan kemas2 dapur… wahhhhh…lari prinsip diet dah aku ni..haiishhh..macam mana la nak kurus ni kalau makan pun sampai nak meletup perut…hahahaahahaha….tapi its ok la sebab bukan selalu. Sepanjang aku stay kat tempat baru ni, mana penah aku makan sekenyang dan sesedap ni. Selalu balik kerja asyik baham roti dengan maggi je. Nasi pulak sekali je sehari, tu pun nasi lemak makan kat tempat kerja masa breakfast. So kira ok la tu kalau aku makan terlebih sudah :P ok sekarang ni aku tengah relax2 dalm bilik dah macam dugong bunting sambil mengadap laptop sementara nak tunggu masuk waktu maghrib. Nasib baik la esok aku off. So boleh la rehat2 sekejap.
Tapi rasanya esok nak pergi kwsp sebab nak buka akaun. Maklumla baru bekerja kan. Semua perihal kerja tak complete lagi. So esok nak complete kan la. Kak sha cakap nak teman. Tak tahu la jadi ke x. mulanya abang cu cakap nak tolong bawak aku. Tapi tak tahu kenapa last2 minit dia cakap tak jadi. Aku sendiri tak tahu kenapa. Dah dia cakap cancel aku malas la nak paksa kan. Nak tak nak aku kena usaha sendiri settle kan semua tu. Actually aku memang mengharapkan abg cu bawakkan aku sebab aku nak save badget. Duit kat tangan tak berapa nak ada. Nak tunggu hujung bulan lambat lagi. Sebab tu la aku nak dia hantarkan aku. Kalau aku pergi sendiri nanti nak kena bayar duit teksi lagi. Hurmmmm..macam mana nak jimat kalau macam tu.kalau ada member dekat sini boleh la jugak nak mintak tolong. Tapi member semua area Kl. SO aku kena usaha sendiri la esok. Dah la umah aku ni susah nak dapatkan teksi, bas pun tak masuk area sini. Kalau nak keluar kena call teksi mintak tolong ambil kat rumah. Paling  kurang mahu jugak cecah berbelas2 ringgit..DUIT LAGI..!!!! baru aku tahu nak cari duit bukan senang.
Ehhh.. dah masuk waktu maghrib.. apa lagi. Jom la pergi menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Ok la nak stop mengarang untuk cerita hari ni. Nak pergi solat J ASSALAMUALAIKUM~~~ J

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

No comments: