RUKUN TETANGGA SAYA

Tuesday 10 July 2012

HARI KEEMPAT BEKERJA


7 Julai 2012 ( Sabtu ) 4.44pm

Semalam tak sempat nak meluahkan coretan hati ni sebab badan terlalu penat. Semalam punya cerita~~~
Semalam sampai je klinik dan lepas2 siap mop lantai dan sapu sapah, aku terkejut bila kak ros panggil aku suruh pergi jaga bahagian internal (assist doktor) alahaaaiiii.. lemah kaki nak pergi jaga bahagian tu. Bukan sebab doctor, tapi sebab tak biasa. Memang la betuk orang cakap, kalau tak cuba mana nak biasa. Tapi untuk aku yang baru kerja ni tak berapa biasa. Nak assist doctor dekat hospital tak sama dengan assist doctor dekat klinik. Maybe totally different. Hurmmm. Tapi kak ros cakap dia nak ajar. Kak ros stay dengan aku lebih kurang 15minit je, lepas tu dia biar aku buat semua..haddoiiii…. nasib baik la masa tu aku kena assist Dr hayati. Doctor tu plak ok. Dia style sabar je kalau aku lambat buat kerja. Yang lawaknya , aku terlalu berhati-hati nak buat kerja sampai aku terpanggil doctor dengan paggilan “Puan”..hahhahahaha.. aku sampai dah berkerut dah dahi..addoii..kesilapan yang menampakkan kebodohan aku..! hehe.. nasib baik doctor relax je..kalau tak habis la aku..lepas dari kes tu aku mintak tolong kak sheni. Rupanya kak sheni tu baik orangnye. Sejak aku rapat sikit2 dengan dia ni, baru aku tahu serba sedikit pasal kak sheni. Dia budak sabah. Comel sangat orang dia. Dan yg penting kak sheni ni tak sombong, dan tak kedekut ilmu.. Dan yng pling,pling,pling penting kak sheni ni jenis pentingkan agama. Aku selalu jugak nampak kak sheni solat.time aku solat Zohor, kak sheni mesti ada kat bilik solat tu skali untuk solat. Hari tu aku terdengar kak sheni borak dengan pakwe dia kat telefon, tapi bukan sengaja nak dengar tau. Kebetulan masa tu kak sheni bergayut sebelah aku masa time rehat. Aku terdengar kak sheni pesan dekat pakwe dia suruh pergi solat jumaat..haaiiissshh kalau dia taka da pakwe lagi dah lama aku kenalkan dia dekat abag aku..! hahahhaahahah…haaa satu lagi, aku dapat tahu kak sheni dapat tawaran kerja dekat hospital area singapura, tapi dia tolak sebab syarat kerja dekat situ tak dibenarkan memakai tudung dan perlu memakai skirt. Hurmmm.. dari situ aku dah kagum dengan kak sheni.. so sepanjang aku jaga bahagiaan internal, dia la yg terlalu banyak tnjuk ajar kat aku. Segala hal la. Pantang je ada masa terluang, dia akan panggil aku ajar perkara2 yang berkaitan dengan tugas staff internal. Walaupun aku salah buat apa yang baru dia ajar, dia cool je. Tegur aku pun dengan cara elok. Tapi aku tak tahu la kan kalau mula2 je macam tu. Harap2 selamanya la perangai kak sheni macam tu kan..hehe…
So settle semua kerja pukul 4.15ptg. balik kerja terus teman kak sha dengan kak ros pergi putrajaya. Kak sha ajak teman sebab nak tunjukkan jalan dekat kak ros untuk pergi PICC. Sebab kak ros nak pergi bawak anak dia kat sana sebab keesokkannya anak kak ros ada event dekat sana. So balik dari putrajaya tu aku dengan kak sheni pergi beli makanan dekat area klinik. Masa tu dah pukul 6petang. Still lagi dengan uniform. Sampai rumah lebih kurang pukul 6.15petang. sampai je rumah, rehat2 sekejap, mandi dan terus solat Asar. Lepas tu aku turun bawah makan goring pisang yg beli ngan kak sha tadi. Lepak2 depan tv, tngok2 dah masuk waktu maghrib. So naik bilik solat Maghrib dan turun bawah balik tengok tv smbil iron baju. Mata letih layu sanagt2 ni. Tapi gagahkan jugak sebab nak layan karo0t komedia x dulu..hahahah.. dah habis tgk cite tu aku naik aats solat Isyak dan terus tidur.GOOD NIGHT AND ASSALAMUALAIKUM J ~~~

TQ sebab sudi baca entry cik diya. Jgn lupa like and share ok :)

No comments: