RUKUN TETANGGA SAYA

Tuesday 10 July 2012

HARI KE-ENAM BEKERJA


8 Julai 2012 (Ahad) 10.17am

Hari ni hari ke 6 aku kerja kat sini. Macam biasa rutin harian dijalankan bila sampai klinik. Tapi hari ni kena pakai baju biasa pergi kerja sebab hari minggu. So aku pun pakai la baju kurung warna oren aku tu..terserlah keayuan..haahhahaah…(perasan) ok hari ni aku kena kerja bahagian internal. Kak sheni yg ajak. So aku on je la sebab nak belajar kan. Hari ni plak doctor yg bertugas doctor azlin azura. Doctor tu mula2 aku tengok macam serious. Tapi bila dah start keje ok rupanya J boleh bawak berborak dan bergurau.. so aku pun senang la nak assist dia. Mula2 masa assist doctor tu kak sheni ada, dah2 lama2 aku kena handle sorang, Alhamdulilah semuanya dah berjalan lancar. Hari ni pengalaman baru kat klinik setelah dah lama tak buat semua tu. Aku kena ambil darah untuk medical check up, bandage kaki ptient, assist doctor berkaitan dengan blister, dan macam2 lagi la. Tapi hari ni aku Nampak sedikit kemajuan kat diri aku ni. Kak sheni ngan kak kina pun cakap aku ni ada peningkatan. Siap bagi bintang lagi kat aku.. hehehehe.. haaaa satu lagi.. hubungan aku dengan staff2 yang lain pun dah makin ngam la sikit2. Boleh la nak gurau2 dan lepak sama2. Tapi kadang2 je la.. by the way hari ni aku enjoy la kerja. So esok kerja petang aku nak try lagi la internal. Kalau boleh nak jadi expert..! hehe..
Sekarang dah pukul 10.28pm, mata dah layu. Tapi rasa macam mals lagi nak tidur sebab esok kerja petang. So kalau tidur awal pun nak buat apa kan..hurmmmm.. esok plak niat nak puasa ganti.ada balance puasa lagi 2 hari. Tapi kena puasa 3 hari sebab lagi sehari puasa nazar. Makanan untuk sahur pun dah mintak tolong kak yani belikan. So nanti kalau rasa2 malas nak bangun sahur, aku makan la sebelum tidur. Sebab kalau bangun pagi takut tak terjaga lak pukul 5 tu nanti.hurmmm rasanya setakat ni je la kot coretan aku kali ni sebab nak edit gambar, tadi member call mintak tolong edit kan gambr untuk dia. Tak tahu mimpi apa nak mintak tolong aku editkan.. hahhaahahahah..k GOOD NIGHT AND ASSALAMUALAIKUM J~~~

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

No comments: