
RUKUN TETANGGA SAYA
Wednesday, 1 August 2012
FOBIA DAN TRAUMA CUKUP UNTUK MENJELASKAN KEADAAN YANG SEBENAR

Saturday, 14 July 2012
NEEDLE STICK INJURY

Tuesday, 10 July 2012
HARI KE-TUJUH BEKERJA

10 Julai 2012 (Selasa) 7.08pm
Hari ni hari ke lapan aku kerja kat sini. Catatan semalam aku tak sempat nak buat sebab semalam kerja petang. Balik pun dah pukul 12.13am. so sampai je rumah aku terus mandi dan solat lepas tu tidur. Sebab tu la tak dapat nak mengarang apa2 cerita. Tapi semlam tak ada apa yang menarik pun unutk dikongsikan. Tapi hari ni ada. Hehe..
Hari ni aku diberi kepercayaan untuk kerja bahagian internal (assist doktor) doctor yg bertugas hari ni Doktor Haniza. Doctor ni sporting tapi bila kerja dia nak semuanya cepat. Dia tak suka patient tunggu lama2 unutk jumpa doctor. So kalau kerja dengan dia semua kerja kena buat dengan cepat. Kalau lambat sikit dia akan mula campur tangan..hehe. tapi tadi ok la. Dia pun ok ngan aku. Siap boleh borak2 dengan bawak bergurau lagi. So kira ok la. Tapi aku enjoy kerja hari ni sebab banyak dah kerja yang aku boleh buat tanpa pertolongan staff2 yang lain. Hari ni aku banyak handle kes FOMEMA. Lebih kurang 11 orang. Aku pun macam tak percaya je dapat buat kerja sepantas tu..wahhhhhhh…puji diri sendiri Nampak.hehe.. tapi honestly hari ni aku kerja enjoy sikit sebab aku dah makin ngam dengan staff2 yang lain. So kerja yang aku buat pun jadi senang la sebab apa yang aku tak tahu ataupun tak paham diorang akan ajar termasuk jugak dengan doctor. Doctor pun ada tunjuk ajar yang mana aku tak faham. That’s why la aku cakap hari ni kerja totally AWESOME..!!! J
Cerita dekat tempat kerja dah settle, sekarang cerita dekat rumah plak. Balik kerja adi kak sha, kak bella ngan kak ida ajak join diorang masak. So aku join je la sebab aku rasa tu la salah satu cara nak ngam kan lagi hubungan aku dengan diorang. Balik je dari kerja kitorang terus pergi kedai beli barang dan balik tu lepas siap sembahyang dan mandi, kitorang semua masak. Kecuali kaki da tak turun sebabb dia kena split malam ni pukul 8. So dia excuse la. Lagipun dia mesti nak tidur, penat kan. Balik kerja malam nak kena split lagi. Its ok la tu. Ketua masak hari ni kak sha..haahhaa.. aku dengan kak bella tolong potong2 sayur, tumbuk dan kupas bwang dan basuh pinggan. At the end jeng..jeng..jeng….. siap la menu petang kami. Ikan masak sweet sour dengan sup sayur…walaweyyyhhhhh.. sedap rupanya kak sha masak. Sampai 2 kali aku dengan kak bella tambah. Perut sampai dah ketat dah. Tersadai tiga2 orang kat meja makan. Lepas tu gelak sebab dah tak larat nak bangun..hahahaahha.. lepak2 dan borak2 sekejap dekat meja makan, lepas tu baru bangun dan kemas2 dapur… wahhhhh…lari prinsip diet dah aku ni..haiishhh..macam mana la nak kurus ni kalau makan pun sampai nak meletup perut…hahahaahahaha….tapi its ok la sebab bukan selalu. Sepanjang aku stay kat tempat baru ni, mana penah aku makan sekenyang dan sesedap ni. Selalu balik kerja asyik baham roti dengan maggi je. Nasi pulak sekali je sehari, tu pun nasi lemak makan kat tempat kerja masa breakfast. So kira ok la tu kalau aku makan terlebih sudah :P ok sekarang ni aku tengah relax2 dalm bilik dah macam dugong bunting sambil mengadap laptop sementara nak tunggu masuk waktu maghrib. Nasib baik la esok aku off. So boleh la rehat2 sekejap.
Tapi rasanya esok nak pergi kwsp sebab nak buka akaun. Maklumla baru bekerja kan. Semua perihal kerja tak complete lagi. So esok nak complete kan la. Kak sha cakap nak teman. Tak tahu la jadi ke x. mulanya abang cu cakap nak tolong bawak aku. Tapi tak tahu kenapa last2 minit dia cakap tak jadi. Aku sendiri tak tahu kenapa. Dah dia cakap cancel aku malas la nak paksa kan. Nak tak nak aku kena usaha sendiri settle kan semua tu. Actually aku memang mengharapkan abg cu bawakkan aku sebab aku nak save badget. Duit kat tangan tak berapa nak ada. Nak tunggu hujung bulan lambat lagi. Sebab tu la aku nak dia hantarkan aku. Kalau aku pergi sendiri nanti nak kena bayar duit teksi lagi. Hurmmmm..macam mana nak jimat kalau macam tu.kalau ada member dekat sini boleh la jugak nak mintak tolong. Tapi member semua area Kl. SO aku kena usaha sendiri la esok. Dah la umah aku ni susah nak dapatkan teksi, bas pun tak masuk area sini. Kalau nak keluar kena call teksi mintak tolong ambil kat rumah. Paling kurang mahu jugak cecah berbelas2 ringgit..DUIT LAGI..!!!! baru aku tahu nak cari duit bukan senang.
Ehhh.. dah masuk waktu maghrib.. apa lagi. Jom la pergi menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Ok la nak stop mengarang untuk cerita hari ni. Nak pergi solat J ASSALAMUALAIKUM~~~ J
HARI KE-ENAM BEKERJA

8 Julai 2012 (Ahad) 10.17am
Hari ni hari ke 6 aku kerja kat sini. Macam biasa rutin harian dijalankan bila sampai klinik. Tapi hari ni kena pakai baju biasa pergi kerja sebab hari minggu. So aku pun pakai la baju kurung warna oren aku tu..terserlah keayuan..haahhahaah…(perasan) ok hari ni aku kena kerja bahagian internal. Kak sheni yg ajak. So aku on je la sebab nak belajar kan. Hari ni plak doctor yg bertugas doctor azlin azura. Doctor tu mula2 aku tengok macam serious. Tapi bila dah start keje ok rupanya J boleh bawak berborak dan bergurau.. so aku pun senang la nak assist dia. Mula2 masa assist doctor tu kak sheni ada, dah2 lama2 aku kena handle sorang, Alhamdulilah semuanya dah berjalan lancar. Hari ni pengalaman baru kat klinik setelah dah lama tak buat semua tu. Aku kena ambil darah untuk medical check up, bandage kaki ptient, assist doctor berkaitan dengan blister, dan macam2 lagi la. Tapi hari ni aku Nampak sedikit kemajuan kat diri aku ni. Kak sheni ngan kak kina pun cakap aku ni ada peningkatan. Siap bagi bintang lagi kat aku.. hehehehe.. haaaa satu lagi.. hubungan aku dengan staff2 yang lain pun dah makin ngam la sikit2. Boleh la nak gurau2 dan lepak sama2. Tapi kadang2 je la.. by the way hari ni aku enjoy la kerja. So esok kerja petang aku nak try lagi la internal. Kalau boleh nak jadi expert..! hehe..
Sekarang dah pukul 10.28pm, mata dah layu. Tapi rasa macam mals lagi nak tidur sebab esok kerja petang. So kalau tidur awal pun nak buat apa kan..hurmmmm.. esok plak niat nak puasa ganti.ada balance puasa lagi 2 hari. Tapi kena puasa 3 hari sebab lagi sehari puasa nazar. Makanan untuk sahur pun dah mintak tolong kak yani belikan. So nanti kalau rasa2 malas nak bangun sahur, aku makan la sebelum tidur. Sebab kalau bangun pagi takut tak terjaga lak pukul 5 tu nanti.hurmmm rasanya setakat ni je la kot coretan aku kali ni sebab nak edit gambar, tadi member call mintak tolong edit kan gambr untuk dia. Tak tahu mimpi apa nak mintak tolong aku editkan.. hahhaahahahah..k GOOD NIGHT AND ASSALAMUALAIKUM J~~~
Subscribe to:
Posts (Atom)